Jun 06, 2017 - 3222

Hamil 42 Minggu! Sharifah Sakinah Tunggu Lama, Akhirnya Dapat ‘Gym Partner’ Baru

Wanita cergas dan kuat bersenam seperti Sharifah Sakinan memang tak betah duduk diam. Nantikan saja aksi mama cantik ini dengan anaknya selepas ini.

 

 

Oleh: Nurfazidah Mohd. Arifin

 

 

 

 

 

 

 

Aktres dan aktivis sukan jelita, Sharifah Sakinah yang baru melahirkan bayi sulung pada Rabu, 24 Mei 2017 yang lalu, kini sedang giat berusaha mengembalikan berat badannya. 

 

Dalam status terbarunya di Instagram, Sharifah Sakinah kelihatan sedang berserkup penuh di dalam beg sauna sambil bergurau, “Patutnya ABP tema ‘futuristic’ pakai baju ni. Morning! Memandangkan tak boleh ke gym tapi nak bakar kalori, pakailah baju made in China ni. Thank you @natalis_berpantang_bersalin meleleh-leleh peluh! Happy sauna!”

 

 

 

Sumber foto: Instagram @sharifah_sakinah

 

 

 

Tempoh Kehamilan Terlajak Dua Minggu 

Diberi nama Anais Adha, bayi perempuan comel itu lahir menerusi kaedah pembedahan dengan berat 3.1 kilogram. Bukan sahaja tiada rasa sakit, tarikh kelahiran juga terlajak lebih dua minggu. Inilah yang dikatakan orang rezeki masing-masing. 

 

Apa pun tahniah Kina! Tentu status Instagram Kina lepas ini akan penuh dengan aksi-aksi comel Anais Adha bersenam sama mamanya di gym. 

 

 

Sumber foto: Instagram @sharifah_sakinah

 

 

 

Sumber foto: Instagram @sharifah_sakinah

 

 

 

Sumber foto: Instagram @sharifah_sakinah

 

 

 

Sumber foto: Instagram @sharifah_sakinah

 

 

 

Sumber foto: Instagram @sharifah_sakinah

 

 

 

Sumber foto: Instagram @sharifah_sakinah

 

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.