Apr 21, 2017 - 9758
Oleh: Norhaizan Ahmad
CAPRICORN
22 Disember – 20 Januari
KESIHATAN: Jika sudah waktu istirahat lebih baik istirahat saja. Tak perlu memaksa diri untuk bekerja bertungkus-lumus kerana hasilnya akan jauh daripada memuaskan jika badan sudah keletihan.
KERJAYA & WANG: Workaholic dan penuh dedikasi pada kerjaya. Juga bertanggungjawab, jujur dan paling bagus kamu bijak mengurus soal kewangan. Pendapatan sudah memadai namun pengeluaran harus diurus sebaik-baiknya bimbang terpaksa mengikat perut menunggu hujung bulan.
WARNA FESYEN: Dalam penampilan, banyakkan warna hijau dan kelabu atau coklat gelap sebagai helah untuk menutupi kekurangan tubuhmu.
SOLEKAN SESUAI: Personaliti diri ringkas dan bersahaja sesuai dengan solekan ringkas seperti solekan monokromatik (satu warna) yang disapu pada kelopak mata daripada unsur matte ataupun krim.
WARNA SERASI: Hijau, biru dan putih.
PERMATA BERTUAH: Batu delima.
PASANGAN SERASI: Taurus dan Virgo.
PERSONALITI CAPRICORN: Sharifah Eja
Sumber foto: Instagram
AQUARIUS
21 Januari – 19 Februari
KESIHATAN: Banyakkan minum air putih demi menjaga tahap kesihatan diri kamu.
KERJAYA & WANG: Kamu jenis yang mahu belajar terutama dalam hal-hal berkaitan dengan kerja. Turut memiliki kelebihan tersendiri iaitu kreatif, penuh inisiatif, punya visi, sukakan cabaran dan bijak menganalisis masalah. Elakkan membeli barang yang kurang penting demi menjaga isi poket kamu ya!
WARNA FESYEN: Violet dan warna biru langit paling serasi dengan ciri-ciri personaliti kamu. Kesan warna pilihan ini mampu memberi sentuhan unik dan lebih menonjolkan diri kamu yang sebenar.
SOLEKAN SESUAI: Tinted make up will do! Elakkan solekan tebal serta sebaik-baiknya pilih solekan berperlindungan SPF tinggi.
WARNA SERASI: Aqua dan jingga.
PERMATA BERTUAH: Garnet dan Hyacinth.
PASANGAN SERASI: Aries, Gemini dan Libra.
PERSONALITI AQUARIUS: Erra Fazira
Sumber foto: Instagram
PISCES
20 Februari – 20 Mac
KESIHATAN: Perbanyakkan mendengar siraman rohani agar fikiran dan hati selalu tenang. Juga amalkan pola pemakanan sihat.
KERJAYA & WANG: Jangan ragu untuk bertanya jika memang diri kamu kurang jelas dalam apa jua berkaitan urusan kerja. Dan jangan mudah terhanyut dek omongan teman sekerja kerana ini belum tentu mendatangkan manfaat kepada kamu. Ingat, jangan usik wang simpanan kamu! Sebaliknya berusaha untuk menggandakan pendapatan pada 2014 ini.
WARNA FESYEN: Hijau laut dan biru adalah yang terbaik buat kamu. Warna yang cukup menawan jika digayakan untuk pakaian malam.
SOLEKAN SESUAI: Wajah kamu dipandang lebih lembut dan ayu dengan kombinasi rona biru muda dan merah jambu untuk mood lebih tenang.
WARNA SERASI: Aqua dan biru kehijauan.
PERMATA BERTUAH: Batu kecubung.
PASANGAN SERASI: Cancer, Scorpio dan Virgo.
PERSONALITI PISCES: Sazzy Falak
Sumber foto: Instagram
ARIES
21 Mac – 20 April
KESIHATAN: Terus jalani kehidupan sehari-hari dengan ceria agar seberat apa pun masalah yang kamu tanggung akan tetap terasa ringan. Kebiasaan bangun pagi sebaiknya dipertahankan agar kesihatan badan tetap terjaga.
KERJAYA & WANG: Kamu tidak berminat pada kerja-kerja yang statik seperti tugasan di pejabat, melakukan rutin sama setiap hari. Jenis orang yang suka bercakap, fleksibel, percaya diri dan penuh inisiatif. Penuh visi dalam berkarier dan berbakat menjadi pemimpin. Hasil pendapatan kamu masih okey, namun batasi pengeluaran ya!
WARNA FESYEN: Pilihlah warna merah, kuning dan pink salmon. Percayalah... warna-warna ini mampu menyerlahkan aura dan daya pemikat diri kamu.
SOLEKAN SESUAI: Mulalah bersolek dengan warna jingga ataupun merah. Tampil lebih berani dengan sapuan gincu daripada kumpulan rona-rona sebegini.
WARNA SERASI: Kuning dan merah.
PERMATA BERTUAH: Berlian dan intan.
