Nov 06, 2016 - 10335

9 Jenis Perangai LELAKI yang LAYAK dijadikan SUAMI...

Hey, si jelita! Jadilah anak dara moden yang bermaruah. Jangan sesekali menerima kehadiran lelaki dalam hidupmu tanpa mengenali kualiti dan hati budinya terlebih dahulu.

 

Oleh:
Foto: Pretty Peektures
 

dscscsecdes.jpg

 


BERWASPADALAH wahai gadis, demi memastikan diri kamu tidak mudah terpedaya dengan cumbu-rayu lelaki sehingga terkadang ada yang terpaksa menggadaikan maruah diri demi cinta. Untuk menggapai masa depan gemilang, pastikan buah hati kamu memiliki kualiti cemerlang. Cuba uji kualitinya dengan cara- cara mudah ini.
 

1) Pendengar yang Baik

Tidak ramai lelaki bersedia menjadi pendengar yang baik. Sifat egois lelaki membuat mereka cenderung mendengar kata-kata perempuan sambil lalu. Seandainya kamu menemukan seorang lelaki yang memfokuskan mata dan perhatiannya ketika kamu berbicara sehingga kamu tak perlu mengulangi kata-kata, ini petanda bagus! Segera ‘pancing’ mereka untuk dijadikan kekasih hati.

 

 

>>>[GAMBAR] Mengimbas Kembali Hari Bersejarah Lisa Surihani<<<

 

2) Bijak Berbicara

Pilih buah hati yang bijak berbicara, bukan sekadar banyak cakap sahaja. Lelaki pendiam pada awalnya agak misteri untuk kamu mengenalinya lebih jauh. Namun, jangan tertipu dengan kesan pertama, dengan mengatakan lelaki pendiam itu baik.

Seringkali, lelaki pendiam berubah menjadi individu yang sukar dimengerti dan tidak bersahabat lalu menimbulkan banyak masalah dalam perhubungan. Maklumlah apabila susah membuka mulut dan seolah tidak berminat untuk berkongsi apa pun, adalah petunjuk bahawa keperibadiannya dingin dan kosong. Padahal, kunci kehidupan bersama yang utuh dan menyenangkan ada pada keinginan untuk berkongsi gagasan dan pemikiran. Alangkah senangnya jika dapat membicarakan soal apa saja dengan pasangan. Misalnya, membicarakan artikel majalah, ulasan filem, atau gosip tentang teman-teman. Rasanya kamu dan si dia seperti tak pernah kehabisan bahan bicara

 

3) 'Track Record'

Konon, sejarah komitmen seorang lelaki adalah cerminan emosionalnya. Lelaki yang setia dan terikat kepada seorang perempuan untuk jangka waku cukup lama, menandakan dia memiliki jiwa yang stabil. Sebaliknya, jika dia telah 10 kali berganti kekasih dan tidak ada satu pun yang tahan bersamanya lebih daripada tiga bulan, itu tandanya dia ada masalah dalam membina sebuah komitmen. Parahnya, saat kamu bertanya mengapa dia putus dengan kekasih-kekasihnya itu, dia menjawab dengan menyalahkan mereka.

“Saya putus dengan A kerana dia cerewet. Kalau dengan B, kerana dia terlalu sensitif. Sementara si C, sangat menuntut. Si D tidak mandiri. Ke mana-mana harus dihantar, letihlah!”

Wah, lelaki seperti ini jelas punya masalah dalam menghargai perempuan! Hati-hati, kamu bakal menjadi ‘mangsa’ yang seterusnya untuk dihina.

 

>>>Diana Danielle ditinggalkan Bapanya Semasa 4 Tahun<<<

 

Sudi Memohon Maaf

Suatu ketika nanti kamu dan si dia pasti akan bertengkar dan mendebatkan sesuatu. Daripada cara dia berdebat, kamu boleh melihat kualitinya. Jika kamu takut melihat kemarahannya atau dia ‘meledak’ tanpa mahu mendengar penjelasan kamu, atau si dia memilih meninggikan suara televisyen daripada mendengar suara kamu, tinggalkan saja!

Idealnya, lelaki berkualiti itu boleh mengungkapkan emosi tanpa harus bersikap kasar. Dia tidak hanya boleh memahami sudut pandangan kamu, tapi juga mampu memohon maaf atas kesalahannya atau memaafkan kesalahan kamu dengan mudah.

