Jun 04, 2017 - 671

Dulu Dia Cuci Pinggan di Kedai Orang, Hari Ini Dia Bergelar ‘CEO’! Ini Rahsianya, Anda PERLU BACA

Anak-anak muda zaman sekarang ramai yang ‘feeling’ lahir di dalam dulang emas. Walaupun gaduh tak cukup duit makan, duit biasiswa tetap lebur jadi telefon kamera ‘selfie’ paling canggih!

 

 

Oleh: Miss Cherry 

 

 

 

Sumber foto: www.theninthstreetgallery.com

 

 

 

 

MISS Cherry akui keadaan ekonomi sekarang bukan seperti dulu-dulu. Banyak tekanan apabila bercakap bab kos sara hidup. Tapi, kenapa agaknya walaupun kita mengeluh harga barang naik, cukai makin banyak, gaji di takuk yang sama dan kos hidup melebihi pendapatan, namun rata-rata rakyat Malaysia masih mampu menonjolkan gaya hidup ‘serba mampu’. Kalau dulu, harga barang sedang-sedang, masih banyak subsidi itu ini dan perbelanjaan selaras pendapatan, rata-rata mak bapak kita masih hidup sederhana. Walaupun dalam akaun Tabung Haji mereka ada puluh-puluh ribu!

 

Jawapan teman Miss Cherry, “Sebab kita sekarang mampu ada rancangan realiti TV sendiri.”

 

“Tak faham?” Tanya Miss Cherry semula. “Sekarang tak payah nak jadi Fazura untuk buat rancangan ‘Facing Up To Fazura’. Sesiapa pun boleh jadi artis; paparkan kisah hidup di laman sosial. Hari-hari update aktiviti kehidupan 9am – 12am. Makan kat mana? Pakai apa? Check in di mana? Dan, pastinya apa yang ditayangkan tu mestilah yang hebat-hebat. Sebab itulah, orang sekarang kena sangat dengan pepatah, ‘biar papa asal bergaya.”

 

 

Orang Kita Cuma Bising di Mulut, Tapi Cakap Tak Serupa Bikin 

Itu yang Miss Cherry setuju. Kadang-kadang kita protes untuk banyak benda. Tapi kita protes hanya pada mulut, bukan perbuatan pun. Misal kata, kita bising kata harga barang naik tetapi kita tidak pernah usaha untuk memboikot. Kita tidak usaha untuk ubah cara hidup kita. 

 

Kita masih makan di tempat mahal yang sama, walaupun harga makanan di situ sudah naik. Kita masih usung anak-anak seramai lima orang makan di luar, bukan pilih untuk masak di rumah. Kita masih check-in hotel lima bintang walaupun menggunakan kad kredit dan buat-buat geli nak tidur di hotel tiga bintang. Jadi, kalau Pak Menteri keluarkan statement menyuruh rakyat ubah gaya hidup, janganlah marah melulu. 

 

Cuba fikir yang positif. Apabila kita ubah beberapa cara hidup, kita sebenarnya dalam usaha memboikot mereka juga. Daripada situ, mahu atau tidak apabila pasaran mereka terganggu mereka akan berdikit-dikit mengembalikan harga atau keadaan asal. 

 

Anak Muda Zaman Sekarang ‘Feeling’ Lahir Atas Tilam Emas 

Anak-anak muda sekarang lagi satu hal. Ramai yang tingkahnya macam anak manja sungguh. Seperti lahir-lahir sudah tidur atas tilam emas. Semuanya mahu serba ada. Apabila ada pelajar-pelajar universiti mengadu terpaksa ikat perut tak mampu beli makanan untuk meneruskan kelangsungan hidup di menara gading, agak menjelikkan untuk didengar. 

 

Sayang-sayang Miss Cherry semua, di universiti itu kamu bukan setakat belajar untuk dapat segulung ijazah tetapi belajarlah juga untuk hidup! Kalau setakat belajar untuk lulus periksa, baik belajar dari rumah sahaja. Duduk celah ketiak mak ayah. Biar siang malam, mak siapkan makan bawah tudung saji. 

 

Dulu Dia Kerja Cuci Pinggan di Kedai Orang, Hari Ini Dia Seorang ‘CEO’

Come on guys! Awak semua masih muda. Tulang masih kuat, akal masih tajam. Gunalah kudrat dan otak untuk mengasah ‘kemahiran hidup’ sedikit. Janganlah baru tak makan pagi, dah rasa nak mati. Baru duit tinggal RM10 dalam dompet, dah rasa langit nak runtuh. 

 

Miss Cherry pernah membaca kisah seorang jutawan muda yang kini CEO syarikat buku. Keperitannya di menara gading hanya Tuhan yang tahu sampai nak dapat sepinggan nasi pun, perlu mohon untuk cuci pinggan di kedai orang, bila malam dia tolong menjaja kuih hanya untuk upah beberapa ketul karipap. Nah, begitu sekali kelangsungan hidupnya sebagai pelajar yang bercatu makan minum dan duit. Tetapi, masih mampu meneruskan kehidupannya sehingga menggenggam segulung ijazah tanpa perlu menjaja kesusahan hidup. 

 

Kerana itu dik, Miss Cherry pesan, apa-apa pun dulukan keperluan diri dan ketepikan sekejap kehendak hidup. Kalau telefon bimbit itu penting belilah tetapi carilah yang murah. Kalau laptop itu penting, belilah tetapi yang sekadarnya saja tak perlulah sampai ke MacBook bagai. Jadi, kalau abang dan kakak awak dulu boleh hidup serba kekurangan tetapi masih jadi ‘manusia’, mengapa awak tak boleh? 

 

 

“Life isn’t about surviving the storm. It’s about learning how to dance in the rain” — Taylor Swift

 

Majalah Intrend! , ikuti kami di and .


  • ← Sebelum

    “Mak! Kita Nak Dodol. Mak! Kita Nak Ketupat” — Kalau Anda Hilang EMAK Macam WANITA INI, Allahurabbi Sedihnya

  • Seterus →

    Pernahkah Anda Rasa Hidup Anda Tak Berguna? BACALAH Artikel Ini, Ia Bakal Ubah Kehidupan Anda