PASANGAN SERASI: Gemini, Sagittarius dan Aquarius.
PERSONALITI ARIES: Fasha Sandha
Sumber foto: Instagram
TAURUS
21 April – 21 Mei
KESIHATAN: Tahap kesihatan bagus. Tidak ada apa yang perlu dibimbangkan. Teruskan dengan rutin sihat yang kamu amalkan.
KERJAYA & WANG: Kamu pekerja yang berdedikasi, bijak menyelesaikan masalah dan membuat keputusan, piawaian mengatur kewangan cukup bagus, bertanggungjawab dan selalu menepati waktu. Pendapatan kamu masih pada tahap ‘mewah’ kerana tiada gangguan daripada segi perbelanjaan bulanan.
WARNA FESYEN: Variasi hijau seperti hijau pistachio dan emerald, warna selamat untuk kamu. Rantai batu jed adalah aksesori terbaik.
SOLEKAN SESUAI: Pemilihan pembayang mata hijau ataupun biru firus cantik dipadankan bersama celak mata gelap seperti hitam.
WARNA SERASI: Hijau muda.
PERMATA BERTUAH: Batu nilam dan berlian.
PASANGAN SERASI: Scorpio, Virgo dan Capricorn.
PERSONALITI TAURUS: Ziana Zain
Sumber foto: Instagram
GEMINI
22 Mei – 21Jun
KESIHATAN: Berusahalah untuk bersenam ringan setiap pagi.
KERJAYA & WANG: Mudah bosan dan tidak suka pekerjaan yang memerlukan rutin yang sama setiap hari. Ini kerana kamu seorang yang kreatif, penuh rasa ingin tahu, fleksibel dan mampu melakukan perubahan. Banyak halangan yang harus dihindari terutama daripada pesaing kamu yang menggunakan berbagai cara 'kotor' untuk menjatuhkan kamu. Soal kewangan, jangan lupa mengawal simpanan kamu.
WARNA FESYEN: Warna tangerine biasanya kelihatan lebih segar. Cuba padu-padankan warna terutamanya warna jingga, kuning dan magenta. Mahu lebih bold? Cuba aksesori seperti anting-anting dan rantai.
SOLEKAN SERASI: Lebih mementingkan gaya dandanan dalam bab bergaya. Justeru, variasi aksesori rambut menjadi pilihan.
WARNA SERASI: Kuning dan biru.
PERMATA BERTUAH: Batu akik dan zamrud.
PASANGAN SERASI: Sagittarius, Libra, Aquarius dan Cancer.
PERSONALITI GEMINI: Scha Alyahya
Sumber foto: Instagram
CANCER
22 Jun–23 Julai
KESIHATAN: Kesihatan itu mahal harganya. Justeru, kamu harus menitikberatkan pola pemakanan sihat agar tahap kesihatan sentiasa dalam keadaan baik-baik sahaja.
KERJAYA & WANG: Kamu suka pada pekerjaan yang serius. Selain itu, kamu juga kakitangan yang efisien, setia, penuh integriti, suka akan kesempurnaan, berdedikasi pada pekerjaan dan boleh dipercayai. Pendapatan yang tak diduga mampu mengangkat kembali tahap kewangan kamu pada carta stabil.
WARNA FESYEN: Ungu lembut, kuning mutiara, putih gading, charcoal dan perak menyuntik elemen romantik dan menyejukkan mata memandang seperti yang kamu rasai.
SOLEKAN SESUAI: Tampil hebat dengan solekan asas warna ungu, biru ataupun hijau. Padankan dengan gincu atau glos pusam untuk menerbitkan titik fokus pada bahagian mata.
WARNA SERASI: Putih, perak, ungu lembut, biru laut dan merah jambu.
PERMATA BERTUAH: Zamrud, batu akik dan Chalcedony.
PASANGAN SERASI: Capricorn, Scorpio dan Pisces
PERSONALITI CANCER: Dayang Nurfaizah
Sumber foto: Instagram
LEO
23 Julai – 23 Ogos
KESIHATAN: Cuba bangun pagi. Jangan biarkan hawa malas mengganggu kesihatanmu.
KERJAYA & WANG: Orang berbintang Leo pantang menyerah, tahan dengan apa jua tekanan kerja, pakar dalam menyusun organisasi dan perencanaan, penuh motivasi, berbakat pemimpin dan percaya diri. Sikap boros kamu masih sukar untuk dikawal, kenapa ya? Sedangkan langkah jimat-cermat sudah diambil! Belajarlah untuk mengawal aliran kewangan kamu dengan baik demi masa depan gemilang.
WARNA FESYEN: Biru dan merah warna terbaik untuk si Leo. Metalik juga paling digemari.
SOLEKAN SESUAI: Sang singa lebih sukakan pada gaya dandanan. Gaya rambut panjang dengan tekstur loose volume sangat sesuai buat wanita Leo.
WARNA SERASI: Ungu.
