Jul 28, 2016 - 959
Oleh:
Sumber:
Ada yang bertanya Miss Cherry, “Memang boleh kaya-raya ke jual produk kecantikan?” “Untung sangat ke sampai boleh buat rumah RM22 juta, boleh beli kereta mewah berbelas-belas, beg Chanel sampai tak tahu mana letak?”
Persoalan-persoalan itu kerap kali diajukan kepada Miss Cherry oleh teman-teman Miss Cherry yang masih ketandusan idea untuk berniaga dan mengenali erti ‘untung’. Dan persoalan itu makin kerap naik ke ruang WhatsApp Miss Cherry selepas Dato’ Seri Vida Qu Puteh menaja pasukan bola sepak Kelantan sebanyak RM16 juta!
Sumber:
Jawab Miss Cherry, yang kita nampak mungkin yang kaya-raya, yang berjaya, invest juta-juta dan kukuh namanya. Namun, jangan tak tahu berapa ramai juga usahawan kosmetik lokal yang tewas, menanggung kerugian sehingga muflis, yang hanya mampu peram stok di rumah berkotak-kotak. Jadi, persoalan untungkah jual produk kecantikan bukanlah soalan padu untuk diajukan.
Apa yang boleh Miss Cherry rumuskan mengikut teori cetek Miss Cherry, berniaga apa sahaja ada untung dan ruginya. Bukan persoalan jual apa yang untung? Semua perniagaan sudah dijanjikan pasti ada untung, kalau tak bukan dinamakan berniaga.
Apa yang membezakan Dato’ Vida Qu Puteh itu dengan usahawan-usahawan yang gagal tadi adalah strategi pemasarannya. Dan lagi, Miss Cherry juga percaya pada ‘tuah’ seseorang. Mungkin, kebetulan usaha pemasarannya itu kena tepat pada waktu bulan mengambang terang untuk Dato Vida, jadi segala-gala yang dilakukannya berjaya.
Sumber:
Ada yang berbisik kepada Miss Cherry, “Alah, bukan susah nak keluarkan produk macam Qu Puteh itu. Aku tahu macam mana?” Betul. Menghasilkan sesuatu produk itu mudah tetapi untuk memastikan orang pegang dan beli produk itu yang payah. Yang mampu melancarkan produk sendiri mudah dicari, tapi berapa ramai yang sanggup jadi seperti Dato’ Vida itu? Tidak segan. Tidak malu. Tiada istilah, ‘apa orang cakap’. Tidak kisah dikutuk. Tidak peduli pakai lain daripada yang lain, membuat pelbagai trademark yang ada kata ‘meloyakan’.
Miss Cherry akui mula-mula beliau muncul pun, Miss Cherry terpegun.
Dalam hati berdetik, “Apa mak cik ni buat? Kenapa dia jadi sampai macam ni? Kenapa nak jual produk sehingga sanggup memperlakukan diri seumpama itu?”
Sumber:
Namun, lama-lama Miss Cherry diam sendiri. Dan mengakui itulah tanggapan orang yang tak kaya-kaya macam Miss Cherry. Hanya tahu kritik tapi apa yang ada pada diri sendiri untuk dibanggakan? Setakat cukup makan dan pakai sendiri, dan menjadi orang normal, tidak digelakkan orang, adakah itu yang buat Miss Cherry rasa diri ini lebih bagus daripada mak cik Qu Puteh itu?
Sumber:
Oh, Miss Cherry muhasabah diri selepas itu.
Setidak-tidaknya, dalam dia menggelinjang di pentas Gegar Vaganza, berkucup-kucup muahh di iklannya, dia sudah menyumbangkan berapa Ringgit Malaysia untuk membangunkan pusat tahfiz, masjid-masjid, sekolah agama dan membantu seberapa ramai.
Sumber:
Anak-anak yatim, warga tua, golongan miskin dan selayaknya yang dibantu. Dan kita ini? Baru seringgit masuk ke tabung masjid, sudah ‘eksyen’. Merungut kalau di masjid itu hampar sejadahnya buruk, tandas kotor. Kononnya, persoalkan ke mana perginya wang derma masjid?
Hey, baru seringgit! Nak beli berus tandas pun tak lepas!
Sumber:
Dan, baru-baru ini apabila ada yang berteriak macam langsuir, pertikaikan kenapa banyak sangat syarat-syarat Dato’ Vida kepada pengurusan pasukan bola sepak Kelantan? Miss Cherry sekali lagi terfikir memang beginikah pemikiran orang kita?
Sudahlah dia sendiri tidak dapat bantu apa-apa, apabila orang lain menolong banyak pula bantahannya.
Sumber:
Sumber:
Cik Kak, RM16 juta bukan sikit-sikit anak. Ibaratnya beliau memperjudikan nasib juga memberikan dana itu kerana untungnya belum tentu ada. Kalau tajaan itu gagal membawa apa-apa pulangan kepada syarikatnya, saya pasti Dato’ Vida menanggung hutang bank yang berganda-ganda. Waktu itu, adakah kamu-kamu yang banyak sangat cakapnya itu mahu membantu beliau? Saya pasti, ramai antara kamu-kamu itu yang akan pulang paku buah keras kepadanya.
Orang kita memang seronok meraikan kejatuhan orang yang berjaya.
Sumber:
Lupakan soal warna ‘pink’ itu. Tingkatkan sahaja semangat juang. Duit sudah diberi, masanya buktikan kemampuan diri. Apa pun, tahniah! Nampak gayanya semua orang sudah buka mata terhadap industri kecantikan tempatan sampaikan lapangan sukan pun boleh ‘tunduk hormat’ kepada industri kakak-kakak, maknanya apa?
APA KOMEN TERBARU DATO' SERI VIDA TENTANG PEMAIN KELANTAN? Klik di sini untuk baca.