Sep 12, 2017 - 51759
Kredit foto:
Kata Engku Emran:
"Aleesya never needed another mother. But ive always prayed for another wonderful lady to be part of her life." #godsent #grateful #bunda
Kredit foto:
Kata Engku Emran:
"Not knowing how u feel inside used to make Ayah worry for you a lot. But now theres so much joy in watching u loving every moment with Bunda."
Kredit foto:
Kata Engku Emran:
"I noticed something different in you now. Depan your friends tak nak peluk Ayah. But when no one is around you dont want to let me go."
8 Momen 'Loving' ENGKU EMRAN, Ayah ALEESYA
3 Tips Ibu Bapa Boleh Menjadi BFF Terbaik Untuk Anak
Pengalaman membesarkan anak-anak sangat indah jika bersulamkan kasih sayang dan tiada sifat benci membenci. Budaya berkasih sayang yang dipupuk sejak anak lahir mampu mendidiknya menjadi seorang yang menyayangi keluarganya.
1. Luangkan Masa Berbual
Sebagai ibu bapa, anda haruslah meluangkan masa untuk berbual dengan anak anda. Tanyakan kepadanya tentang aktiviti yang di lakukan pada hari itu. Jika dia ada masalah, cuba berikan kata-kata semangat kepadanya supaya dia kuat untuk menghadapi sebarang masalah yang datang.
Jangan sesekali anda mengeluarkan kata-kata kesat ketika berbual. Gunakan kata-kata yang baik supaya dia rasa rapat dengan anda. Jika dia sedang bersedih, hilangkan kesedihannya dengan berbual sambil makan aiskrim. Pasti dia akan sedikit ceria.
2. Percaya Pada Anak
Anak yang matang dan mampu berdikari adalah susulan tingkah laku ibu bapa yang memberi kepercayaan kepada mereka. Jika anak anda meminta izin untuk sesuatu perkara yang mendatangkan kerisauan dalam diri anda, berikan kepercayaan kepadanya. Walau pun berat untuk anda lepaskan, anda kena percaya kepadanya.
Jika anda sukar untuk lepaskan dia membuat sesuatu perkara dan terlalu mengongkongnya kerana risau dan tidak percaya, anak anda tidak akan pandai berdikari dan tidak matang. Kesannnya, jika dia mengalami masalah kelak, dia tidak mampu atasinya.
3. Kenali Kawan-kawan Anak Kita
Jika anda ingin diri anda sebagai kawan anak anda, anda perlulah mengenali kawan-kawannya. Sesekali luangkan masa untuk anda berjumpa dan bersiar-siar bersama kawan-kawannya. Sambil anda bersiar-siar, anda juga boleh perhatikan sikap kawan-kawannya.
Jadi, jika anda tahu dengan siapa dia berkawan, anda tidak perlu risau. Anak anda akan rasa bangga dan bahagia jika anda boleh terima kawan-kawannya. Jangan sesekali menghina rakan-rakannya kerana latar belakang yang berbeza. Tindakan ini akan menyebabkan anak anda rasa malu dan mula membenci anda.