Jul 04, 2018 - 14191
Oleh: Afiza Kamarulzaman
Kredit foto: Google
Jatuh bangun seorang lelaki, pasti adanya seorang wanita di sisinya. Ini bukan wanita sembarangan. Lima Wanita Pertama Negara ini dilaporkan paling boros berbelanja menerusi harta negara, yang akhirnya menjatuhkan suami mereka sendiri. Siapa mereka?
1. IMELDA MARCOS
Bekas Ratu Cantik Manila tahun 1950 ini menikahi Presiden Filipina, Ferdinand Marcos pada tahun 1954. Presiden diktator itu berjaya mempertahankan jawatannya selama 20 tahun sebelum seluruh anak-beranak Marcos dihambat keluar dari bumi Filipina pada tahun 1986.
Kredit foto: Google
Imelda adalah wanita pertama paling boros dan kuat berbelanja dalam sejarah. Beliau amat terkenal dengan minatnya terhadap kasut dengan memiliki lebih 3000 pasang kasut. Selain itu, melalui satu serbuan ke kediamannya dulu, turut menemui koleksi berlian yang antaranya berlian merah jambu bernilai RM21.1 juta dan gelang tangan Bvlgari bertanda harga AS$1juta.
Kredit foto: Google
Tidak ketinggalan 1500 buah tas tangan, 1200 gaun label pereka fesyen terkenal dunia dan 35 buah almari berisi kot bulu. Belum dikira lukisan mewah, perabot dan aset lainnya. Beliau juga dilaporkan memiliki akaun bank di Switzerland dengan wang tunai RM1.5bilion.
Kredit foto: Google
Kredit foto: Google
Kredit foto: Google
Kegilaannya membeli-belah terserlah apabila beliau boleh menaiki pesawat peribadi milik negara ke mana-mana sahaja negara yang dirasakan punya koleksi barang yang diingininya. Pernah terjadi, dalam perjalanan ke Roma, beliau meminta pesawat berpatah balik ke New York hanya kerana Imelda terlupa membeli keju!
Kredit foto: Google
2. LEILA BEN ALI
Seorang wanita licik yang asalnya seorang pendandan rambut. Leila kemudiannya berjaya memikat Zainal Abidin Ali yang menjadi Presiden Tunisia pada tahun 1987 menerusi satu rampasan kuasa.
Kredit foto: Google
Beliau bersama keluarga dan mertuanya dikatakan begitu rakus ‘merompak’ harta negara menjadi milik mereka. Media pernah melaporkan Leina dan suaminya pernah mengambil 1.5 tan jongkong emas dari Central Bank of Tunisa (mewakili separuh dari rizab emas Tunisia) sebelum melarikan diri apabila suaminya dibuang negara pada 14 Januari 2011.
Kredit foto: Google
Leila pernah menubuhkan badan amal melawan kanser yang dinamakan SAIDA untuk menujukkan sikap prihatinnya sebagai wanita pertama Tunisia. Hakikatnya, menerusi badan amal itu, banyak dana negara disalurkan masuk ke poketnya sendiri.
Media Perancis pernah melaporkan bagaimana Leila pernah mengarahkan pesawat peribadi ke Selatan Perancis hanya untuk membeli ais krim yang diinginkannya.
Kredit foto: Google
Setelah digulingkan, beliau dan suami dijatuhkan hukuman penjara selama 35tahun setelah didapati bersalah mencuri dan memiliki aset yang salah di sisi undang-undang.
Kredit foto: Google
3. RADEN AYU SITI HARTINAH
Isteri ke dua Presiden Indonesia, Suharto ini berdarah bangsawan yang dilahirkan pada 23 Ogos 1923. Kebanyakan media tempatan dan luar negara kerap melaporkan bahawa Siti Hartinah atau lebih dikenali sebagai Ibu Tien ini mempunyai pengaruh yang sangat besar dalam pemerintahan kerajaan suaminya.
