Feb 26, 2017 - 44853
TAHUKAH anda, apabila datang naluri anda teringin makan sesuatu, itu sebenarnya bermakna tubuh anda sedang menghantar isyarat kepada anda. Ayuh baca dan fahami isyarat-isyarat itu.
TIBA-TIBA…
Kamu Teringin Makan Burger, Kentang Goreng dan Makanan Segera Lain
INI BERMAKNA…
Tubuh kamu perlukan garam
Apabila tubuh melawan kerja keras, menerusi senaman, tekanan atau kerja di dalam hawa dingin pejabat, kamu pasti kurang garam. Makanan segera paling mudah untuk kamu dapat garam tetapi kamu nampaknya berlebih-lebih pula. Nanti mendatangkan penyakit darah tinggi atau kekurangan kalori dalam tubuh.
TIPS UNTUK ANDA: Pilih sushi kerana ia kaya dengan sodium daripada seaweed dan ikan. Atau pilih makanan old school sandwic sardin saja.
TIBA-TIBA…
Kamu Teringin Makan ‘Crips’ dan Roti
INI BERMAKNA…
Tubuh kamu perlukan protein
Tubuh yang bermetabolisme tinggi akan membakar makanan cepat. Sebaliknya karbohidrat pula bertambah. Sebab itu kamu cepat saja lapar. Protein memang lambat untuk hadam, jadi kamu rasa kenyang lebih lama.
TIPS UNTUK ANDA: Pilih daging, ikan, ayam atau telur. Makan salah satu dalam sajian kamu setiap hari sebanyak 50 peratus.
TIBA-TIBA…
Kamu Teringin Makan Coklat
INI BERMAKNA…
Tubuh kamu perlukan magnesium
Magnesium membantu sistem metabolik tubuh memberi tenaga. Apabila kita penat, coklat sangat menyelerakan dan ia mengandungi magnesium. Cuma bimbang kandungan gula di dalamnya. Elakkan kalau boleh!
TIPS UNTUK ANDA: Kacang, bijirin dan wholegrains yang terdapat daripada roti wholemeal dan bubur nasi.
TIBA-TIBA…
Kamu Teringin Kafeina/Minum Kopi
INI BERMAKNA…
Tubuh kamu perlukan zat besi
Wanita kehilangan banyak zat besi ketika haid. Jika tidak menggantikan cepat, kamu jadi letih kerana zat besilah yang selama ini menyalurkan oksigen di seluruh tubuh. Jadi ada orang perlukan kopi untuk menyegarkan mata mereka. Tapi pabila kafeina hilang, kamu kembali letih.
TIPS UNTUK ANDA: Dapatkan vitamin zat besi yang kini boleh kamu beli di farmasi-farmasi.
Sumber foto: Shutterstock.com
INFO MENARIK UNTUK ANDA
Makanan yang Mampu Pulihkan Tenaga Sensual Wanita
Kajian terbaru menunjukkan tomato mampu memulihkan tingkat sensual wanita. Endometriosis adalah keadaan dialami wanita yang menyakitkan. Ini berlaku apabila tisu endometrium tumbuh pada kilang telur (ovari) dan fallopian. Tomato penuh dengan khasiat lycopene, antioksida berkuasa terbukti mampu mengurangkan risiko endometriosis. Ia mengurangkan jumlah protein yang jadi penyebab masalah tisu terkumpul hampir 80–90 peratus. Manalah tahu dapat mudahkan percubaan kamu mendapat zuriat?