Oct 26, 2016 - 3052

Dato' Rizalman Ibrahim: “Hari Ini, Allah Mengangkat Darjah dan Pangkat Saya di Dunia. Di Akhirat Kelak..."

Tentang dunia, kini di tangannya. Tentang negeri abadi, yang selalu di hatinya.


Oleh:

 

 

"MMM... hajat di hati, naklah, haha. Kadang-kadang, sekarang pun orang panggil saya Datuk, so okeylah. Tapi kadang-kadang kita kena fikir, mengapa Tuhan masih belum beri kita yang ‘itu’? Kerana mungkin yang ‘itu’ akan menerbitkan riak-riak kecil. Pendirian saya senang. Kalau yang ‘itu’ membawakan kebaikan, saya mohon kepada Tuhan, berikanlah kepada saya. Tetapi kalau ia menjerumuskan saya kepada perkara-perkara yang buruk, saya mohon, jauhkanlah. Ah... I don’t know, Rosie. Dapat, alhamdulillah. Tak dapat pun tak apa..."  — Temu bual bersama Rizalman Ibrahim, InTrend September 2016



Tidak sampai tiga bulan Rizalman melafazkannya, sesudah Rizalman meluruhkan puput-puput filsuf dan seluruh kehidupannya di corong telefon untuk saya rakami, Malaysia menerima perkhabaran gembira.

Figura industri fesyen yang dihormati dan digeruni ini akhirnya diseru, dititah untuk menginjak ambal kuning diraja Istana Abu Bakar, Pekan, Pahang pada
 24 Oktober 2016 bersamaan 23 Muharram 1438 Hijrah.

Sempena memuliakan hari keputeraan DYMM Sultan Pahang yang ke-86, Rizalman Ibrahim, telah dianugerahkan darjah kebesaran peringkat kedua DARJAH INDERA MAHKOTA PAHANG (DIMP) yang membawa gelaran Dato’. Istiadat pengurniaan disampaikan oleh Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Haji Ahmad Shah. 

Tahniah Dato', daripada kami sidang editorial InTrend dan seluruh rakyat Malaysia. 

 
 
 

Kata Dato' Rizalman Ibrahim...

Selama ini, saya hanya tahu meminta dan meminta. Minta ampunkan dosa, minta dipanjangkan umur, minta diberi rezeki, minta dipandang mulia. Dan meminta kesemua yang elok-elok belaka. 
 
Saya banyak meminta tetapi tidak banyak menilai betapa banyaknya nikmat semua itu telah sampai dan telah dikurniakan, sehinggalah apa yang terpacul dari mulut tidak lain dan tidak bukan, hanyalah pintaan. 
 
Tetapi hari ini saya hanya ingin bersyukur. Bersyukur atas segala nikmat-Nya, kurniaan-Nya, perhatian-Nya kepada saya, hamba-Nya. Namun begitu hanya satu permintaan sahaja yang aku pinta pada hari ini, Ya Allah... HIDAYAH daripada-Mu yang berterusan. #HariSedarDiri
 




Mungkin selama ini saya tidak pernah mengeluarkan kata-kata bagi mengalung budi kepada setiap individu yang Allah SWT telah tetapkan untuk bertemu dalam perjalanan hidup saya. Betapa hebatnya sistem lingkaran qada dan qadar yang berlaku dalam setiap kehidupan seseorang individu itu, baik yang datangnya baik, atau yang buruk daripada segi sifatnya.

Namun semuanya adalah kebaikan semata-mata. 
 
Betapa bertemunya kedua-dua ibu bapa saya hingga melahirkan zuriat mereka yang bernama Rizalman, bidan yang menyambut, keseluruhan adik-beradik yang menjaga kebajikan saya dari kecil hingga saya dewasa, jiran yang membantu kala susah kala senang, pemandu bas yang berkeringat membawa saya ke sekolah, guru-guru yang mendidik, kawan-kawan yang membakar semangat, batalion pekerja yang menyokong syarikat untuk berdaya maju, kenalan peminat di Instagram serta Facebook yang tidak berhenti berzikir melontarkan doa-doa, serta hilaian ketawa anak-anak sebagai suri hati. 
 
