Oct 06, 2016 - 1982

Kisah Benar Kehidupan! Biarlah Muka Pasangan Kita Tak Jambu, Pecah Pintu...

Dua bulan berkahwin, seperti ada misteri yang menyelubungi. Apakah yang suami sembunyikan?


PIcture-suami-ku.jpg

 

BUKAN niat Raden ingin mengaibkan sesiapa tetapi menerusi coretan dua muka surat inilah yang mampu Raden nukilkan buat pengajaran semua. Yang baik jadikan tauladan dan yang buruk jadikan sempadan. Buat kalian si teruna dan dara berhati-hatilah dalam memilih pasangan untuk dijadikan suami dan isteri. Jangan terjerat dengan masalah dan jangan juga simpan masalah sehinggamenjadi nanah, kelak bikin bencana rumahtangga pula.

 

Kisah rumahtangga kali ini Raden kongsikan mengenai perihal teman-teman Raden yang terpaksa menanggung derita batin dek kerana suami yang songsang nafsunya. Ada yang mampu ditangani dan tak kurang juga yang berakhir dengan perceraian. 

 

Permasalahan sosial seperti hubungan sejenis bukan lagi suatu yang aneh dalam kalangan masyarakat kini. Malah dalam Al-Quran melalui surah 26 ayat 165 hingga 168 telah memaktubkan kisah kaum Nabi Luth A.S yang melakukan hubungan kelamin sesama sejenis iaitu lelaki dengan lelaki yakni meninggalkan perempuan. Malah, satu kajian yang dijalankan di China mendapati hampir 16 juta wanita di tanah besar China mengahwini lelaki homoseksual. 

 

Mak oi, ramainya! 

 

Menurut Profesor Zhang Bei-Chuan dari Univcersiti Qingdao, kira-kira 90 peratus daripada lelaki homoseksual terpaksa berkahwin kerana tekanan daripada keluarga kita? Apakah punca yang sama penyebab isteri menderita? Ayuh kita ikuti kisahnya. 

 

Seperti yang diceritakan kepada Raden oleh teman baik yang kini janda, inilah kisahnya, mengharukan juga!
 

“Susuk badannya memang mantap. Berketul-ketul. Berketak-ketak. Perempuan kalau terpandang, harus tertoleh lagi, terlagi-lagi. You tahu Raden, kalau I jalan di sebelah dia, perempuan-perempuan lain mesti pandang I dengan pandangan tak puas hati. Macam marah gitu... haha!” 

 

Begitu cerita Yanny, teman Raden (macam biasalah, mestilah bukan nama sebenar kan? Nak mati letak nama betul? Heiii... jangan cari fasal!), katanya sambil menghirup kopi latte kegemarannya. 

 

“Macam mana you tahu Is tu gay?” tanya Raden tidak sabar, tidak mampu membendung nafsu ‘Kak Nam’ yang membuak-buak ingin mengetahui cerita sebenar. Melihat imej dan gaya Yanny tak ubah persis fesyenista kini. Beg Chanel tidak lepas dari bahu, kaca mata hitam Dior terletak cantik pada crown rambut, blaus kasual sutera dan leggings yang pada hemat Raden mesti jenama mahal juga. Mana mungkin lelaki setampan Is tergamak melepaskan wanita secantik Yanny begitu sahaja? 

 

Memiliki keaslian wajah Melayu nan ayu, kulit cerah kuning langsat, badan gebu dada montok sedap-sedap, bermata bundar, cukup untuk membuatkan lelaki menoleh berkali-kali kalau berpapasan dengannya di mana-mana. “Family arrangement, Raden. Yalah, umur Is masa tu dah pertengahan 30. Keluarga dia sibuk carikan pasangan. Kononnya dia tak ada teman wanita sebab komited dengan kerja,” ujar Yanny memula cerita. 

 

Perkenalan singkat lima bulan akhirnya menokhtahkan ikatan Yanny dan Is sebagai suami isteri. “Sampailah malam pertama…” Yanny memberhentikan cerita. 

 

“Okey, apa yang berlaku?” Aiiks! Macam gelojoh bunyinya? Tapi nafsu ‘Kak Nam’ macam tidak tertahan-tahan dan tak dapat Raden bendung. 