 

4) Menepati Masa

Saat berjanji menjemput, dia selalu bersedia datang lebih awal atau tepat waktu. Kalau terlambat pun, dia akan memberitahu. Nah, ini baru truly gentleman!

 

5) Kelakar

Kamu pasti senang jika dia melontarkan lelucon yang boleh membuat kamu tertawa. Bahkan, jika tak mendengar ceritanya yang lucu sehari saja, kamu terasa rindu setengah mati. Memang, banyak kajian menunjukkan bahawa ketawa bersama dapat membantu pasangan bebas daripada ketegangan. Cuba bayangkan jika kamu memiliki pasangan yang bisa mentertawakan diri sendiri atau dengan cara paling manis menggoda kamu saat sedang gelisah. Wah, rasanya sangat menenteramkan.

 

 

6) Bersikap Ingin Tahu Mengenai Kamu

Seringkali, kala janji temu kali pertama kita tidak ingin ditanya-tanya mengenai latar belakang atau apa persyaratan kita dalam mencari buah hati. Padahal, sebenarnya kamu perlu tahu serba sedikit mengenai latar belakang atau kriteria apa yang kamu cari daripada seorang lelaki. Dengan demikian, dia tahu fikiran dan gagasan kamu.

Rasanya menyenangkan jika saat berbicara dia menunjukkan perhatiannya, dengan mendengarkan dan mengajukan pertanyaan. Lebih menyenangkan lagi, ternyata si dia ingat nama teman-teman dan bos kamu, serta hal-hal kecil yang kamu benci.

 

7) Tidak Obses Dengan Teman

Setiap kali ‘dating’, dia selalu mengajak kamu menonton atau makan malam beramai-ramai dengan teman-temannya. Sepertinya dia juga tidak ingin kehilangan waktu bersama gengnya. Yang lebih menyedihkan, dia sangat bergantung kepada keputusan teman-temannya dan rela membatalkan janji temu dengan kamu semata-mata mahu berkumpul dengan mereka. Itu bermakna dia belum bersedia untuk menjalin hubungan yang serius. Memang, dengan memiliki ramai teman, dia terlihat banyak bergaul. Namun, lelaki ‘berkualiti’ adalah mereka yang boleh berfikir dan bersikap mandiri.

 

8) Punya Integriti

Setelah bertemu beberapa kali, si dia mulai sering membatalkan janji di saat-saat terakhir. Dia juga jarang menelefon. Seolah dia punya kesibukan lain. Sebulan kemudian, dia mengaku belum bersedia untuk berhubungan serius. Tapi eesoknya, kamu melihatnya sedang berjalan mesra dengan perempuan lain. Ternyata, selama ini kamu berdating dengan lelaki tak jujur. Nah, bagaimana mengetahui apakah dia lelaki jujur, bertanggungjawab, dan baik di awal hubungan?

Kamu boleh mengamatinya bukan hanya daripada cara dia memperlakukan kamu. Misalannya, kamu juga boleh melihat daripada cara dia berinteraksi dengan teman-teman, keluarga, bahkan pelayan restoran. Jika sikapnya kepada orang-orang tersebut sama baiknya terhadap kamu, ini ertinya dia memang punya integriti.

>>>Awal Ashaari Bongkar Perangai Sebenar Scha<<<

 

9) Buat Hati Berdebar-debar

Kamu tentu tidak akan memilih sebarang lelaki untuk dijadikan pasangan jika si dia tak bisa membuat jantung kamu berdebar-debar ketika bertemu. Entah caranya memandang, aroma tubuhnya, atau cara dia melindungi kamu, setidaknya ada perkara yang membuat kamu serasa mabuk kepayang. Banyak peneliti mengatakan, daya tarik seksual sangat penting dalam memantapkan sebuah hubungan asmara. Jadi, jika tidak ada chemistry, maka 10 ciri ini tidak akan ada ertinya.

Nah, berapa ciri yang ada pada teman lelaki kamu?



 

Majalah Intrend! , ikuti kami di and .


Topik:  general

  • ← Sebelum

    6 Petanda Kamu dipergunakan, Beringat-ingatlah Kalau Hati Dah Terlampau Sayang

  • Seterus →

    “Saya Pernah Tiada Wang, Menganggur, Kereta Kena Tarik... Alhamdulillah Kini Saya Mengetuai 10 Syarikat” – Carl Samsudin