Oct 18, 2014 - 1746
SEKS ditambah huruf I: SEKSI. Apa itu seksi? Apa yang membuat seseorang itu seksi? Apa jantina Hawa sahaja yang seksi? Apa pula seksi bagi anda, dan apa guna seksi bagi si dia? Adakah ANDA seksi? Anda MAHU menjadi seksi??
Banyak takrif seksi dikemukakan dalam InTrend keluaran Julai; ada 50 takrifan dan pandangan peribadi lelaki pilihan tentang seksi bagi mereka. Kalau ditanya 100 lelaki, pasti 100 pula pandangan yang wujud. Mengapa ada banyak sekali pandangan, dan mengapa ada beza antara satu sama lain akan kata SEKSI ini? Bukankah manusia hanya ada sepasang mata dan satu geliga? Pelik…
Kalau boleh diambil antara takrifan itu ialah, seksi bagi Ari Wibowo, “…Bila perempuan itu stand-out, dan tidak semestinya ia bagian tubuh (termasuk) keyakinan, pandangan mata, poise atau pembawaan diri ..!” Bagi Ariel Peter Pan, “Wanita berpakaian sporty nampak seksi.” Tafsiran mudah, lebih kepada unsur fesyen. Kata Justin Timberlake, “Confidence is sexy to me...” Anuar Zain juga begitu. Ramai lagi bersetuju. Keyakinan. Pemikiran. Brainy bukan Bimbo. Bagi Nelly jawapannya jujur dan fizikal, pinggul baginya seksi. Anda?
Mari kita buat satu penDEDAHan. Semua orang mempunyai takrifan seksi sendiri, tetapi kebanyakan tafsiran mengkelaskan kata itu sebagai: “Apa-apa yang yang dianggap merangsang seksual hasil tindak balas lima pancaindera manusia.” Takrifan pendek: Ia merangsang, sesuatu yang seduktif!
Dalam satu e-group: My definition of hot and sexy is: The state of possessing qualities that cause an individual to be sexually aroused.
Kalau kata itu tidak dijumpa dalam kamus, ini jawapannya dari Teen Advice Online : “You can't find "sexy" in the dictionary is because it is more of a slang term. There isn't really any clear definition of sexy as each and every person finds different aspects sexy. Sexy typically means attractive, whether you find a part of their body sexy, a personality trait sexy or an action sexy. "Sexiness" is purely subjective and different people find other elements attractive.
In short, to be sexy means to be sexually attractive. But what is attractive to one person is different compared to what is attractive to another person.”
Ini pula takrifan wanita. Kata Preity Zinta dalam laman web, “Sex appeal is intelligence, it's the way you look at someone, it's always more subtle. Sometimes just the way you look at someone, the way you touch that person, that's sexy...”
Kata seksi mengundang lebih banyak takrifan yang berbeza. Lebih banyak soalan daripada jawapan. Yang menarik, seksi bukan sekadar kata lagi, tapi jauh melangkau banyak perkara. Ia termasuklah soal budaya, pembawaan diri, asuhan, atau pandangan hidup juga fesyen. Selalu ia soal outer-self, sesuatu yang nampak dan fizikal, dan selalu juga ia soal inner-self – Dalaman termasuk keyakinan dan ketajaman fikir.
Seksi: Diksi
Apa yang kita tahu akan ayat S.E.K.S.I? Seksi hanyalah satu huruf ciptaan manusia dalam beratus ribu kata dalam percakapan. Seksi mungkin hanya pilihan KATA untuk menerangkan. Ia bukan sesuatu yang jelas, dan boleh diukur mengguna pemberat atau pembaris. Ia mungkin satu kata luahan dan ekspressi (Wau! Seksinya!!). Ayat mencebik (ishhh, seksinya!). Menarik bukan?