Kredit foto: Google
Memegang tampuk pemerintahan paling lama dalam sejarah iaitu selama lebih 30 tahun, begitu banyak harta negara yang dipungut untuk kepentingan peribadi. Kerakusan Ibu Tien dalam memeras harta negara diterjermahkan dengan julukan ‘Ibu Ten Percent’ kepadanya kerana setiap projek yang ditawarkan harus disusuli dengan bayaran duit kopi 10 peratus kepada beliau.
Kredit foto: Google
Jeneral Suharto dikhabarkan menjadi orang terkaya di Asia dengan seluruh anak-beranaknya dikatakan punya limpahan kekayaan yang luar biasa. Atas kemarahan rakyat yang rata-rata hidup dalam kemiskinan, Suharto digulingkan melalui rusuhan besar-besaran yang dimulakan dengan Tragedi Tri Sakti pada 21 Mei 1998.
Namun, Ibu Tien beruntung kerana tidak perlu menyaksikan keperitan saat suaminya digulingkan kerana beliau menghembuskan nafas terakhirnya lebih dulu yakni pada 26 April 1996 akibat serangan jantung.
Kredit foto: Google
4. EVITA PERON
Siapa sangka janda berhias yang pandai berlakon dan menyanyi ini yang menjadi isteri kedua Juan Peron, menjadi figura yang cukup berpengaruh dalam era politik Kononel Peron. Setelah suaminya diberi mandat sebagai Presiden Argentina pada tahun 1946, Maria Eva Duarte de Paron atau lebih dikenali sebagai Evita Peron mula mencetuskan gaya hidup mewahnya yang tersendiri sehingga berjaya merampas begitu banyak harta negara menjadi aset peribadinya.
Kredit foto: Google
Kredit foto: Google
Evita pernah dilaporkan mengadakan lawatan rasmi ke Eropah tetapi tujuan sebenarnya adalah bercuti dan membuka akaun bank di Switzerland. Suaminya, Juan Peron mengalami pasang surut dalam kerjaya politiknya, namun populariti Evita Peron tidak sepi.
Kredit foto: Google
Beliau didapati menghidap kanser. Walaupun para doktor cuba memberikan rawatan terbaik, namun beliau tidak berdaya menawan sakitnya, akhirnya meninggal dunia pada 26 Julai 1952 dalam usia 33 tahun.
Kredit foto: Google
Suaminya digulingkan pada tahun 1955 dan melarikan diri ke luar negara, meninggalkan mayat Evita yang masih menjadi kontroversi walau selepas kematian rohnya. Jasadnya dikatakan pernah dibawa lari, diawet dan hilang secara misteri selama 16 tahun!
Kredit foto: Google
5. MARIE ANTOINETTE
Setelah menikahi Louis-Auguste dan suaminya itu menaiki tahta sebagai Louis XVI pada 10 Mei 1774, Marie Antoinette langsung diangkat sebagai Permaisuri Raja Louis ke-14. Puteri bangsawan daripada Austria ini terkenal dengan sikap boros dan citarasa tingginya terhadap gaya hidup mewah.
Kredit foto: Google
Kegilaannya mengumpul helaian baju mewah, sepatu dan barangan kemas yang tinggi nilainya antara penyumbang awal bagaimana Perancis menjadi salah sebuah kota fesyen sehingga kini. Selain banyak berhabis untuk koleksi barangan peribadi, Antoinette juga dikatakan banyak menghabiskan wang kerajaan dalam penganjuran temasya dan keraian.
Kredit foto: Google
Rakyat Perancis sangat marah dengan gaya hidupnya yang melampau-lampau terutamanya apabila beliau dikaitkan dengan skandal The Affair of The Diamond Necklace sehingga beliau digelar Madame Deficit. Untuk memenuhi tuntutan nafsu Antoinette itu, suaminya mula mengenakan cukai pertanian yang membenankan golongan petani.
Kredit foto: Google
Kemuncak kemarahan rakyat Perancis waktu itu diterjermahkan pada 12 September 1792 apabila ledakan Revolusi Perancis akhirnya menggulingkan sistem Raja dan golongan petani yang menderita dek kemiskinan dan kebuluran bersetuju untuk memenggal leher Antoinette pada 16 Oktober 1793.
Kredit foto: Google