Jul 29, 2016 - 1932

Membersihkan Diri Bersama Suami atau Isteri Juga Satu Cara AWETKAN Asmara

Terlalu selesa dan rasa tidak kisah terhadap pasangan juga boleh datangkan mudarat. Sudah masanya anda segera ambil langkah awetkan asmara. Jangan sampai muncul orang ketiga.

 

 

Sumber foto: Arkib InTrend Malaysia 

 

 

SUDAH bertahun-tahun melayari bahtera perkahwinan sebagai suami isteri. Tanpa kamu sedar, kamu dan pasangan mula ambil mudah pada ikatan sedia ada.

Mungkinkah ini terjadi kepada kalian?

 

Sebelum hadirnya orang ketiga yang mengancam hubungan kamu, pulihkan hubungan kalian! Eratkan cinta. Bangkitkan asmara dalam rumahtangga. Kami ada 8 panduan supaya rumahtangga lebih awet dan berkat. 

 

Sumber foto: Arkib InTrend Malaysia 

 

 

PETUA 1 Kucupan Mesra

Diriwayatkan Saidatina Aisyah, bahawa ia berkata: “Rasulullah SAW pernah mencium salah seorang isteri baginda kemudian berangkat menunaikan solat tanpa memperbaharui wudhu.” (Hadis Riwayat Abu Daud dan Tirmidzi).
 

PENGAJARAN DAN TELADAN:

Cinta itu lebih bermakna jika dilestarikan dengan sentuhan yang membuai perasaan lantas membangkitkan rasa kasih kepada pasangan. Sementelahan hubungan kamu suami isteri adalah halal di sisi agama, maka bertindaklah dengan rasional.

Buktikan rasa kasih kamu wahai isteri dengan melakukan ritual sensual yang bukan sahaja menterjemahkan rasa sayang kepada suami, malah sebagai tanda penghargaan bahawa kamu menghargai hidup bersamanya sebagai pasangan suami isteri.

Teladanilah apa yang dilakukan Rasulullah SAW ke atas salah seorang isterinya dan masih sempat melayangkan kucupan sebelum menunaikan kewajipan kepada Allah SWT. Lantaran itu wahai para suami dan para isteri, luangkan sedikit masa bermanja-manja agar hubungan bertambah erat dan mesra.


Sumber foto: Arkib InTrend Malaysia 

 

PETUA 2 Membersihkan Diri Bersama-sama Isteri

Diriwayatkan bahawa Saidatina Aisyah, pernah berkata: “Aku biasa mandi bersama dengan Nabi dengan satu bejana (bekas menyimpan air). Kami biasa bersama-sama memasukkan tangan kami (ke dalam bejana).” (Hadis Riwayat ‘Abdurrazaq dan Ibnu Abu Syaibah).

 

PENGAJARAN DAN TELADAN:

Ritual mandi atau membersihkan diri sesama suami isteri mungkin amat janggal dan dianggap taboo dalam kalangan masyarakat kita. Namun, telah diriwayatkan bahawa ia pernah dilaksanakan dalam sejarah rumahtangga Rasulullah SAW. Ia sememangnya satu cara yang amat indah untuk suami isteri saling menghargai suasana menyucikan tubuh badan sambil mengakrabkan perasaan.

Sementelahan perhubungan suami isteri adalah perkara yang halal, maka mengapa tidak kamu dan suami saling menyapukan dan meratakan air dengan tertib, dengan cara yang elok. Lakukan sekali-sekala pada waktu-waktu yang membenarkan kamu melakukannya, misalannya pada hujung minggu yang santai, di mana kalian tidak terkejar-kejar ke pejabat dan punya waktu yang panjang untuk beristirehat.

 

>>>KLIK DI SINI<<< untuk ketahui 6 Lagi Petua Awetkan Asmara Dalam Rumahtangga Cara Rasulullah SAW.




 

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.