Dahulu mungkin semua bersetuju yang seksi itu menjolok mata. Mungkin sekarang ia telah bertukar erti dan situasi. Bukan soal skimpy and hot, bukan juga soal fesyen. Atau takrif seksi itu telah menjelma menjadi makna tersendiri dalam alaf baru ini? Kita saksikan…
Seksi: Peribadi
Ini tajuk menarik untuk dimula bincang, kalau anda pembaca dewasa dan terbuka. Seksi, seperti persepsi orang orang ramai adalah soal peribadi. Satu hak individu. Tingkah laku, gaya dan pakai adalah soal diri. Bukan orang lain. Ia milik dan hak asasi manusia – itulah hujah akhir kebanyakan orang. Lantaran itu, jangan kecoh dan jangan busybody kerana “Aku punya suka!” dan “Aku tak kacau engkau pun!” Tiada dalam undang-undang salah untuk menjadi seksi, cuma salah menjadi lucah. Hmmm…
Seksi sangat tertakluk pada pandangan peribadi, juga asuhan peribadi pada empunya diri dan juga yang memandang. Ada yang terbiasa memakai pakaian yang dikira seksi, dan beranggapan ia tidak perlu dihebohkan kerana itulah pakaiannya seharian. Kalau anda dibesarkan di Barat contohnya, mungkin tahap seksi itu berubah jauh dan kebiasaan itu turut mempengaruhi diri atau pandangan. Jadi benar seksi itu juga hasil asuhan dan situasi hidup. Dalam pada itu, ada juga melihat seksi sebagai soal hak asasi, dan pedulikan pakaian orang selagi ia menghormati majlis dan keadaan.
Ini lagi satu cerita. Ada pertubuhan hak asasi mengatakan: Pedulikan kalau wanita berpakaian seksi, itu hak dan kebebasan fesyen. Dan ada golongan mencebik: Itulah peningkatan kes rogol! Kita manusia percaya pada sebab dan akibat. Tetapi, menggunakan hujah seksi untuk merogol wanita adalah perangai binatang. Perogol bukan melihat seksi, tapi kesempatan dan kelemahan orang lain (juga dirinya!) untuk berlaku jahat, dan seksi tiada kaitan di sini.
Seksi : Subjektif
Seksi, selalu terletak pada pandangan, persepsi dan asuhan seseorang. Ada dua kategori pula. Empunya diri dan orang yang memandang. Jadi penilaian dan pandangan berbeza. Setiap orang mempunyai pandangan masing-masing, dan itulah yang membentuk subjektivitinya. Mana-mana pandangan subjektif selalu diterima, kerana ia adalah citarasa individu. Ia juga tidak terikat sebagai ‘Benar’ atau ‘Salah’. Kalau pun ada beza pun, mungkin dari segi ‘penekanan’ menjadi ‘ia sangat seksi’ atau ‘biasa jer.’ Yang kedua jawapan pilihan banyak artis, kan?
Lagi, kesemua tulisan atau jawapan tentang soal ini sepakat yang seksi itu subjektif. Dalam satu artikel menerangkan, “ Subjectivity is the key… Men simply tend to judge potential partners based on appearance at first, but that’s not necessarily how they are throughout the entirety of a relationship. Once a guy gets to know someone he finds sexy at the outset, it’s her inner qualities that will make her even sexier. And you have to agree it’s more efficient, even if it is somewhat dismissive.”
”The reason that there is no specific definition of sexy, down to colors and measurements in the millimeters, is that the world is full of people, and a lot of them would be out of luck if they didn’t match the standard. Fortunately what sexy is can’t be quantified from person to person.”
Seksi bagi A mungkin tidak dirasa sebegitu bagi B. Semua orang ada pandangan, jadi semua pandangan perlu diterima. Cuma satu perkara yang sukar berubah selagi mana subjektif pandangan tadi. Tata budaya jarang berubah drastik, dan stigma budaya itu mempunyai nilai sendiri. Kita dengan budaya Timur perlu akur di mana lantai dipijak. Berada di sini cukup mudah dipandang serong walau niat kita hanya berpakaian dan bergaya. Masalahnya, apa yang menjadi kayu ukur SEKSI? Skimpy and hot? Tak cukup kain? Terserlah? Dibuat-buat? Tidak menghormati majlis?
Seksi: Proses?
Seksi ialah satu proses apabila ada niat, kaedah dan hasil. Ia adalah proses kehidupan dan peristiwa. Contohnya, seksi boleh dijadikan alat menggoda. Menarik perhatian. Menjelas diri. Memuaskan diri. Contoh umum, iklan selalu menggunakan sesuatu yang seksi bagi meracun pengguna. Kes lain, ada pula wanita yang mengguna jalan seksi untuk menarik perhatian kaum Adam mendampingi. Mereka sengaja mendedahkan, dengan harapan yang ada lelaki pantas memakan umpan, walau tidak semestinya wanita tadi melampaui batas. “Show some flesh, and off you go!” Kata seorang gadis nakal berkerjaya yang memerlukan hubungan dengan ramai pelanggan, senang memilih skirt pendek untuk ke pejabat berbanding baju kurung, kerana mahu dilayan cepat dan menjadi tumpuan. “Memudahkan kerja,” tanpa apa-apa penjelasan tentang itu.
