Oct 20, 2014 - 591

Jangan Malu Dengan Alat Sulit Anda

Selepas membalighkan diri, ada beberapa perkataan rumit dan asing dalam kehidupan yang semakin jelas dan terang maksudnya.

482182953.jpg
Selepas membalighkan diri, ada beberapa perkataan rumit dan asing dalam kehidupan yang semakin jelas dan terang maksudnya. Biarpun acapkali kita (dibaca manusia dewasa/separa Malaysia) diwarwarkan seantero pelusuk, kita hanya pandai mengagak, dan tanpa disedari, pemahaman tentang beberapa patah ayat itu rupanya menunjukkan kita semakin tahu dan dewasa. Dan orang dewasa, adalah orang yang pandai memikir lalu menghargai…


Cuba fikirkan kata-kata ini − Paradigma, wawasan dan silhouette. Remaja saya susah membentukkan kata tadi dalam kotak kepala. Bila menjelma ilham Tun PM dahulu, barulah jelas maksud wawasan itu sendiri dalam konteks (hmm, itu satu lagi patah kata) pembangunan insan dan negara. Paradigma, awal sangkaan saya ialah roket kedua Russia selepas Sputnik, atau jaluran galaksi antara Nebula dan Milky Way (???) terbentang dalam andromeda dan muncul dalam Doraemon.  Silhouette, dalam bahasa Inggeris, sukar dijelaskan dalam bahasa kita kecuali bayang gelap, sedang dalam budaya mereka ia turut simbolik kepada sesuatu yang unik serentak misteri, muncul banyak dalam karya kreatif seperti puisi.

Cerita tadi sedikit sebanyak ada kaitan dengan soalan ini sebenarnya. Apa yang diajar ayahbonda kita tentang ‘itu?’ Ya, ‘itu’ lah. Yang di antara pusat dan lutut anda, jika memang anda memiliki pusat dan lutut. Kecil saya diajar benda itu ‘burung’. Saya cukup keliru kerana burung sepatutnya bersayap, boleh terbang dan ada banyak macam bunyinya. Dan burung ini, selain rupanya yang mengerikan dengan paruh pelik, tidaklah terlalu mengeluarkan bunyi, tetapi bendalir. Hmm, saya tidak dapat meneka kerana apa ia dipanggil begitu rupa, tetapi antara andaian saya ialah burung boleh terbang dan untuk itu ia perlu disimpan di dalam sangkar.

 

Konsep ‘Pipit’ Orang Dahulu

Dalam konteks ini, sangkar ialah seluar. Lebih rapi  dan sesuai. Jadi, berlarian sambil telanjang bulat (catatan: Zaman kanak-kanak ialah fasa nudist colony manusia) bukanlah sesuatu yang bagus, dan burung perlu sentiasa di dalam sangkar. Mungkin itu saja penerangan yang ada. Tapi bayangkan jika anak tadi seorang environmentalist dan membentak ibunya, “Burung tidak sepatutnya dikurung! Bebaskan semua makhluk Tuhan!”, dan bayangkan pula wajah ibunya?

Ada orang dahulu menambah dengan nama khas iaitu “Pipit”. Bagi saya, ia hanyalah satu bentuk kasih sayang sebenarnya, bukan apa-apa.  Ia lebih manja dan harmoni bunyinya, bukan? (Contoh: “Mari, mari sini pipit?”) Begitu pun, konsep itu boleh mengelirukan tumbesaran logikal kanak-kanak.

Bagi kebanyakan kanak-kanak, mereka menghadapi mimpi ngeri, membesar dan memikirkan terdapat banyak spesis burung di luar sana, dan di antaranya ialah Pipit sebenar berbentuk ganjil begitu, dan terbang ke pokok-pokok dan sesekali digigit kerengga. Mengerikan!

