May 27, 2017 - 9956

Mengapa HELIZA HELMI Selalu Memesan ‘Followers’nya Baca Surah Al-Mulk Sebelum Tidur?

Heliza Helmi faham tujuan manusia didatangkan ke muka bumi. Ternyata dia tidak mensia-siakan pengaruhnya sebagai selebriti terkenal untuk berdakwah dan menyebarkan kebaikan. Ini salah satu daripadanya.

 

 

 

Oleh: Rosie Haslinda Nasir 

 

 

 

 

 

 

 

JIKA anda merupakan peminat tegar Heliza Helmi, anda pasti terkesan dengan pesanan berkali-kali gadis ini kepada seluruh batalion ‘folllowers’ Instagramnya, yang selalunya berbunyi begini: “Al-Mulk dulu sebelum tidur ya? Buka Quran atau Apps Quran dalam handphone untuk 30 ayat penuh surah Al-Mulk.”

 

Atau dalam pesanan Heliza Helmi yang paling pendek: “Al-Mulk dulu gais!”

 

Apakah fadhilat dan khasiat surah ini sehingga Heliza Helmi mengulangnya berkali-kali tanpa jemu untuk tatapan batalion pengikutnya di media sosial?

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Inilah Kelebihan, Fadhilat dan Khasiat Surah Al-Mulk yang Anda Perlu Tahu

 

Tahukah anda, Surah Al-Mulk (bahasa Arab:الملك ) merupan surah yang ke-67 dalam kitab suci Al-Qur’an. Surah ini tergolong surah ‘makkiyah’ yang terdiri daripada 30 ayat. 

 

Sejarah dinamakan Al-Mulk berpunca daripada kata Al-Mulk yang wujud pada ayat pertama surah ini, yang bermaksud ‘Kerajaan’. 

 

Bukan itu sahaja, tingginya fadhilat surah ini kerana ia disebut juga sebagai ‘At Tabaarak’ yang bererti Maha Suci. Surah Al-Mulk dianggap sebagai sebuah surah keamanan dan keselamatan, kerana diyakini ia akan menjadi pelindung, penyelamat dan pendinding daripada segala seksa kubur kepada pembacanya. 

 

 

 

Sumber foto: Instagram

 

 

 

 

Tahukah Anda Apa Kandungan Surah Al-Mulk?

Secara umumnya, surah ini melembarkan dengan indah akan kisah-kisah kekuasaan Allah SWT terhadap makhluk ciptaan-Nya. Pada awal surah, ayat ini menceritakan kesempurnaan ciptaan alam ini yang tidak ada cacat-celanya. Betapa Allah SWT telah menciptakan alam ini daripada awal yang tiada apa-apa kepada yang ada lalu seterusnya menjaga alam ini dengan penuh kesempurnaan. Kerananya, kita bertauhid, bahawa Allah SWT berkuasa menciptakan dan mematikan sesuatu pada bila-bila waktu, menurut kehendak-Nya.

 

Beberapa ayat yang seterusnya pula mengisahkan seksa azab neraka, di mana setiap kali sekumpulan manusia dicampakkan ke dalam api neraka, malaikat penjaga akan sekonyong-konyong bertanya, “Apakah belum pernah datang orang yang memberi peringatan kepada kamu?” 

 

“Ya, tetapi kami mendustakannya.”

 

Begitulah respons mereka.

 

 

 

Sumber foto: Instagram

 

 

 

Sumber foto: Instagram

 

 

Ini Sebabnya Heliza Helmi Tidak Henti-henti Mengingatkan ‘Followers’nya Agar Membaca Surah Ini Sebelum Tidur 

Cuba kita lihat dalam kehidupan seharian kita. Adakah kita sering menolak sebarang pelawaan atau panggilan untuk berbuat kebaikan? Jika ya, apa kata kita imbas kembali ke dalam diri kita, dan kita lihat kembali tebal atau nipis dinding iman kita.

 

Mudah-mudahan kami dan kalian semua tidak termasuk ke dalam golongan yang akan menyesal di akhirat kelak.

 

Sumber: shafiqolbu.wordpress.com

 

Majalah Intrend! , ikuti kami di and .


  • ← Sebelum

    Janganlah Kita Syaitankan Orang Lain — Yang Jahat MUNGKIN Bertaubat, Nasib Kita Tak Tentu Lagi!

  • Seterus →

    Bagaimana OKI SETIANA DEWI Menyeru Kita Menjadi Insan Pencinta Agama dan Al-Quran, Masya-Allah!