 

“Tapi tak baiklah kalau nak cerita pasal masalah dalam kelambu ni,” getus Raden dalam nada rasa bersalah, tapi tidak puas hati jika Yanny tidak meneruskan bicara. 

 

“Apa alasan Is?” Raden mengorek cerita. Cuaknya rasa di hati! 

 

“Alasan Is beri, sorry I penat I entertain guests siang tadi.” 

 

“Ehhh... biar betul?” Raden terkejut. 

 

Hubungan sudah sah lagi halal. Kalau lelaki lain dapat wanita secantik Yanny sudah tentu diterkam siang malam!

 

Yanny menyambung, “Is kata lagi, kita kahwin ni bukannya kontrak setakat enam bulan ke... setahun ke. So... kalau nak ‘launch’ bila-bila pun boleh kan?” Uii... biar betul apa yang Raden dengar ini!

 

“Terkedu I dibuatnya Raden,” sambung Yanny, yang macam tahu-tahu saja Raden pun sudah terkedu dan terkejut beruk! 

 

“Macamlah I hadap sangat malam pertama. Tapi kalau sudah masuk hari kedua, tak ada apa-apa, masuk hari ketiga, dia buat bodoh. Hari keempat, dia gaduh sakit perut masuk angin. Hari kelima, dia lelap dulu kepit bantal peluk. Habis I ni apa? Tunggul ke?” 

 

Seperti geram betul nada suara Yanny. Menurut Yanny keadaan sama berlanjutan hingga beberapa minggu malah berganti bulan! Dan dia sendiri buntu mencari jalan penyelesaian. Selepas dua bulan berkahwin, dia masih belum disentuh. Masih belum dilayan dibelai sebagai isteri.

 

Masih dara! Adui! 

 

“Macam-macam yang I buat Raden. Makan, pakai semua I siapkan macam biasa. Pakai yang seksi-seksi semata-mata untuk tarik perhatian dia. I dah cuba tapi bila I tanya apa yang tak kena, Is diam seribu bahasa,” rintih Yanny dan matanya mula berkaca-kaca. Yanny memberitahu Raden, dia sudah nekad mahu melancarkan intipan dan memulakan ‘siasatan’ kerana nalurinya kuat mengatakan bahawa ada sesuatu yang tidak kena. Mungkin dia dan Is terkena buatan orang? Mungkin juga Is tiba-tiba mabuk bercinta dengan kekasih lama. Macam-macam kemungkinan boleh terjadi!

 

“Ya, aku sekarang mengandung tiga bulan, Raden...” kata Yanny perlahan. Dia mengusap-usap perutnya yang masih belum kelihatan isinya itu. Sudah terlajak perahu boleh diundur. Tetapi terlajak menikahi lelaki yang salah, bagaimana? Haruskah dia meminta dirinya dibebaskan? 

 

Tetapi bagaimana pula dengan nasib janin di dalam kandungannya? Yanny memujuk hatinya supaya tidak membenci kandungan sendiri. Begitulah pengajaran yang dapat Raden pungut daripada kisah ini. 

 

Janganlah kita asyik sangat mengejar lelaki berparas rupa yang diharap untuk menjadi pasangan hidup. kadang-kadang, muka kacak tapi hati bengkak perasaannya bongkak. 

 

Yang paling penting, kita mesti mencari jodoh dalam kalangan lelaki berpendidikan agama. Yang tahu solat. Tahu halal haram. Takut dosa pahala. Kalau suami kita juga bergelumang dosa, apatah lagi kita?’ Seriau betul Raden memikirkannya, sebab Raden baru berkenalan dengan seorang mamat jambu! Tapiiii... kalau dia jambu tapi jantan bengkok, Raden rasanya ada baiknya Raden minta diri dulu. Bala jangan dicari. 

 

Biarlah muka tak jambu. Takat muka pecah pintu pun Raden terima. Janji jiwa tak kacau tak merana!






 

Majalah Intrend! , ikuti kami di and .


  • ← Sebelum

    30 Sebab Asmara Bertukar Bencana

  • Seterus →

    Tips Hangatkan Katil Asmara: Suami Isteri Jangan Malu, yang Ini Kena Cuba