Bagi seorang kenalan untuk anak perempuannya, alat itu ialah ‘Bunga’. Sekali lagi, mungkin analoginya bunga perlu disiram, dan sebab itulah ia dipanggil begitu. Unsur hygienic, barangkali?  Atau, mungkin atas dasar feminin lalu dikaitkan dengan tumbuhan yang cantik dan berharga bernama bunga. Namun, saya tidaklah bertanya kepada kenalan tadi, risau dilabel peodophilia. Cuma satu misteri nusantara bagi diri, adakah itu alasan bagi sesetengah pihak dalam adat kita sendiri, bertandang dan mengatakan, “Tujuan kami datang ialah untuk menyunting B.U.N.G.A” − Sekali lagi, bayangkan kekeliruan yang anaknya bakal hadapi, atau emaknya hadapi, jika anak gadis itu juga seorang enviromentalis. Atau tetiba anak jantannya meraung dan menghempas kaki, “Saya juga nak bunga!!” Oh! (hmm, sekarang anda tahu puncanya bukan??)

 

Konsep Malu Dalam Kalangan Anak Kecil

Kakak saya mengamalkan kaedah lain. Benda yang di kangkang itu ialah “malu”. Jadi, setiap kali anaknya berkejaran tanpa seurat benang, dia akan pantas meneriak “Ee, nampak malu!”, dan anaknya segera berpakaian. Konsep ‘malu’ tadi memang wajar kerana ia memang spesis yang harus ditutup dan disembunyikan. Mendidik anak dari kecil dengan konsep malu memang terang dan bijak, dan dari situ ia membawa kepada konsep harga diri juga, bagi saya. Ia bukan burung, bukan bunga atau Pee-Pee atau Punai. Ia bukan sekadar alat, tetapi juga konsep.

Banyak lagi namanya muncul semakin kita membesar, dan ada juga yang bersifat kasar dan menghina jantina. Bagi saya, semakin banyak kata atau istilah muncul dalam sesuatu budaya, semakin besar dan akrab penggunaannya dalam kehidupan seharian. Semakin berumur, ‘burung’ tadi lantas mendewasa, dan entah apa silap genetiknya, terus dipanggil pula sebagai ‘ULAR’!

Spesis-spesis alat sulit ini memang menarik untuk kajian, dan mungkin kajian Hadiah Nobel kategori sosiologi-komunikasi saya nanti berkisar tentangnya juga. Ada yang berpendapat ia perlu kekal disimpan rapi, tidak dikeluarkan langsung. Tahu-tahu sendiri. Ada yang berpendapat ia okay sekadar disebut, dibualkan dan dikisahkan, cuma jangan dinampakkan. Ada juga yang mahu menunjuk-nunjuk, dan menjadikannya aset. Apa pun, nama itu terus taboo dan kadang-kadang menjadi kontroversi, atau cukup keanak-anakan. Dalam pementasan Jo Kukhatas, judulVagina Monologue tersekat-sekat atas namanya yang terlalu ‘kebungaan’ itu, dan untuk itu sepatutnya diguna sahaja ‘Monolog Burung’ jika ada sekuelnya.

Tetapi, masa akan menentukan spesis ‘makhluk’ ini dan perubahan genetiknya nanti. Dengan anjakan paradigma, terminologi akan menyaksikan bermacam nama lagi akan muncul dan disesuaikan dalam budaya bangsa. Analogi-analogi akan terus digunakan, cuma janganlah satu hari dalam 2020 nanti, seorang ibu bertempik garang, “Awang, pakai seluar. Nak kena potongdildo tu??”

 

*Artikel ini berkelas T18D (taboo 18 tahun yang mendidik). Sebarang kemusykilan atau tersinggung adalah tidak disengajakan dan bukan bertujuan untuk menghina mana-mana pihak.
 

Teks: RADEN RAJAWALI

Majalah Intrend! , ikuti kami di and .


Topik:

  • ← Sebelum

    Cerita Seksi, Skimpy & Hot

  • Seterus →

    Jangan Malu Dengan Alat Sulit Anda