Lelaki Memang Bersepah, Tapi yang Berkaliber Susah Nak Cari
Dia terus mengilai. “Jadi, tinggal satu bahagian lagi. Itulah yang anda nampak di dalam lif, kedai mamak, atas motor, di perhentian bas dan bersiul, “Hai Kak Long?!” dan yang cuba melirik mata dari jauh itu.”
Sambungnya lagi, “Lelaki-lelaki yang biasa. Wajah bersepuh, mungkin anak peneroka tetapi siapa tahu dia adalah bakal pemenang AF seterusnya!” Ketawanya bernoktah. Saya menyambung, “Mungkin atas dasar tersebut, anda patut terlintas membalas siulan itu kerana mereka sajalah lelaki KL yang tinggal – Available and not attached.”
Dia kelu. Berselang ketawa. Diam balik (sah dia sudah kurang waras kalau berbicara soal cinta, fikir saya lagi). Seketika menjawab.”Mungkin saya bersetuju atau tidak, tetapi I’m not desperate!
“Choooop!!” Pantas celah saya, “Bukan soal desperate, ia tiada kena mengena dengan anda. Tapi ia keadaan di luar sana. Abaikan cara dan gaya. Ada ramai lelaki, yang bukan senarai impian atau terlintas untuk berkenal, tetapi adakah kita sanggup memberi peluang, atau mengambil peluang?”
Diam. Sunyi. (Kasihan sungguh, kenang saya, hehehe).
Terpulang kepada anda untuk mempercayai mitos itu. Atau simpati padanya. Banyak pilihan. Sebanyak isu yang boleh dibincang bila soal ini diperkata. Kesemua isu ini pula amat berat, selain terlalu subjektif dan peribadi. Semua orang ada pandangan masing-masing tentang Cinta, tetapi pengalaman manusia mempunyai acuan atau working pattern yang jarang menipu. Ia macam sejarah. Berulang-ulang, berulang-ulang. Hampir sama kadang-kadang.
Cinta Itu Soal 'Give and Take'
Mari kita tengok. Cinta memang sepusar memberi peluang, dan mengambil peluang. Boleh pula dikait soal tuah dan nasib. Ditilik lagi dalam, ia soal give and take. Dilihat dalam-dalam pula, ia soal persepsi dan ekpektasi. Daripada segi ekonomi, ia soal demand and supply (deep, huh?).
Tidak usahlah kita lihat jauh sangat (saya pun malas berfikir banyak-banyak sebenarnya.) Memberi peluang dan mengambil peluang pasti antara syarat awal fasa bercinta. Memberi peluang itu termasuklah membuka segala ruang untuk orang lain – yang dikenal atau tidak – untuk cuba mendekati dan mengenal hati budi. Membalas senyum saja adalah contoh teringkas yang ada (TIPS: Tidak perlu sentiasa senyum, tetapi jangan bengis!)
Kalau benar manusia ada ‘dinding ghaib’ antara satu manusia lain, jangan biar orang semacam dihalang dari menghampiri anda sedang kali pertama bersua. Tidak semua mempunyai ‘charm’diri, tetapi semua orang memilik mata. Gunakan pancaindera itu sebagai ‘tingkap’ dinding tadi. (Tips: Tanya rakan lelaki anda sama ada mata anda ‘peramah’ atau tanpa cahaya dan makna. Anda boleh senyum, tetapi mata anda memberitahu ia ikhlas atau tidak sebenarnya).
Pat-pat, Siapa Cepat Dia Dapat
Mengambil peluang pula satu tapak lagi di mana ia adalah usaha diri untuk dicintai dan mencintai; jelas banyak dipengaruhi faktor cepat dan tangkas. Pat-patnya, siapa cepat dia punya, adalah falsafah yang diajar lama dulu dan sangat benar. Ia bukan kiasu, tetapi perlu. Ramai orang memang sedia memberi peluang, tetapi perihal mengambil peluang ini selalu saja terlepas pandang.
Macamana, bagaimana, siapa, cara adalah antara soalan-soalan yang membuat kita jarang mengambil peluang dalam bercinta. Kononnya ia adalah soal berhati-hati, tetapi banyak cerita kejayaan cinta adalah hasil ‘berani’ yang ditambah sedikit ramuan ‘kebetulan’. Kenapa perlu berfikir dalam sangat, sedang tugas kita ialah untuk berkenal.