PERMATA BERTUAH: Peridot, onyx dan amber.
PASANGAN SERASI: Aries dan Aquarius.
PERSONALITI LEO: Ella
Sumber foto: Instagram
VIRGO
24 Ogos – 23 September
KESIHATAN: Hindari tidur lewat malam, kerana tubuh kamu juga perlu berehat dengan secukupnya.
KERJAYA & WANG: Kamu berkebolehan dalam menyelesaikan masalah dan membuat keputusan, bijak mengawal kewangan syarikat, teliti pada satu-satu pekerjaan yang dilakukan, tepat waktu dan setia pada syarikat. Tahniah! Simpanan kamu semakin meningkat kerana kamu mengamalkan langkah berjimat-cermat!
WARNA FESYEN: Biru kelasi dan warna coklat. Coklat sebagai biasan pada personaliti kamu yang down to earth, manakala biru kelasi sebagai gambaran simplicity.
SOLEKAN SERASI: Hasilkan solekan mata berkabut dengan paduan warna tanah ataupun hijau untuk tampil lebih cool dan chic!
WARNA SERASI: Kelabu, ungu dan kuning lembut.
PERMATA BERTUAH: Carnelian dan Sardonyx.
PASANGAN SERASI: Taurus, Cancer, Capricorn dan Scorpio.
PERSONALITI VIRGO: Fatiya Latiff
Sumber foto: Instagram
LIBRA
24 September – 23 Oktober
KESIHATAN: Jauhi hidangan yang tidak menitikberatkan kebersihan dalam sesi penyediaannya. Justeru, kurangi sesi makan-makan di luar ya!
KERJAYA & WANG: Kamu jenis yang keras hati, namun keinginan untuk belajar masih menebal dalam jiwa. Memandangkan kamu jenis yang teliti, tidak hairanlah kalau kamu tertarik pada pekerjaan yang berhubung kait dengan seni. Pendapatan tak seberapa, maka jangan mudah terpancing dengan tawaran yang ada.
WARNA FESYEN: Fuschia dan raspberry ataupun biru gambaran diri Libra yang sentiasa manis penampilannya.
SOLEKAN SERASI: Warna-warna hangat dan sensual sesuai dengan wanita Libra. Pilih solekan berasaskan rona jingga, kuning ataupun keemasan bagi melengkapkan gaya.
WARNA SERASI: Biru dan keemasan.
PERMATA BERTUAH: Baiduri dan permata firus.
PASANGAN SERASI: Capricorn, Aquarius, Aries, Leo, Gemini dan Sagittarius.
PERSONALITI LIBRA: Nur Fazura
Sumber foto: Arkib InTrend Malaysia
SCORPIO
24 Oktober – 21 November
KESIHATAN: Jangan hanya menuruti selera makan saja tanpa memikirkan kesannya pada tubuh. Nanti obes!
KERJAYA & WANG: Kamu pekerja yang boleh diharap dalam melaksanakan tugas penting. Juga penuh motivasi, inisiatif dan mahu belajar untuk memajukan diri dalam karier. Aliran wang masuk ada peningkatan dan pengeluaran masih dalam kawalan.
WARNA FESYEN: Sudah semestinya hitam dan warna-warna semula jadi sering jadi pilihan kamu kala bergaya.
SOLEKAN SESUAI: Solekan bronze sesuai untuk tampil seksi dan menawan.
WARNA SERASI: Merah dan warna-warna semula jadi.
PERMATA BERTUAH: Garnet, Ruby, Aquamarine dan Beryl.
PASANGAN SERASI: Cancer, Virgo, Taurus dan Capricorn.
PERSONALITI SCORPIO: Maya Karin
Sumber foto: Instagram
SAGITTARIUS
22 November – 20 Disember
KESIHATAN: Cuaca malam tidak bersahabat dengan kamu, justeru hindari angin malam (elakkan berparti hingga awal pagi).
KERJAYA & WANG: Kebebasan adalah hal yang utama bagi individu naungan Sagittarius. Kamu jenis yang fleksibel, berjiwa kompetitif, mampu mengerjakan beberapa pekerjaan sekali gus percaya pada diri. Ada rezeki yang bikin hati kamu senang. Walau begitu, pengeluaran sebaiknya tetap dikawal.
WARNA FESYEN: Biru diraja dan ungu. Warna terang memberi refleksi personaliti yang sporty dalam diri kamu.
SOLEKAN SESUAI: Pemilihan gincu merah merona sesuai dengan karakter wanita Sagittarius. Lebih cantik sekiranya dibasahi dengan glos lut sinar bagi menghasilkan kesan lebih berkilau pada ulas bibirmu.
WARNA SERASI: Biru violet dan ungu.
PERMATA BERTUAH: Topaz dan mutiara.
PASANGAN SERASI: Aries, Leo, Libra dan Aquarius.
PERSONALITI SAGITTARIUS: Nabila Huda
Sumber foto: Instagram