Bagi kes lain, seksi dipilih sebagai jalan mudah berkenalan. Tanda bersedia didekati, ‘mencari’ dan juga seorang terbuka. Ia cuma memudahkan proses pengenalan awal dan bertempoh singkat (Macam “lepas kawin I pakai sopan la!”).
Kalau bukan itu, ia menjelaskan yang si seksi amat terbuka dalam soal berpakaian. Baginya, seksi hanyalah proses bergaya. Memuaskan citarasa dan untuk kelihatan cantik. Itu kepuasan diri. Kalau orang memuji, ia satu bonus! Kalau mengeji, itu pandangan singkat. Jadi, amaran mereka, jangan sangka perempuan seksi itu niatnya merewang!
Mungkin juga, ia satu proses mencari identiti. Ada manusia mahu mengenal dirinya sendiri melalui pemakaian, dan juga penerimaan orang ramai terhadap pemakaiannya. Mencari titik pertemuan itu perkara lumrah dalam kehidupan. Boleh juga sekadar mahu menyerlahkan kemahuan diri dan impian terpendam lama. Mungkin si gadis telah lama mengidamkan untuk mengenakan kebaya sendat atau skirt sejengkal dari kecil – Siapa tahu? Mahu menunjuk dia dewasa dan mempunyai kuasa menentukan…
Seksi: ‘Fashion Statement?’
Biar betul?! Ada pandangan melampau melabel seksi sebagai fashion statement. Anda boleh percaya jika mahu. Hujahnya, seksi adalah gaya, dan gaya perlu ada citarasa dan perlu unik. Lambang kemegahan. Jadi, sebagai fashion statement, menjadi ‘seksi’ lebih menonjol, bold, dan boleh jadi ikutan. Ia seperti trend, dan melalui peredaran zaman. Ia membuatkan seseorang menyerlah dengan pilihan dan citarasanya, dan lebih dikenali.
Seksi sebagai fashion statement adalah ciri individualistik, hujah golongan ini. Ia menjadikan individu unik dan tersendiri. Ia bukan untuk menunjuk-nunjuk, kerana tidak salah asal diri selesa bukan? Ia bukan menarik perhatian, tetapi mungkin sekadar menonjol pada pandangan umum. Individualistik adalah identiti, jadi menjadi seksi adalah identiti, dan terpulanglah apa yang mahu dipakai (err, atau tidak pakai! – Apa yang dikenakan dan sebagainya. Selagi diri selesa. Itu kata mereka…
Ia juga boleh membuat orang mengikut, dan terikut-ikut. Jualan pakaian ala-Britney meningkat 30% pada remaja bila penyanyi kegilaan mereka itu meletup di persada antarabangsa. Semuanya mahu menggayakan jeans dikerat pendek, spaghetti strap, dan tali pinggang bermacam jenis. Jadi: Seksi adalah fesyen, dan seksi itu hanya meniru gaya idola.
Seksi: Pseudo
Ramai lelaki mengatakan seksi satu penipuan, tetapi ramai menolak dan mengatakan ia sekadar mengguna kelebihan. Ia penipuan kalau dibuat-buat dan bertujuan jahat. Kelebihan ialah menggunakan apa yang ada, dan tidak salah menunjuk hak milik diri. Sesetengah lelaki menganggapnya peluang, sesetengah yang lain menganggapnya umpan. Seksi memang boleh dibuat-buat, dan seksi yang tidak natural nampak melampau dan tidak bermaruah. Ada yang mengatakan suara manja itu seksi, dan ada pula menganggapnya merengek-rengek macam suara unta. Apapun, tidak semua lelaki boleh dimakan umpan seksi dengan mudah. Dengan susah belum tahu-heh!
Seksi: Budaya
Budaya berbeza menghasilkan persepsi seksi berbeza. Hasilnya, masyarakat amat patuh pada tanggapan yang terhasil daripada persepsi turun-temurun itu. Ia bagai kayu ukur, juga mempunyai sejarah sendiri. Budaya Timur mementingkan adab susila, dan seksi dilihat perkara yang tidak baik. Bagi Teen Advice Online pula: “The definition of 'sexy' changes depending on the culture. Basically, 'sexy' is whatever appeals to the physical nature of the opposite sex. 'Sexy' is not about clothes or makeup. Those things are just to enhance or hide our physical traits. In the US, a sexy woman might be one who is in good shape and has a good hip-to-waist ratio. In Africa, a very fat woman is considered very sexy because food is hard to come by. Body fat is a sign of prosperity. In China, it used to be that a woman with very small feet were sexy. They would actually bind the feet of their baby girls to make their feet stay child sized.”
