Dec 24, 2016 - 15297

Siapa Sangka! Lelaki Kacak Bertubuh Sasa Ini Rupanya Seorang Wanita? Lihat Wajah Mereka Dahulu…

Jika dilihat sekali imbas pasti ramai wanita tergila dengan wajah tampan serta lagak gaya perkasa mereka. Tapi siapa sangka mereka sebenarnya adalah seorang wanita?

 

Oleh: Hakimi As'ari 

 

BERPERWATAKAN persis lelaki sejati, wajah kacak bak sang para-para dari syurga. Tetapi siapa sangka mereka ini sebenarnya seorang wanita yang telah melakukan pembedahan wajah serta personaliti yang pasti sukar untuk anda percayai. Jom ikuti kisah mereka dan bagaimana segalanya bermula.

 

Balian Buschbaum (Yvonne Buschbaum)

 

 

 

Balian Buschbaum dilahirkan pada tahun 1980. Nama sebenarnya adalah Yvonne Buschbaum. Memulakan kerjaya sebagai seorang atlet lompat galah dan pernah melalui zaman kegemilangan sukan di Jerman suatu ketika dahulu. Pada tahun 2007 dia mengambil kepustusan untuk mengundurkan diri daripada sukan tersebut kerana kecederaan serius. 

 

 

Pada 14 Julai 2016, Yvonne mengambil keputusan untuk melakukan pembedahan jantina dan menukar nama menjadi Balian Buschbaum. 

 

 

Andreas Krieger 

 

 

Andreas Krieger  merupakan seorang atlet wanita yang berasal dari Jerman dalam arena sukan sontar peluru. Pada zaman remaja, Andreas menerima banyak dos suntikan steroid anabolik. Tanpa pengetahuannya, ia meyebabkan genetik dirinya berubah menjadi maskulin. Perubahan daripada segi hormon serta fizikal jelas menjadikan dirinya semakin kelihatan seperti lelaki, dari hari ke hari. Pada tahun 1997, Andreas mengambil keputusan melakukan pembedahan untuk menukar jantina.

 

 

Nama asal Andreas ialah Heidi Krieger yang lahir pada 20 Julai 1966. Perubahan fizikalnya ternyata bermula dengan kesilapan pengambilan dos ubatan, menyebabkan naluri serta sifat wanitanya semakin pudar dari hari ke hari.

 

 

Rocco Kayiatos

 

 

Rocco Kayiatos lebih dikenali sebagai Katastrophe dalam kalangan rakyat setempat Amerika. Rocco merupakan seorang penyanyi hip hop,  bergiat aktif dalam industri muzik antarabangsa. Rocco juga merupakan penyanyi transgender pertama yang terbuka dengan karya yang sering dikaitkan dengan kehidupan golongan transgender. 

 

 

Pernah tampil dalam filem dokumentari yang memaparkan kehidupan sebenarnya, antara lain berjudul Poetic License, Pick Up the Mic, Enough Man dan Riot Acts.

 

 

Loren Rex Cameron

 

 

Loren Rex Cameron merupakan seorang jurufoto, penulis serta aktivis di Amerika. Loren juga pernah mendokumentasikan perubahan dirinya sebagai seorang transgender, bermula sebagai seorang wanita sehinggalah dia menjadi seorang lelaki. Setelah kematian ibunya, Loren yang dilahirkan di Pasadena, California pada tahun 1959 akhirnya berpindah ke sebuah kampung di Arkansas pada tahun 1969.

 

Loren mengakui, dia dapat merasakan perubahan pada dirinya sejak kecil lagi. Pada usia 16 tahun, perubahan itu semakin ketara daripada segi fizikal juga emosi. 

 

 

Yachen Xing

 

 

Heboh seluruh China apabila seoang jejaka kacak yang memiliki tubuh sasa rupa-rupanya seorang wanita!  Ya, dia adalah Yachen Xing yang menjadi bahan bualan netizen di aplikasi Weibo juga Twitter. Wanita berumur 23 tahun ini merupakan penuntut Universiti Fujian Agriculture, School of Arts.

 

 

Memiliki ketinggian 173 cm, Yachen Xing dilihat memiliki badan persis atlet. Yachen merupakan salah seorang anggota pasukan bola keranjang di kampusnya. Dia pernah dinobatkan sebagai wanita paling tampan dalam sejarah di sebuah laman web China.

 

SUMBER: oddee.com/

 

 

Majalah Intrend! , ikuti kami di and .


  • ← Sebelum

    "Arwah Bapa Sam Pegawai Polis, Tegas! Tak Ada Istilah 'Lepak' Dalam Keluarga" — Khaty Fauziah Musa

  • Seterus →

    2017 Tahun Mencabar, Ini Panduan Menjaga Kerjaya Kalau Anda Mahu Terus Makan Gaji