Dec 14, 2017 - 119

Koleksi Lilin Wangi Amouage Menghasilkan Aroma Menyegarkan dalam Rumah Anda

Mahu rumah sentiasa wangi dan damai, anda perlu lihat produk ini.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Amouage, jenama yang dikenali dengan produk haruman yang berpaksi kepada aroma Timur Tengah kini memperkenalkan koleksi terbarunya iaitu Peace, sebagai tambahan kepada koleksi lilin wangi dan semburan wangian untuk bilik yang dikenali sebagai Midnight Flower Collection.

 

Koleksi asal yang diperkenalkan pada 2003 itu membariskan Hope, Love, Happy, Smile, Joy dan. Barisan nama untuk koleksi haruman ini dipilih sendiri oleh Pengarah Kreatif Amouage, Christopher Chong sebagai lambang meraikan detik-detik penting anda dalam menghargai kehidupan.

 

 

 

 

 

Aroma yang menyegarkan ini diilhamkan dek kedamaian Musim Luruh dengan serakan warna-warna yang menawan, bunyi yang menenangkan dan bau yang membangkit perasaan.

 

Ia menyerlahkan nota atas yang diwakili oakmoss, kayu cedar dan kayu Gaiac. Manakala nota hati diperciki anggur hitam, rhubarb dan labdanum. Nota dasarnya pula menyerlahkan aroma tuberose yang menyegarkan.

 

 

 

 

 

 

Koleksi Peace ini dirumus khas dengan lilin mineral yang terbaik untuk meresap dan mengekalkan aroma selama 40 jam. Lengkapkan misi untuk mengharumkan kamar anda dengan produk semburan bilik yang diadun untuk memberi keberkesanan maksimum.

 

Kini, kamar tidur atau ruang tamu atau ruang makan di rumah anda berbau wangi sepanjang hari dengan adanya koleksi lilin wangi Peace daripada Amouage ini.

 

 

Lilin wangi Peace tampil menarik dengan bekas kaca rona hijau jed dengan garapan tulisan rona putih dan contengan berputar rona keemasan. Lilin wangi Peace dijual pada harga RM335 dan Semburan Bilik Peace, RM310. 

 

Koleksi lilin wangi dan semburan bilik ini boleh didiapati di butik Amouage di Pavilion Kuala Lumpur, Starhill Gallery, Isetan KLCC, Terminal KLIA dan Metrojaya Komtar Johor Bahru.

 

 

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.