Nov 06, 2014 - 2237
Kunci hubungan intim suami-isteri bermula dengan kucupan. Apakah maksud tersirat
di sebaliknya?
Kucupan bukanlah ritual asing dalam hubungan intim malah dalam Islam ia adalah sebahagaian daripada amalan yang dituntut berdasarkan sepotong hadis yang bermaksud,
“Janganlah ada antara kalian menggauli isterinya seperti laku binatang, melainkan hendaklah diadakan antara keduanya perantaraan. Dikatakan: “Apakah perantaraan itu wahai Rasulullah?” Sabda Baginda: “(iaitu) Ciuman dan kata-kata rayuan.” (Hadis Riwayat Ad Dailami). Kucupan bukan tindakan yang dibuat-buat kerana keinginan untuk mengucup timbul dengan begitu saja sebagai simbolik menunjukkan kasih sayang kepada suami atau isteri. Dan tahukah kamu gaya ciuman tertentu dapat membuatkan pasangan menikmatinya malah berupaya meninggalkan kesan yang mendalam? Berikut adalah beberapa kategori kucupan yang boleh dipraktikkan buat suami isteri dalam memastikan kelangsungan hubungan intim.
“The Whipped Cream Kiss”
Adalah antara kategori kucupan yang mengghairahkan dan penuh nafsu. Ingin tahu caranya? Celup jari anda ke dalam whipped cream lalu jilat jarijemari anda perlahan-lahan lantas saling berpelukan dan berkucupan. Kucupan ini membangkitkan rasa manis kerana pada mulut anda masih terasa whipped cream tersebut.
“French Kiss”
Ia juga disebut English Kiss atau Soul Kiss kerana gaya kucupan memerlukan kerjasama anda dan pasangan berinteraksi bahasa lidah.
“TONGUE SUCKING”
Adalah variasi daripada French Kiss. Ketika kalian saling asyik dengan pelbagai gaya
kucupan, lakukan eksperimentasi dengan lidah anda. Pasti si dia berasa lebih seksi dan mencetuskan keghairahan untuk aksi seterusnya.
Butterfly Kiss”
Mengucup bahagian tubuh si dia dengan mengerdipkan bulu mata sehingga pasangan terasa geli. Kucupan ini lazimnya dilayangkan pada pipi, hujung bibir,
dahi atau perut.
“Freeze Kiss”
Pegunkan gaya kucupan anda dan pasangan dengan kategori kucupan ini. Kucupan yang dilakukan setelah bibir diulit dengan ketulan kecil ais mampu mencetuskan kelainan. Walaupun dingin tetapi menenangkan!
“Lick Kiss”
Sebelum melakukan kategori kucupan ini, mainkan lidah anda pada bibir pasangan. Jika suasana semakin panas dan pasangan mulai bertindak balas, mulakan langkah berikutnya. Misalnya teroka daerah bibir, mulut juga ke leher. Ia adalah titik sensitif yang berupaya merangsang pasangan untuk aksi seterusnya