Jun 02, 2017 - 13971
Oleh: Maryam Mohamad
KEPUTUSAN untuk menikahi pasangan yang pernah berkahwin dan mempunyai anak bukanlah satu perkara yang mudah. Ada banyak perkara perlu diambil kira sebelum perhubungan itu dimaktubkan. Apatah lagi jika seseorang wanita itu bakal bergelar ibu tiri kepada anak-anaknya yang baru. Sebagaimana wanita itu mahu menyayangi suaminya, sebegitu jualah dia harus jujur dan ikhlas menyayangi anak-anak tirinya.
Bagaimana Menjadi Ibu Tiri yang Baik Sambil Mengajar Anak Kandung dan Anak Tiri Agar Saling Berkasih Sayang?
PANDUAN 1
Menyayangi Mereka Dengan Ikhlas
Walaupun bukan anak kandung, wanita perlu menyayangi anak-anak tirinya sebagaimana dia mengasihi anak kandungnya. Tidak semestinya memanjakan. Cukuplah kasih sayang dan layanan yang adil lagi sama rata.
PANDUAN 2
Bersabar Dalam Memenangi Hati Anak Tiri
Wanita tidak perlu terburu-buru untuk memikat anak tiri. Jangan paksa mereka menerima kehadiran anda. Dekatilah dengan sabar dan istiqamah. Lama kelamaan kasih sayang akan subur dengan sendirinya.
PANDUAN 3
Komunikasi yang Jujur dan Terbuka Dengan Suami
Apabila berkomunikasi dengan suami, wanita haruslah bersikap jujur, terbuka dan tidak menyembunyikan apa-apa perkara yang tidak sepatutnya. Bertanyalah kepada pasangan dan mintalah nasihat tentang sikap dan pendirian anaknya kerana suami lebih mengenali anak kandungnya.
Menjadi ibu tiri tidak mudah, tetap besar pahalanya kerana ibu tiri mampu mencantumkan dua hati dan menyambung kasih sayang dua beradik yang lahir daripada ibu atau ayah yang berbeza.
Sumber foto: Instagram
Ayuh Lihat Bagaimana Nora Danish Suburkan Kasih Sayang Antara Anak Kandung Dengan Anak Tirinya
Nora Danish dan suaminya masing-masing mempunyai seorang putera comel daripada perkahwinan terdahulu, yang bernama Rayqal dan Qaldre. Ayuh saksikan momen-momen kasih sayang yang terjalin antara dua putera bersaudara ini.
Sumber foto: Instagram
Sumber foto: Instagram
Sumber foto: Instagram
Sumber foto: Instagram
Sumber foto: Instagram
Sumber foto: Instagram
Sumber foto: Instagram
Sumber foto: Instagram