Seksi: Fizikal
Takrifan seterusnya mungkin tabu, tetapi bukan lucah. Bagi golongan old-school, seksi masih soal fizikal dan pakaian. Dikatakan yang berbuah dada besar itu seksi, tetapi berhidung besar pula bukan. Dikatakan kening melentik itu seksi, tetapi bon*** melentik pula dua kali seksi. Baju jarang dan kurang adalah seksi. Ia masih sesuatu yang fizikal, yang nampak di mata dan ada di badan. Yang menariknya, tidak semua yang ideal itu idaman lelaki, kerana ia tetap berbeza antara semua kaum Adam.
Mungkin paling awal ialah bentuk tubuh. Petite is sexy bagi sesetengah orang, tetapi rata-rata lelaki Malaysia gemarkan yang sedikit plum dan chubby. Jangan terkejut jika ramai lelaki mengatakan orang berisi itu seksi. Ada lelaki Malaysia khas ke Bangkok dalam bulan tertentu semata-mata untuk melihat Pertandingan Ratu Gemuk, tahu! Memang selain tubuh yang diutamakan ialah wajah; bibir seksi, mata seksi, kening seksi, cuma tiada mengatakan telinganya seksi. Misteri?
Benar, macam kecantikan, sexy is in the eye of the beholder. Begitupun, lelaki ini sifatnya gemar berfantasi. Walau idaman lelaki berbeza, idelisme mereka dibentuk fantasi tadi, termasuk sogokan persekitaran dan kawan-kawan. Lalu mereka membayangkan: Badan: J-Lo. Bibir: Angelina Jolie. Jari: Gwyneth Palthrow. Wajah: Penelope Cruz. Pinggul: Mana-mana Playmates. Dada: Puan PAMela. Situasi: Palm Beach, Taufan Wilma dan angin bertiup dan skirtnya meliuk semacam Marylin Monroe! Sayang itu cuma impian, walau sebenarnya jangan terkejut jika pasangan mereka hanyalah, err, kacukan semua benda yang NYATA di dunia. Hah!
Apabila Wanita Berlagak Seksi
Ini ada satu pandangan sinis. “Ada wanita yang berlagak seksi, kerana fizikalnya tidak menarik!”Tidak menarik itu mungkin terlalu gemuk dan terlalu kurus dan sebagainya. Ia tekaan anda. Tapi benarkah ada orang yang berniat seksi kerana itu? Itukah jalan untuk didekati dan mencuri tumpuan? Mungkin ada benarnya, tetapi hakikatnya ia boleh menjadi satu anggapan menghina. Mentang-mentanglah gajah itu besar, dia tidak boleh meniti tali seperti monyet, begitu?? (hmm, analogi ini boleh dibahaskan sebenarnya…)
Kembali akan soal fizikal, apa lagi pada tubuh wanita yang seksi, atau segala-galanya boleh diubah menjadi seksi? “Cleavage is the most sexiest spot on planet earth!” kata seorang jejaka dengan jujur, dan rakan-rakannya mengiyakan. Entah mengapa, semua jejaka rata bersepakat dalam perkara ini. Purata mengangguk setuju amat tinggi. Memang kawasan topografi landai-bengkak itu fokus retina kaum Adam. Jadi, bagaimana kalau takdirnya wanita itu hanya berdada ramping, dan adakah itu menjadikannya tidak seksi? Maaf, tapi itulah gunanya Smart Shop dan krim sapu. Atau tisu!
Seksi: Seksis!
Entah mengapa wanita saja jadi tumpuan. Jantina ini saja yang dicanangkan keseksiannya, dan lelaki pula terlepas ditakrif begitu. Ini positif atau negatif? Pendek saja: lelaki perlu ingat bahawa mereka juga boleh menjadi seksi, jangan cemburukan si seksi dan kalau suka silalah ambil kesempatan, tetapi jangan sesekali melampai batas!