Mengapa kita fikir jauh sangat, mahu menilai orang lain sedang itu bukan tugas manusia?
Ada banyak saat berlalu, tanpa kita sedar yang masa itu membawa juga peluang cinta kita lenyap sama disebabkan perasaan atau persepsi kita yang berbaur. Teragak-agak, keliru, tidak tahu dan pasti, paling jahat iaitu MENUNGGU buat kita lalai dan rugi. Dalam era digital millenium ini, kita tidak boleh melayan cinta sebagai situasi berjumpa wang di tengah jalan lagi dan bersyukur jika tersadung, merasa tidak rugi pula jika tidak berjumpa kerana ia bukan wang kita. Hakikatnya wang atau cinta itu memang ada di tempat lain dan kocek orang, walhal tugas kita mencarinya dengan cara yang halal. Mencari, bukan terjumpa atau paling jelik, menunggu!
Minat Dari Jauh, Tapi Lepas Itu Si Lelaki Suka Orang Lain... Melepas!
Seperti kawan-kawan lain selepas keluar dari kampus, selalu timbul cerita-cerita hati yang dipendam. Seperti H, dia mengakui pernah meminati, tetapi lelaki itu akhirnya menyukai orang lain.
Ditanya adakah H pernah memberitahu, bidas H yang gadis perlu tahu batas susila, dan tugas lelakilah yang perlu merayu. Saya faham situasi dirinya, tetapi percayalah aura cinta itu amat kuat; terlahir dari hati dan mata. Tanpa apa-apa kata-kata pun, jika rasa itu ikhlas, kuat dan tidak dipendam dalam, cinta itu akan dirasai juga oleh pihak kedua. Manusia terlalu faham bahasa tubuh, jadi jika malu memberitahu, gunakan saja alat komunikasi semulajadi itu yang lebih berkesan dan selamat.
Saya tidak pernah menyalah H dalam mana-mana perkara tadi, kerana H hanya mengikut kata hati. Hati terlalu berkuasa dan bertindak normal selalunya, cuma hati perlu diberitahu banyak kerugian ialah dengan diri tidak membuat apa-apa keputusan. Masih, H bebas memilih, selagi dia mempunyai pilihan. Berdiam diri bukan pilihan. Menunggu bukan pilihan. Itu menyerah. Atau melengah.
Orang boleh memilih jika hanya mempunyai pilihan. Melengah jika mampu hidup seribu tahun. Jika tidak, tugas manusia ialah untuk terus berusaha. Cuma sebelum memula langkah, niat dan persepsi perlu berubah. Kata orang, bagaimana diri melayan ragam orang asing, begitulah diri melayan karenah Cinta!
Maaf, saya selalu melihat bidalan “perigi mencari timba” terlalu negatif. Tiada salah mana-mana jantina mencari cinta, walau siapa – Adam atau Hawa – yang memulakan, itu pendapat kekal saya. Menjadi manusia yang dihalang persepsi umum atau pandangan orang lain – selagi ia bukan haram – adalah kerugian pada mana-mana jantina pun.
Jadi, apa salahnya si gadis memulakan usaha dan sedikit agresif jika dia percaya yang cinta begitu – mencari dan memberi peluang?
Nak Bercinta Kena Berani atau Bersikap Tak Tahu Malu?
Cinta memerlukan keberanian, tetapi bukan maksudnya kita tidak malu. Itu salah. Keberanian di sini mungkin maksudnya sanggup, rela, sedia dan PANTAS berterus terang, jujur dalam berbicara soal hati–Dan tepat pada masanya. Bukan melulu. Bukan menunggu.
H merasakan dirinya timba. Dan timba tidak harus mencari perigi.
Ah, perigi atau timba tidak perlu mencari sesiapa sebenarnya. Zaman moden ini benda-benda itu tidak relevan lagi, kita gunakan shower saja, kan? Kalau benar mahu bersiram – buka pintu, langkah dan masuk dahulu. Pulas tombol dan sesuaikan haba untuk sejuk atau panas – itulah tugas kita manusia. Terlalu panas buat anda melecur, dan sejuk pula buat anda menggigil.
Sederhana jalan selamat!
Sekali lagi untuk H, si comel Cupid mungkin penat berkejar ke sana ke mari, dan dia tidak akan membidik pada timba atau perigi. Kecuali manusia. Jadi, ambil saja busar panahnya, dan buat apa yang patut!