Jul 05, 2018 - 2544

Datuk Seri NAJIB RAZAK Cuma Follow 29 Akaun Instagram — Salah Satunya Adalah Kucing Ini,

Sangat-sangat ‘limited’, dan sangat eksklusif. Si comel bermuka ‘grumpy’ berkaki empat ini menjadi salah satu pilihan Datuk Seri Najib.

 

 

 

Sumber foto: Instagram

 

 

 

MANTAN Perdana Menteri Malaysia yang ke-6 dari tahun 2009 hingga 2018, Datuk Seri Haji Mohammad Najib bin Tun Haji Abdul Razak atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Najib Razak, juga merupakan antara pemain media sosial yang ‘trending’ hari ini.

 

Dengan jumlah pengikut Instagram mencecah hampir setengah juta, Datuk Seri Najib boleh kita anggap bergerak seiring dengan arus perdana media sosial Malaysia. 

 

 

Sumber foto: Instagram

 

 

 

Namun ada satu perkara menarik apabila meninjau senarai akaun Instagram terkemuka yang diekori Datuk Seri Najib Razak. Ya, dapat kami rumuskan di sini bahawa seleksi akaun pilihan Datuk Seri Najib sememangnya sangat-sangat selektif dan eksklusif. 

 

Selain menjadi ‘follower’ kepada akaun Instagaram anak-anaknya sendiri, @khairykj, , , dan (sekadar menyebut beberapa nama), Datuk Seri Najib Razak juga dilihat menjadi 'follower' kepada sebuah akaun Instagram milik seekor kucing yang bernama

 

 

Sumber foto: Instagram

 

 

 

Jadi Siapa atau Apa Sebenarnya ?

Kucing kacukan berbulu kembang meremang rona jingga kekuning-kuningan ini sebenarnya merupakan kucing peliharaan Datuk Seri Najib Razak dan keluarga. Dengan nama manjanya Kiky, kucing berwajah ‘grumpy’ ini dilihat selalu mengubat hati Datuk Seri Najib Razak setiap kali Datuk Seri berada di rumah, juga pada waktu senggang beliau apabila berehat daripada sebarang acara politik. 

 

Semasa artkel ini ditulis, kucing bernama Kiky ini bergerak di sosial media dengan pengikut seramai 16.1 ribu! Muat naik status terakhir adalah pada 8 Mei 2018 lalu dengan poster Kiky duduk relaks di atas dacing dengan caption yang berbunyi, “Warna biru ni elegan, buat Kiki nampak comel dan gebu. Sebab itu #KikyPilihBiru #KikyPilihPapa.”

 

 

Sumber foto: Instagram

 

 

 

Sumber foto: Instagram

 


Sumber foto: Instagram

 

 

 

Sumber foto: Instagram

 

 

Sumber foto: Instagram  

 

 

Kiky Panggil Tuannya 'Papa'

Lebih menarik, satu-satunya akaun Instagram yang diekori hanyalah milik tuannya, Datuk Seri Najib. Ikatan kasih sayang Kiky dengan tuannya terserlah hangat dan ikhlas dengan panggilan ‘Papa’ dalam setiap caption yang ditulis oleh admin. 

 

Semoga Kiky, haiwan ciptaan Allah SWT yang telah diberi makan dan minum oleh Datuk Seri Najib Razak dengan ikhlas ini, tidak lupa untuk mendoakan kedamaian dan kesejahteraan manusia yang telah memeliharanya, atas segala jasa bakti dan kebaikan yang sempat dicurahkan. 

 

Majalah Intrend! , ikuti kami di and .


Topik:  general

  • ← Sebelum

    ‘5 Wanita Pertama’ Paling Boros dan Rakus Dalam Sejarah — Siapakah Mereka Ini?

  • Seterus →

    5 Tabiat Perlu Elak Kala Memandu, Salah Satunya Sering Terjadi — Ini Peringatan Penting!