Jun 13, 2017 - 6111
Oleh: Athirah Zulkifli
Kredit foto: Instagram
CHEF WAN merupakan satu nama yang besar lagi gah dalam industri kulinari dan hiburan. Beliau merupakan chef selebriti yang telah berkecimpung dalam arena kulinari sejak 20 tahun dahulu. Datuk Redzuawan Ismail atau dikenali sebagai Chef Wan bukan sahaja terkenal kerana kehandalannya memasak. Chef Wan juga terkenal kerana kelantangannya bersuara dan mengkritik tidak kira siapa saja yang dirasakannya perlu ditegur atau dibetulkan.
Tetapi kali ini bukan soal kelantangan vokal Chef Wan yang ingin kami utarakan. Kami ingin mengajak InTrenders merenung seketika menu-menu taraf lima bintang yang amat menyelerakan, hasil air tangan Chef Wan yang dimuatnaik di laman Instagramnya.
Walaupun tiada panduan resepi lengkap yang dimuatnaik Chef Wan, hanya sekadar ‘caption’ yang lebih banyak memberi tips-tips ramuan berguna — itu semua sudah memadai untuk kita jadikan rujukan untuk memasak.
Sebagai pakar memasak, Chef Wan banyak berpesan supaya kita menambah keenakan masakan dengan suntikan daun pudina, perahan lemon, juga menyukat air pada kadar yang tepat lagi sempurna.
Jom semua, kita ambil ilham memasak taraf lima bintang daripada Chef Wan!
Menu 1: Urap Nangka, Taufu, Nenas, Kacang Panjang dan Ayam
Menu 2: Lamb Kuzi
Menu 3: Rendang Udang
Menu 4: Moroccon Chicken Tajine
Menu 5: The Grilled Chicken Percik
Menu 6: Javanese Opor
Menu 7: Lamb Moroccon Harira Soup
Menu 8: Portuguese Devil Chicken Curry
Menu 9: SeriKaya Nangka or The Jackfruits
Menu 10: Gulai Lemak Ketam Chili padi dengan Nenas
Menu 11: Khasmiri Lamb Curry
Menu 12: Kuih Nagasari
Menu 13: Bukhari Rice Pilaf
Menu 14: Nasi Ambang
Menu 15: Nyonya Chicken Kapitan Curry