Seksi: Abnormal
Banyak lagi takrifan pelik jejaka tentang si manis yang seksi. Flesh is sexy, kata seorang akauntan muda yang suka melihat gadis tidak-cukup-kain. Ia memaparkan kecantikan tubuh wanita, terangnya lagi. Tatoo is sexy, kata seorang lelaki yang sukakan seni, dan melihat hasil seni di tubuh wanita (err, kecuali make-up) adalah sangat indah dan merangsang! Lain pula dengan seorang teman lama. Bulu tangan wanita adalah sangat seksi, jeritnya bila ditanya, dah lama mencari wanita sebegitu!!
Ada satu lagi yang menggerunkan; “Wanita merokok itu seksi!” kata J eksekutif awal 30-an yang senang dengan kehidupan malam ditambah pendidikan seberang laut. Cuba terangkan? Merokok membahayakan kesihatan, dan apa yang seksi tentang itu. Jawab J? “Ada misteri bila asap dan gaya maskulin gadis bertemu!” dan, “…itu adalah gaya yang paling mengancam!” Biarlah anda membuat kesimpulan sendiri untuk menerima takrifan itu atau tidak.
Seksi: Simbolism
Dalam era Mariah Carey pasca Matola ini, semua orang mahu seksi, dan menganggapnya hak milik peribadi. Seksi menjadi terlalu umum, walau betapa peribadi pun ia. Sebenarnya, apa yang digambarkan akan seksi? Apa pula kaitannya dengan maruah diri? Ada yang mengatakan wanita seksi itu ‘murahan’, tetapi ramai menolak hujah yang dianggap berat sebelah dan terlalustereotyping. Jadi, imej apa yang cuba diunjuk, dan imej apa pula yang sampai?
Kata “To become sexy the female learns the psychology of arousing the male's nature. She titilates the sensibility of males with public foreplay by teasing their imagination, maneuvering her body in seductive manners and displaying pornographic gestures. And to attract and relate to a male she sacrifices her dignity and self respect by giving in to the masculine definition of a female's proof of love, which is sexual intercourse.”
Ini satu nasihat saja. Seksi boleh mengundang pelbagai telahan. Apa pilihan kita tidak semestinya baik bagi orang. Menjadi seksi adalah pilihan yang berkeadaan. Maksudnya, wanita perlu berhati-hati bila mahu menjadi seksi. Keadaan, dan juga penerimaan perlu ditimbang walau sebetul mana pandapat anda sendiri.
Seksi: Seksa!
Fikirkan pernyataan ini. Seksi bukan lagi pada diri. Ia pada orang. Mata yang melihat diri. “Youboleh kenakan tudung, but still sexy to me!” kata seorang pemuda bila ditanya. Seksi ialah kewanitaan itu sendiri.Ia ada tanpa perlu dicari atau ditunujukkan. Ia boleh dilihats sekalipun ditutup. Ia tidak perlu ditiru. Menjadi diri sendiri itu seksi.
Atau, seksi itu manja, merengek-rengek dan mengada-ngada dan cubitan di peha, lalu lihatlah peluh jejaka yang menitik-nitik jatuh.
Atau, seksi itu gabungan bunyi, visual dan laku yang merangsang. Ia adalah kesempurnaan, bukan dilebih-lebih atau bukan dibuat-buat. Ia normal dan biasa, tetapi menyerlahkan keunikannya daripada wanitalain.
Seksi itu ‘rasa’ dan ‘kuasa magnetik’ pada jantina yang berlawanan, atas alasan subjektif atas apa-apa alas an sekalipun. Ia adalah kuasa ghaib, bukan diajar, bukan diilmukan, selalu saja seksual dan kuasa paling kuat untuk menjinakkan lelaki.
Atau, seksi itu getik, meluat dan menyampah. Semua perasaan benci pada sesuatu yang melampau atau dibuat-buat. Ia adalah rasa yang menjelma bila wanita melintasi sempadan ‘patut pakai dan buat’. Rasa loya terutamanya pada wanita lain yang tidak memiliki? Atau ia rasa ikhlas orang lain yang kurang menggemari dan terpaksa memerhati??
Atau juga, seksi itu ialah seksa sebenarnya bagi lelaki. “YCSBYCT-You can see but you can’t touch,” buat semua lelaki tidak tenteram. Ia semacam perang saraf dan merampas kewarasan dan penumpuan lelaki. Ia membuatkan organ dalaman (jantung dan dll!) lelaki bergetar. Matanya yang terkelip cuba menipu. Bestkan?
Teks: Raden Rajawali