Jun 03, 2017 - 824

8 Tips DEKO Paling Senang Anda MESTI CUBA Supaya Interior Lapuk Naik Seri Raya Ini

Syawal bakal menjelang. Sibuknya menyediakan busana raya dan aneka kuih raya, sudahkah anda menyolek kediaman anda?

 

 

 

Sumber foto: www.intl.target.com

 

 

 

 

SUDAH waktunya anda lakukan sesuatu pada ruang kediaman yang suram dan muram. Bersempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang, InTrend bawakan beberapa ilham untuk kalian rias kediamanmu dengan elemen fabrik sheer, pretty floral dan taman. Jom ikuti tips berguna ini. Kalau perlu lakukan rombakan pada susun atur perabot rumah anda selepas ini, jangan tunggu lagi! 

 

 

12 Idea Deko Untuk Naikkan Seri Rumah yang Lapuk Menjelang Hari Raya 

 

 

Sumber foto: Instagram

 

 

 

Sumber foto: Instagram

 

 

 

Sumber foto: Instagram

 

 

 

\

Sumber foto: Instagram

 

 

 

Sumber foto: Instagram

 

 

 

Sumber foto: Instagram

 

 

 

 

Sumber foto: Instagram

 

 

 

Sumber foto: Instagram

 

 

 

 

Sumber foto: Instagram

 

 

 

 

Sumber foto: Instagram

 

 

 

 

Sumber foto: Instagram

 

 

 

 

Sumber foto: Instagram

 

 

 

8 TIPS DEKO MUDAH UNTUK ANDA 

TIPS 1

‘Lighten Up!’

Kalau kamu memiliki sofa heavy corduroy atau velvet, musim ini apa kata tukar kepada alternatif lebih lembut. Pilih alas sofa bermotif floral.

 

TIPS 2

Permaidani

Permaidani diperindah dengan imejan cozy musim sejuk. Tidak perlu permaidani berat tetapi cotton yang ringan sudah mencukupi. Pastikan warna sejuk menjadi pilihan. 

 

TIPS 3

Ilham Orient


Ubah kedudukan perabotmu. Alih titik tumpu dan terapkan unsur hijau di ruang tamu. Tambah pokok di dalam pasu agar ruang kelihatan segar.

 

TIPS 4

Ruang Depan Rumah


Selain tempat letak kereta, jika ruang itu luas, hiasilah dengan perabot taman, aksesori dan fabrik floral. 

 

TIPS 5

Oh! Segar


Jangan lupa jambangan segar. Orkid juga cantik sebagai jambangan pilihan. 

 

TIPS 6

Biar Tersusun


Perhatikan aksesori, mungkin ada yang perlu diganti. Jangan biarkan jambangan bunga sendirian. Letakkan bingkai gambar atau bekas lilin di sisi pasu bunga. Lilin bermotif bunga atau daun juga cantik.

 

TIPS 7

Meja Makan


Meja makan perlu sentuhan tersendiri. Banyak set makan laquer bermotif daun dan bunga sebagai pilihan. Sekali lagi, lilin boleh dijadikan penyeri meja makan. 

 

TIPS 8

Melangkah Masuk


Jangan semakkan kawasan pintu masuk kediaman. Kalau perlu dicat semula, pilihlah warna sejuk atau kamu boleh lukis motif bunga pada pintu. Riaslah sebaiknya kerana di situlah tetamu memberi tanggapan pertama apabila mereka melangkah masuk ke rumahmu. 

 

Majalah Intrend! , ikuti kami di and .


  • ← Sebelum

    Bagaimana NORA DANISH Suburkan Kasih Sayang Antara Anak Kandung Dengan Anak Tirinya

  • Seterus →

    Kalau Pasangan Anda Kuat Cemburu, Minta Dia Baca 8 Nasihat Paling ‘Win’ Ini