Jul 26, 2017 - 2170
Oleh: Miss Cherry
Kredit foto: Shutterstock
SEPUPU Miss Cherry, MIss Chenta baru melahirkan anak lelaki, baby Dawud. Aduhai, seronoknya Miss Cherry tumpang dukung tempoh hari di wad Gleneagles Hospital. Sebulan kemudian, Miss Cherry bertandang lagi ke rumahnya, bertanyakan apa perubahan hidupnya sekarang? Tentu seronokkan, setelah tiga tahun berkahwin, rumah dihadiri orang ketiga? Sambil mendodoikan anaknya yang hampir terlena, bibirnya dicebikkan sedikit.
“Seronok memang seronok. Tipulah kalau tak seronok dapat cahaya mata, kan? Cuma, penatnya Tuhan saja yang tahu. You tahu Miss Cherry, selang dua jam baby menangis mahu menyusu. Kita makan pun tak sempat habis kunyah dan telan, mandi secepat yang boleh, berak pun lepaskan yang mana patut je. Tidur jangan cakaplah, selang sejam terjaga. Check baby okey ke? Ada nafas tak? Nyamuk ke? Sejuk sangat tak? Haish, tengoklah ‘beg Michael Kors’ bawah mata aku ni, makin melendut...” luah Miss Chenta.
Miss Cherry faham. Tambah-tambah Miss Chenta tinggal sendirian. Suaminya pramugara, selalulah out station. Sesekali maknya datang dari kampung. Mak pun masih ada komitmen adik-adik kecil di rumah. Jadi, tidak dapat nak menjaga Miss Chenta sepanjang masa. Sabarlah, itulah pengorbanan seorang ibu. Nikmati sahaja momen-momen ini sebelum ia lenyap ditelan masa. Tahu-tahu, anak dah besar. Eh, dah ke sekolah pun.
Kredit foto: Shutterstock
Sempat juga bergosip dengan Miss Chenta hari itu. Kata Miss Chenta dia pergi check up baby Dawud tempoh hari. Jadi, bertemulah dia dengan pelbagai jenis manusia. Walaupun Miss Chenta bekerja berdepan dengan pelbagai jenis orang tetapi apabila berjumpa dengan mak-mak muda di klinik ibu dan anak, perangainya lain pula. Ada seorang ibu muda ini, lingkungan 25 tahun memberitahu Miss Chenta, dari hari pertama hingga anaknya sudah setahun, dia susukan dengan susu badan.
Tidak langsung campur susu formula. Katanya, orang yang beri susu formula kepada anak umpama memberi racun. Baik bunuh saja! Oh my La Mer Face Cream! Sepupu Miss Cherry itu rasa nak sepak je mulut perempuan itu sebab baby Dawud sendiri bersulam susu badan dan formula kerana susu badannya tidak mampu menampung keperluan baby boy yang kuat menyusu.
Adakah maksud perempuan itu, kalau tak mampu susu badankan anak, baik tak payah beranak? Bodoh! Jangan terlalu ekstrem sehingga menaikkan falsafah yang bukan-bukan sehingga menjadi riak.
Miss Cherry tidaklah terkejut dengan sikap segelintir ibu-ibu hari ini yang kadang-kadang ‘over’ yang bukan-bukan. Ada yang tidak mahu beranak secara pembedahan kerana mahu rasa nikmat menjadi ‘ibu sebenar’ yang akhirnya membahayakan nyawa ibu dan anak. Ada juga ibu-ibu yang siap warning mak ayah jangan bagi anak mereka makan sembarangan. No this no that! Alasannya, anak dia hanya diberi makanan berasaskan organik.
Oh, selama ini kamu membesar dengan sihat dengan hasil makanan yang dimasak mak kamu itu tanpa kenal apa itu organik! Alasannya lagi, “Kalau anak sakit, I yang susah nak bawa ke klinik bagai...” Tapi, anak awak yang dijaga ditatang bagai nak rak itu pun, Miss Cherry tengok kerap juga sakit, kerap juga menagih ubat di klinik! Apa kes? Bukan. Bukan Miss Cherry menghentam.
Betul, semua ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak-anak tetapi jangan terlalu ‘mengongkong’ sehingga melanggar proses pembesaran anak-anak secara semula jadi. Jangan sampai mahu melindungi anak, hati mak ayah terluka.
Kredit foto: Shutterstock
Ada pula mak-mak muda zaman sekarang yang menjaga kebersihan anak-anak sehingga tidak boleh merangkak di lantai. Tidak boleh makan sendiri (nanti comot), barang permainan pun mestilah brand Toy’s R Us. Bukan apa katanya, kalau brand biasa- biasa takut menggunakan plastik yang ada chemical yang tidak baik untuk anak.
Okey, all the best kalau begitu! Biarlah anak itu bermain apa sahaja asalkan tidak membahayakan. Beri ruang untuk anak-anak explore secara natural, bukan yang diatur-atur. Beri kaki anak rasa pijak tanah, rumput.
Beri tangannya pegang nasi, coklat dengan sendiri. Baru dia lalui pengalaman itu berdikari. Satu sahaja yang Miss Cherry nak ucapkan kepada para ibu muda hari ini yang bersikap ‘rengsek’, “chiiiiiiiill!” Ya, anak tanggungjawab dan hak kita tetap mereka juga punya hak untuk ‘menjelajah’ dunia ini secara semula jadi.
“A mother is not a person to lean on, but a person to make leaning unnecessary.” - Dorothy Canfield Fisher