May 24, 2017 - 104191
Oleh: Norhaizan Ahmad
Sumber foto: Shutterstock.com
RAMAI berkata, orang perempuan tak reti jaga kereta. Maka InTrend mahu berkongsi ilmu dengan InTrenders agar kamu juga bijak ‘membela’ kenderaan masing-masing.
Kali ini, kita belajar mengenai penjagaan sistem penyejukan sesebuah enjin kenderaan. Ia amat penting kerana boleh berlaku over heat jika suhu enjin kenderaan mencecah pada paras merah di meter panel. Dan ini boleh mengakibatkan block head bengkok, air masuk dalam sistem pelinciran dan boleh menyebabkan enjin jammed.
Sekiranya anda sedang memandu dan meter temperature naik mendadak, anda dinasihatkan untuk memberhentikan kenderaan di tepi jalan dengan segera. Kemudian buka bonet, biarkan seketika agar enjin sejuk barulah periksa apa yang rosak.
Tahukah anda, antara masalah yang boleh mengakibatkan ‘high temperature’ ialah:
FAKTOR 1 'Air cooling' radiator kering. Radiator tersumbat. 'Drain screw' radiator longgar.
FAKTOR 2 Tidak menutup 'radiator cap' dengan baik.
FAKTOR 3 Sensor 'temperature' tidak betul.
FAKTOR 4 Hos penyambung ke radiator bocor. 'Water pump' rosak atau tersumbat.
FAKTOR 5 Kipas radiator tersumbat.
FAKTOR 6 Thermostat rosak.
Ini 6 Perkara Perlu yang Anda Perlu Periksa Apabila ‘Temperature’ Kereta Naik
TIPS 1
Yang Paling Penting, Periksalah Air Radiator
Pastikan tangki air di dalam radiator sentiasa cukup atau penuh. Pastikan juga airnya tidak berkarat dan jika berkarat atau berkeladak berkemungkinan disebabkan oleh radiator yang tersumbat. Jika ini berlaku, anda perlu keluarkan air tersebut dengan membuka hose bawah dan masukkan hose air dari atas dan drain screw radiator dibuka.
Biarkan air memasuki dan mengalir masuk dalam enjin sehingga air karat keluar kesemuanya. Kemudian pasang semula drain screw radiator. Isi air di dalam radiator.
AMARAN: Jangan buka penutup radiator ketika panas. Biarkan dalam satu jam, tunggu sehingga sejuk baru boleh buka penutupnya. Gunakan kain yang tebal untuk membukanya. Ini bagi mengelakkan wap dan air panas terpercik pada anggota badan.
Pastikan tiada kebocoran pada radiator, jenguk pada bawah kenderaan anda jika ada air menitis, cuba cari punca datangnya air itu. Selalunya ia menitik dari drain screw atau ada kebocoran pada radiator atau pada bahagian berkaitan. Periksa dan pastikan air dalam reserve tank pada paras antara minima dan maksima. Kena periksa air yang ada, seeloknya sebelum enjin dihidupkan. Ingat, jangan melebihi paras maksima!
TIPS 2
Anda Kena Periksa ‘Pressure Cap’
Periksa keadaan spring dan rubber seal, pastikan ia tidak rosak. Secara teknikal, tercatat suhu dan tekanan pada penutup tersebut dan cara untuk pastikan ia berfungsi adalah dengan menekan spring tersebut.
TIPS 3
Pastikan Anda Tak Lupa Periksa ‘Sensor Temperature’
Kadangkala masalah berlaku apabila jalan raya sesak maka suhu enjin akan meningkat. Kipas akan berfungsi apabila suhu setting tercapai. Jika pusingan kipas perlahan maka suhu di dalam tangki lambat turun ataupun sensor ada masalah dengan setting dan lambat cut in atau kadangkala water pump impeller rosak.
Sensor sius ini amat penting dan jika kipas tidak berpusing dan suhu enjin melebihi ¾ dari meter panel odometer, ada kemungkinan sensor tersebut rosak. Cara terbaik untuk mengujinya adalah dengan menggunakan screw driver atau hidupkan suis, tetapi jangan hidupkan enjin kenderaan anda, lalu sentuh kedua-dua point. Jika kipas berpusing, ini bermakna sensor ini ada masalah. Disyorkan tukar baru. Kipas akan berpusing jika thermostat cut in.
TIPS 4
Jangan Lupa Periksa ‘Hose’
Lihat pada hose kenderaan anda, jika didapati ada tanda-tanda retak atau koyak, disyorkan tukar baru berserta dengan klip baru. Periksa juga hose kecil yang menyambung dengan sistem ini. Caranya, pegang hose atas dan hose bawah, jika hose atas panas dan hose bawah sejuk, ini berkemungkinan thermostat kenderaan sudah karat dan jammed (rosak). Justeru, InTrenders dinasihatkan agar menyimpan masking tape dalam dashboard kereta. Tujuannya jika terdapat kesan bocor, anda boleh menampalnya dengan masking tape. Boleh diguna pakai untuk jarak yang dekat sahaja.
TIPS 5
Anda Perlu Periksa ‘Water Pump’
Periksa sambungan wire, fuse box, sensor temperature dan fan motor. Periksa juga kipas radiator, adakah ia berfungsi dengan baik. Apabila kipas berpusing pastikan keadaan pusingan adalah normal tanpa terdengar bunyi yang abnormal. Sekiranya didapati pusingan kipas perlahan kemungkinan contact longgar atau kemungkinan carbon motor sudah haus. Tetapi kalau kipas tidak berpusing, periksa dengan menggunakan test pen pada motornya, pastikan ada bekalan elektrik. Jika kipas berpusing, periksa pada thermostat pula, takut tersumbat.
TIPS 6
Anda Kena Periksa ‘Thermostat’
Pemeriksaan thermostat tidak dapat dilakukan disebabkan ia terletak di dalam. Ada kes tertentu thermostat jammed boleh menyebabkan enjin over heat. Oleh itu, jika ia berlaku anda boleh buka kedua-dua nut screw dan buangkan. Tapi ini hanya apabila berlakunya kes kecemasan sahaja.
Jika semua telah anda lakukan tanpa menjumpai tanda-tanda tidak normal pada kereta tersebut, tapi temperature masih lagi tinggi, mungkin ada sesuatu yang tidak kena dengan panel meter odometer. Periksa cable wire yang dipasang di enjin, pastikan ia tidak longgar atau rosak.
Cuba pandu kereta perlahan-lahan dan berhenti sekejap kemudian jalan lagi untuk bawa kereta anda ke bengkel berdekatan.