Jun 17, 2017 - 1742
Sumber foto: www.foodhunt.net
Sumber foto: Instagram
SERONOKNYA beraya selepas sebulan kita berpuasa, menahan lapar dan dahaga. Bermacam-macam juadah raya yang kita makan. Kerana itu jangan hairan kalau perut jadi gendut, badan bertambah gemuk! Mungkin sudah masanya kita buat sendiri ‘gym’ di rumah. Yuran keahlian pun percuma seumur hidup!
Sumber foto: Corbis
Apa Itu 'Home-Gym'?
Memiliki treadmill atau sepasang dumbbell bukanlah satu home-gym. Sebuah home-gym perlu mempunyai pelengkapan kardio dan peralatan weight training. Apa pun juga peralatan kamu beli bergantung kepada bajet kamu. But there’s always something for every budget.
Sebelum kamu membeli-belah, perlu rujuk kepada ruang yang tersedia ada di rumah kamu:
• Kalau kamu duduk di high-rise building (kondo atau pangsapuri), sila dapatkan kebenaran dan panduan landlord. Terutama apabila melibatkan peralatan yang besar dan berat.
• Peruntukkan ruang yang luas. Ambil ukuran ruang yang disediakan khas untuk home-gym kamu. Sediakan ruang tambahan untuk membesarkan home-gym kamu pada masa akan datang.
Kalau kamu hidup dengan keluarga ataupun teman, minta kebenaran mereka terlebih dahulu. Fikirkan sebuah gim untuk kegunaan semua.
Sumber foto: Instagram
JOM TANYA KEVIN ZAHRI
Ini Panduan Peralatan Lengkap Home-Gym
Home-gym atau peralatan fitness boleh dikategorikan seperti berikut:
‘Free Weights’
Free weights penting untuk kesemua home-gym kerana ia mudah untuk digunakan dan mudah juga disimpan. Apabila membeli free weights, pastikan:
Ketahui Keperluan Anda
Variasi keperluan free weights banyak bergantung kepada kekuatan kamu sekarang dan matlamat asal kamu. Jikalau tujuan kamu adalah untuk menambah kekuatan, pilih set dumbbell dengan safety collars. These will allow you to add weights as you progress.
Paling Kurang Pilih Satu 'Bench'
Fleksibel multi-angle benches membolehkan kamu hampir melakukan kesemua latihan pada bahagian tubuh di atas. Bagi saya, bench ini memang wajib!
Getah ataupun Besi?
Dumbbell besi lebih kecil berbanding yang berbentuk getah (ataupun vinyl). Kalau kamu pilih besi, pastikan kamu beli alas lantai sekali.
‘Multi-station Machines’
Yang ini popular untuk kediaman dan gim di pangsapuri kerana ia adalah mesin satu untuk semua yang boleh melatih seluruh badan. Di sini, rujuk kepada:
(1) Jenis: Terdapat dua jenis multi-station.
(2) Berbentuk tradisional: Weight stacks.
(3) Rintangan yang berbeza daripada weight stacks: Antaranya gelung getah, hidraulik, spring, etc). Kebanyakan “As-seen-on-TV” home-gyms terletak dalam kategori ini.
(4) Saiz: Multi-stations biasanya agak besar. Pastikan kamu mempunyai ruang yang cukup (termasuk ketinggian siling)
(5) Ergonomik: Periksa cara penggunaan multi-station supaya ia senang untuk digunakan.
(6) Keselamatan: Pastikan keselamatan multi-station, terutama sekiranya kamu punya anak. Kebanyakan multi-stations ada cara untuk menguncinya.
(7) Fikirkan matlamat jangka masa panjang: Sesetengah multi-station membolehkan kamu melabur secara asas boleh ditambah bila-bila masa.
Sumber foto: Instagram
‘Treadmills’
Sama ada untuk home-gym atau komersil, treadmill tetap menjadi pilihan utama untuk aktiviti kardio. Berikut adalah panduan untuk membeli treadmill.
• Jenis: Terdapat dua jenis.
• Motorized: Inilah pilihan terbaik.
• Non-motorized: Lebih murah tetapi kurang praktikal.
• Periksa adanya program elektronik: Untuk lebih seronok, pilih treadmill yang membolehkan kamu menambah rencah latihan secara elektronik.
• Statistics: Kebanyakan treadmill moden membolehkan kamu mengesan jarak, kalori dan lain-lain.
• Kelajuan: Biasanya dari 0 hingga 16 km/j.
• Panjang & Lebar: Pilih treadmill dengan ukuran paling kurang 115cm dan lebar 40cm.
• Handles untuk keseimbangan? Ini adalah cita rasa individu.
• Kualiti: Pastikan kamu pilih treadmill yang berkualiti kerana ia perlu melalui banyak wear-tear.
• Heart rate monitor: Sesetengah treadmill menyediakan kemudahan untuk mengawal heart rate. Ini sesuai jika kamu gemar heart rate zone training.
• Harga: Daripada RM1500-RM10,000.