Jun 24, 2017 - 2360

5 Sebab Anda Perlu Minum JUS ACAI BERRY — Ia Membantu Mengimbangi Tona Kulit, Tak Percaya Baca Ini!

Ketahui khasiat dan rahsia mencapai tahap kesihatan optimum dengan aneka buah beri. Ini petua kecantikan paling berkesan, selamat mencuba.

 

 

 

 

Oleh: Huda Hussain 

 

 

 

 

 

JIKA sebelum ini kamu sudah maklum mengenai manfaat buah strawberi dalam kecantikan, bulan ini kami bekalkan maklumat berguna yang mampu kekalkan keanjalan kulit, atasi kedutan dan lambatkan penuaan kulit hanya dengan kemanisan aneka buah beri. 

 

 

1. Acai Berry 

Buah unik dari hutan hujan Amazon ini dipercayai sebagai salah satu makanan yang paling berkhasiat di dunia. Kaya dengan anthocyanins, acai berry dianggap sebagai wira dalam kalangan buah beri kerana ia mampu meningkatkan tahap tenaga, kesihatan mental dan sistem imunisasi tubuh.

 

Membantu menambah baik proses penghadaman, peredaran darah, mengurangkan berat badan, menjana jantung yang sihat dan kulit yang berseri-seri adalah antara kebaikan dan khasiat yang ada pada buah ini. 

 

 

 

2. Mulberi 

Mulberi merupakan sumber ‘resveratrol’ yang baik, yakni bahan yang dipercayai dapat membantu mencegah kanser dan memanjangkan usia. Kaya dengan Vitamin C, buah ini lazimnya digunakan untuk mengubati demam dan selesema.

 

Selain itu, ia turut digunakan sebagai ramuan dalam perubatan tradisional Cina bagi membersihkan darah dan hati, menguatkan buah pinggang, pendengaran dan penglihatan. 

 

 

 

 

 

3. Raspberi 

Rasanya manis dan aroma yang wangi adalah antara kriteria buah raspberi dalam famili buah beri. Kaya dengan vitamin dan fiber, raspberi membantu memperlahankan proses penghadaman dan mengekalkan kadar metabolisme yang tinggi serta membantu tubuh membakar lemak. 

 

 

4. Kranberi 

Kaya dengan Vitamin C, kranberi telah digunakan untuk merawat jangkitan bakteria terutamanya jangkitan pada saluran kencing. Selain kaya dengan antioksidan yang mampu mencegah penyakit jantung, ulser dan kanser; buah ini juga membantu merawat serangan asma, mengurangkan kolesterol dan melindungi otak daripada kerosakan saraf. 

 

 

 

 

 

 

 

5. Blueberry 

Pigmen yang terkandung di dalam buah ini terbukti bermanfaat untuk kesihatan kerana ia membekalkan khasiat antioksidan, Vitamin C dan E. Buah ini juga mengandungi kepekatan pati ‘anthocyanins’ yang tinggi yakni sejenis sebatian yang membantu melindungi penyakit jantung, kanser dan masalah kabur penglihatan dan hilang daya ingatan dalam jangka masa singkat.

 

Malah kajian saintis dari Universiti Tufts di Boston, Massachusetts menggolongkan blueberry sebagai buah nombor satu dalam mengekalkan antioksidan berbanding 40 jenis buah dan sayuran segar. Selain membekalkan antioksidan, blueberry juga memainkan peranan penting sebagai antipenuaan dan antikerengsaan yang bermanfaat untuk menjelmakan kulit awet muda. 

 

 

 

 

MENGAPA SAYA PERLU MINUM JUS ACAI BERRY SETIAP HARI? 

 

1. Mengurangkan Tindakan Penuaan 

‘Monavie’ dapat membantu melambatkan proses penuaan kerana ia mengandungi antioksidan yang kuat dan zat-zat pemulihan yang membantu sel-sel bertugas secara optimum.

 

 

2. Melawan Kedutan 

Acai berry mengandungi ‘phytisterols’ dan ‘anthocyanins’ yang sangat tinggi dan amat baik untuk melindungi kolagen (dan lain-lain tisu penghubung). Kulit akan dilindungi daripada kedutan. 

 

 

3. Mengurangkan Tekanan 

Acai berry turut diperkaya dengan khasiat seperti Vitamin B, malah ia dipercayai dapat mengurangkan tekanan dan membantu komunikasi di antara sel-sel otak. Ini dapat dilakukan kerana acai berry membantu menghasilkan penghantar-neuro, di antaranya serotonin dan dopamine. 

 

 

4. Mengurangkan Kolesterol 

Acai berry mengandungi EFAs iaitu asid lemak penting. Asid-asid ini mengekalkan kolesterol HDL yang berfungsi untuk tubuh dan dalam masa sama ia mengurangkan tahap kolesterol LDL yang tidak diperlukan tubuh. Kedua-dua tindakan ini akan menghasilkan pengaliran darah yang lebih lancar untuk badan dan mengurangkan paras kolesterol yang ada. 

 

 

5. Mengimbangi Tona Kulit 

Acai berry turut mengandungi ‘phytosterols’ yang membantu mengurangkan warna kusam kulit serta memulihkan tona kulit agar lebih sekata secara semula jadi. 

 

 

 

 

 

Majalah Intrend! , ikuti kami di and .


  • ← Sebelum

    Perut Gendut Lepas Raya — Adoi! Ini PANDUAN Buat ‘Home-Gym’ Ala KEVIN ZAHRI, Anda Patut Cuba

  • Seterus →

    Mata Sembap & Muncul Kantung Mata – Atasi dengan Daun Pudina, Kentang & Starwberi. Ia PETUA ASLI paling Berkesan!