Kepada semua saya ucapkan jutaan terima kasih kerana melihat bakat, pengorbanan serta senantiasa setia berada di sisi saya. 
 
Hari ini, hari di mana Allah SWT telah mengangkat darjah dan pangkat saya di dunia. 

Moga Allah akan mengangkat pangkat dan darjah saya sebegini jua di negeri akhirat kelak.

 


 

10 Mutiara Kata Dato' Rizalman Ibrahim Pilihan Rakyat Malaysia

MUTIARA KATA 1

Saya dilahirkan dalasilence culture, tetapi saya tidak mahu menjadi manusia yang mute. 
 

MUTIARA KATA 2

Pada kemudian hari nanti, hidup kita ini kembali pada neraca. Pertimbangan. Pertarungan antara buku baik dan buku jahat.
 

MUTIARA KATA 3

Anda harus selalu berpijak di bumi nyata. Tidak kira berapa tinggi anda diangkat dan dimartabat, kaki anda harus selalu menjadi akar. Akar yang kembali kepada tanahnya, tahu potensi dan batas, tahu ilmu dan kemahiran, tahu asal-usul, tahu juga mengenang jasa.


 

MUTIARA KATA 4

Saya punya banyak ilham. Bukan dalam aspek keperekaan semata-mata. Saya punya hujan ilham dalam kata-kata. Saya diberikan puput-puput ilham dengan kepelbagaian sifat. Ada yang mengasyikkan seperti kapas. Ada yang menikam seperti belati paling tajam.


 

MUTIARA KATA 5

Mengapa saya masih gembira dengan makan malam saya? Kerana saya tiada rasa iri hati terhadap kehidupan manusia lain. Begitu juga dengan anda. Hiduplah dalam kapasiti anda sendiri. You should live your life the way that you want to live, simple bukan? 

 
 

MUTIARA KATA 6

Apakah yang paling baik untuk wanita berhijab? Apa gunanya kita berhijab, kalau kita bermekap tebal? Anda berhijab, tetapi anda memakai baju-baju yang warnanya galak dan terang, yang ketat dan sendat, mengapa? Bukankah itu yang akan menggamit umpatan orang? Menambahkan lagi dosa kerana anda mempamerkan kecantikan dengan riak, malah membakar nafsu berahi para lelaki?
 

MUTIARA KATA 7

Kalau kita tiada iri hati, kita tidak akan mempersoal atau mempertikaikan nasib dan keberuntungan orang lain. Kita gembira pulang ke rumah kecil kita. Kita gembira tidur di tilam kita, meski cadarnya hanya kain belacu.
 

MUTIARA KATA 8

Saya tidak sabar mahu lihat khalifah-khalifah kecil saya ini terus dewasa, menjadi sahabat saya, berkahwin, membawa pulang menantu untuk saya...
 

MUTIARA KATA 9

Sedekah dan amal kebajikan yang kita buat dengan nama Allah SWT, haruslah disertai doa dan nawaitu. Berdoalah agar maut itu ditangguhkan, berdoalah agar kita masih sempat amal ma’ruf nahi mungkar. 

 

MUTIARA KATA 10

Kalau kita tidak iri hati, kita selesa, gembira dan bersyukur dengan apa yang kita miliki. Kita makan nasi putih dengan ikan kembung dan sambal belacan, cukuplah... 

 



APA REAKSI NETIZEN TENTANG ARTIKEL “Mereka Makan Malam di Marini’s on 57 Sambil Teguk Champagne, Saya Makan Nasi Putih Ikan Kembung. I Don’t Care…”




















































Majalah Intrend! , ikuti kami di and .


  • ← Sebelum

    Caliph Buskers: "Fendy dan Nadira Pasangan Buta, Tapi Anak Lahir Celik. Ini Allah Punya Kuasa!"

  • Seterus →

    Pedihnya Hati digelar 'Perigi Mencari Timba'. Tapi Bukankah Zaman Sekarang Dah Orang Pakai 'Shower'?