Sep 10, 2017 - 19675
Sumber foto: Instagram
Kata Engku Emran:
"The toughest moment of my fatherhood. Having to explain to Aleesya why I need someone to take care of me..."
Sumber foto: Instagram
Sumber foto: Instagram
Sumber foto: Instagram
Sumber foto: Instagram
Kata Laudya Cynthia Bella:
“Di saat saya ikhlas, saya dipertemukan dengan dia. Dari masa kenal sampai hari ini, kami hanya melewati 5 bulan. Dan kurang dari 1 bulan untuk persiapan pernikahan kami. Ini adalah jalan Allah. Terima kasih Allah untuk perjalanan yang indah ini…”
Sumber foto: Instagram
Kata Engku Emran:
“Bandung 9/7/2017. After Bella's father says I can marry his daughter…”
Sumber foto: Instagram
Sumber foto: Instagram
Kata Erra Fazira:
“Alhamdulillahhhh… Tahniah!! Buat ayah kepada Aleesya dan di atas penyatuan cinta kalian. Moga berbahagia dan berkekalan hingga ke Jannah. Penyatuan ini juga moga dapat mengeratkan lagi ukhuwah antara Malaysia dan Indonesia. Kita bersaudara dalam kejauhan. Kita saling mendoakan dan pupuk kasih sayang. Moga harmoni dan damai bersama. Amin.”
“Anakandaku Aleesya, kini bertambah ahli keluarga Aleesya, maka bertambahlah hendaknya kasih sayang dan perhatian buatmu, sayang. Moga menjadi anak yang solehah dan punya jati diri yang disenangi dan disayangi sentiasa. Mom will always support and pray for your happiness dunia dan akhirat. Love you so much my love!!!”
“Kepada pasangan mempelai Ee dan Bella… moga kalian segera dikurniakan cahaya mata yang soleh dan solehah lagi comel! Pasti anakanda Aleesya tak sabar menanti adik. Kalian sentiasa dalam doaku. CONGRATULATIONS AGAIN!! Muahhhhh…”
Sumber foto: Instagram
PANDUAN UNTUK PASANGAN YANG TELAH BERCERAI
Ada beberapa perkara boleh dilakukan oleh para pasangan yang telah bercerai. Antaranya:
PANDUAN 1 Menjaga Emosi Anak-anak yang Baru Mengetahui Bahawa Ibu Bapanya Sudah Berpisah
Berita perceraian haruslah disampaikan dengan baik dan tenang. Nyatakan kepada anak-anak bahawa perceraian itu bukan berpunca daripada mereka dan mereka tidak bersalah. Beritahulah mereka bahawa perpisahan tidak sedikit pun mengurangkan kasih sayang ibu atau ayah kandung terhadap si anak.
PANDUAN 2 Jangan Memburukkan atau Menjatuhkan Bekas Pasangan Anda
Walaupun sukar, anda seharusnya menjadi bekas isteri atau bekas suami yang saling berusaha untuk menutup aib, kelemahan mahupun kekurangan pasangan. Kalau anda ingin curhat sekalipun, pastikan anda memilih orang atau ‘telinga’ yang betul untuk mendengar. Pastikan juga anak-anak tidak mendengar dan tidak terlibat.
PANDUAN 3 Sokongan Mental dan Emosi Perlu Kuat Semasa Berlakunya Transisi Perpisahan
Transisi perpisahan boleh dianggap sebagai satu fasa yang amat getir kerana pada peringkat ini, anak-anak berada pada tahap yang paling rapuh, baik daripada aspek mental mahupun emosi. Pada fasa ini, baik ibu ataupun bapa, mereka haruslah mendampingi anak-anak dengan sekerap mungkin kerana apabila si suami dan si isteri tidak lagi duduk bersama di bawah satu bumbung, maka anak-anak pasti akan berasa amat kehilangan, hilang punca, sedih, keliru dan sebagainya.