Nov 12, 2017 - 40108
Oleh: Norhaizan Ahmad
Kredit foto: Nur Ameera Khan
“Kembara kali ini memang tidak dijangka. Kerana ikut jadual hanya Kak Lofa dan Kak Nabila yang sepatutnya pergi ke Milan atas undangan Swarovski. Kak Lofa memang nak bawa Ameera tapi tak berani nak tanya daddy. Entah macam mana daddy izinkan Ameera ikut mereka kerana daddy tahu yang Ameera memang sukakan fesyen.
Ya, Milan antara kota fesyen dunia yang wajar dilawati. Bila dapat tahu sahaja yang Ameera boleh pergi ke Milan, hati berbunga riang,” ujar Nur Ameera Khan atau lebih dikenali sebagai ‘littlemisskhan’ di laman Instagram. Gadis manis ini adik kepada Neelofa.
“Walaupun berpergian untuk jangka waktu yang singkat iaitu selama lima hari sahaja, namun Ameera berasa puas kerana berpeluang menikmati keindahan bumi Milan ketika musim luruh.
Keindahan rupa bumi dan cuacanya yang nyaman membuat diri rasa segar dan bertenaga. Seronok menyelusuri jalan-jalan di sekitar kota Milan bersama team yang menemankan Kak Lofa sepanjang berada di sana.”
“Kalau dah tiga bersaudara perempuan berjalan sama sudah tentu aktiviti membeli-belah menjadi fokus utama, hahaha... Banyak jugalah item fesyen yang Ameera beli.
Lazimnya jika ke luar negara, Ameera akan beli fashion item edisi terhad ataupun statement piece. Ameera sukakan fashion item yang begini kerana ia eksklusif. Di Milan, Ameera tidak lepaskan peluang membeli koleksi Givenchy kerana inilah jenama kesukaan Ameera, selain Dolce & Gabbana.”
“Yang seronok shopping di Milan kerana suasananya berbeza dengan kota-kota terkemuka yang lain. Duomo di Milano is the best place to shop! Konsep terbuka dengan pelbagai barangan yang didagangkan menawarkan kelainan.
Banyak jenama tempatan yang gah tetapi tidak ada di tempat lain. Pilihan yang meluas membuat kita rambang mata kala membelek.”
Kredit foto: Nur Ameera Khan
“Saat paling menyeronokkan dan mungkin tidak akan Ameera lupakan apabila berpeluang menemani Kak Lofa ke acara mega anjuran Swarovski yang diadakan di Villa Gernetto- L’universita’ della Liberta iaitu sebuah mansion persendirian yang terletak di atas bukit.
Ia bagaikan mimpi! Ameera selalu berangan untuk berada di tempat yang cantik sebegini dan akhirnya dapat merealisaikannya di Milan. Selain itu, dapat beramah-mesra dengan hadirin yang datang.”
Kredit foto: Nur Ameera Khan
“Apa pun Ameera kurang gemar dengan makanan Itali. Kerana menu seperti spaghetti dan pasta agak berat bagi Ameera. Nak makan makanan Itali tiada masalah tetapi Ameera akan cepat rasa mual. Ameera agak berbeza dengan Kak Lofa dan Kak Nabila yang memang menyukai makanan Itali,” ujarnya mengakhiri perbualan.
3 TIPS ‘LITTLEMISSKHAN’ KONGSI JIKA INTRENDERS KEMBARA KE MILAN:
- Usah ragu-ragu untuk overdressed kerana orang Milan bergaya sakan dan kita tidak nampak janggal jika overdressed.
- Elakkan membawa pakaian terlalu banyak kerana Milan kota fesyen, tidak rugi membeli di sini kerana rekaannya jauh lebih cantik dan berkualiti.
- Jangan lupa bawa alat solek dan set penjagaan kulit. Bio Oil, pelembap, gel pembersih muka dan lipbalm, saya bawa bagi memastikan kulit kekal lembap.