Jul 16, 2017 - 784

Lelaki Ini Bekerja Keras Untuk ke Tanah Suci — BACA Kisahnya, Anda Pasti Dapat Inspirasi

Kembara ke Tanah Suci yakni Mekah dan Madinah menjadi dambaan umat Islam seantero dunia.

 

 

 

Oleh: Norhaizan Ahmad

 

 

 

Kredit foto: Shutterstock 

 

 

 

 

EMPUNYA empayar jenama baju Melayu dan jubah, Dzull De Classique iaitu Zulkifli Rahmat bersyukur kerana dapat mengulang kunjungan ke Tanah Suci, kali ini ditemani sahabat-sahabat yang sering berada di sisinya kala susah dan senang. Meski sudah acap kali ke sini, namun jiwanya terus merindui destinasi yang satu ini.

 

“Meski saban tahun berkunjung ke sini sejak tahun 2000, saya tidak pernah berasa puas. Saya tetap merindui tempat ini. Dan kunjungan terbaru saya ke Mekah dan Madinah adalah pada 18 Februari lalu. Saya bekerja keras mengumpul duit dan sisihkan sebahagiannya untuk dijadikan modal berkunjung ke Tanah Suci setiap tahun. Alhamdulillah, niat yang baik Allah SWT permudahkan, sekali gus membolehkan saya berkunjung ke sini sama ada dengan teman-teman mahupun famili.”

 

 

 

Kredit foto: Koleksi Zulkifli Rahmat

 

 

 

 

“Kenapa saban tahun mahu ke Mekah dan Madinah? Kalau saya tidak ke sini, hati saya tidak tenteram, macam ada yang tidak lengkap dalam hidup saya. Sekali gus peluang ini juga mengizinkan saya untuk fokus dalam melakukan ibadat. Di sini, jiwa berasa tenang. Tidak sedikit pun memikirkan hal-hal dunia.”

 

“Saya anggap perjalanan ini sebagai kembara penyucian jiwa. Sambil beribadat melakukan umrah, kita juga berpeluang menziarahi beberapa tempat di sekitar Mekah dan Madinah sambil mengimbau kembali sejarah perjuangan Rasulallah SAW dalam menegakkan agama Islam. Antara tempat yang sempat dikunjungi misalnya Masjid Quba, Masjid Taneem, Muzium Hudaibiyah, Kilang Al-Quran dan ladang kurma.”

 

 

 

Kredit foto: Koleksi Zulkifli Rahmat

 

 

 

“Paling seronok apabila berpeluang mengunjungi makam Rasulullah SAW yang terletak di Masjid Nabawi, Madinah. Walau terpaksa beratur panjang dan menunggu giliran, hati tidak pernah berkeluh-kesah sebaliknya hanya keterujaan yang menemani diri.”

 

“Seperkara lagi, saya menganggap kunjungan saya ke Tanah Suci bagaikan Hari Raya buat diri saya. Kenapa? Kerana saya dapat melaram sakan dengan jubah-jubah hasilan jenama saya sendiri Paling kurang 20 helai jubah saya bawa bersama. Maklumlah di sini kebanyakan orang menyarung jubah, justeru tidak pelik kalau kita pakai jubah siang dan malam. Cuba bayangkan saya pakai jubah setiap masa di Malaysia? Mesti ada yang kata saya berlagak macam ustaz, kan? Kalau ada netizen yang kecam saya kerana memuat naik gambar- gambar saya melaram di IG, saya tak boleh nak kata apa, itu hak mereka.”

 

 

 

Kredit foto: Koleksi Zulkifli Rahmat

 

 

 

“Lagipun kita bukan 24 jam terperuk di masjid. Ada masa kita jalan-jalan dan pergi menikmati hidangan Arab di restoran berdekatan. Sambil- sambil itu apa salahnya kita bergambar sebagai kenang-kenangan.”

 

“Saya menyeru pembaca InTrend yang ada kemampuan agar berkunjung ke sini, sekali seumur hidup pun jadilah. Kalau kalian boleh melancong ke Eropah, Korea Selatan dan Australia misalnya, kenapa tidak Mekah dan Madinah?”

 

“Jika ditanya sama ada saya mahu berkunjung lagi ke sini? Jawapannya adalah ya. Saya sudah jatuh cinta sama bumi Mekah dan Madinah,” ujar Zulkifli kala dihubungi melalui telefon baru-baru ini.

 

 

 

Kredit foto: Koleksi Zulkifli Rahmat

 

 

 

3 TIPS KETIKA DZULL CLASSIQUE KEMBARA:

• Jika kalian mahu melakukan umrah, carilah agensi yang benar-benar diyakini bagi mengelakkan ditipu dengan pakej umrah yang murah.

• Jangan lupa bawa pelembap, krim tabir suria dan salap bibir kerana cuaca panas membuat kulit mengelupas.

• Bawa juga kaca mata hitam bagi mengelakkan keadaan silau yang melampau.

 

 

 

Kredit foto: Koleksi Zulkifli Rahmat

 

Majalah Intrend! , ikuti kami di and .


  • ← Sebelum

    20 Potret Raya Selebriti Malaysia Pilihan InTrend

  • Seterus →

    12 PETUA ASLI yang Mesti Anda Cuba Sebelum Naik Pelamin, Petua 1 Harus Diamalkan