Aug 10, 2016 - 2051
Oleh:
Sumber: Getty Images
Liuk tubuhnya melakukan terjunan dari papan anjal setinggi 10 meter membuat pancaindera ini terpana seketika.
Wow, mengagumkan!
Sumber:
Nama Pandelela Rinong Pamg tiba-tiba meledak sejurus menamatkan persaingan di tempat ketiga pada Sukan Olimpik 2012 di London. Meski tidak meraih pingat emas, namun Pandelela melakar sejarah sebagai atlet wanita Malaysia pertama memenangi pingat pada sukan paling berprestij di dunia. Anak kelahiran Bumi Kenyalang yang diputerikan pada 2 Mac 1993 ini paling sajak diangkat sebagai Generasi Y yang gigih menempa nama di persada antarabangsa, tidak tahu erti kalah dalam perjuangan hidupnya sehinggakan seantero dunia terkesima dengan kemunculan sekejap beberapa detiknya.
Sumber: Foto AP
Berkongsi rahsia kecemerlangannya, Pandelela yakin bahawa kegigihan dan semangat yang tidak mudah putus asa menjadi titik tolak kepada kejayaan yang dicapai pada hari ini. Pun begitu, sebelum dia berada di puncak jaya, Pandelela sudah acap kali mengalami kegagalan, namun daripada kegagalan itulah dia mempelajari sesuatu yang baru supaya kesilapan sama tidak berulang.
“Saya adalah individu yang berfikir positif," kata Pandelela.
Sumber:
"Justeru, kegagalan hanya akan menguatkan lagi semangat saya untuk lebih berusaha. Banyak pengalaman yang saya pelajari demi meningkatkan mutu terjunan. Misalnya dalam acara terjun papan anjal ini, bukan bakat sahaja yang perlu untuk berjaya, tetapi liku-liku keperitan juga perlu ditempuhi bagi mendapatkan hasil yang bisa mengharumkan nama negara.”
Sumber:
Pandelela Rinong dan Cheong Jun Hoong menunjukkan pingat perak yang dimenangi.
Anak gadis yang sinonim dengan nama samaran lulu g. dolphin ini berpendapat, kelebihan dimiliki olehnya adalah dia tidak mudah putus asa dan rela menahan keperitan sepanjang menjalani latihan asalkan segala usaha yang dilakukan untuk bergelar penerjun tersohor pada suatu hari nanti tercapai.
Ini dikuatkan lagi dengan falsafah hidup yang menjadi pegangannya selama ini iaitu jangan putus asa sebelum sesuatu perjuangan itu berakhir walau peluang hanya satu peratus. Hebat! Itulah ciri kental Generasi Y yang terpahat dalam diri Pandelela. Teramat yakin dan positif memburu kejayaan!
Berbicara mengenai pengalaman terbaik dalam hidupnya, Pandelela mengakui saat memenangi pingat emas dalam Sukan Komanwel 2010 dan pingat gangsa pada Sukan Olimipik 2012 menjadi momen terindah buat dirinya sepanjang penglibatan dalam sukan akuatik ini.
Sumber: Foto AFP
Pandelela dan Jun Hoong di pentas utama Sukan Olimpik Rio 2016.
Pun begitu, Pandelela menganggap dirinya masih belum berjaya kerana matlamat utama dan idaman atlet dunia adalah membawa pulang pingat emas. Justeru, dia bertekad untuk mencapai apa yang diimpikan dalam masa terdekat. Dan dia sangat beruntung kerana mendapat sokongan padu daripada ahli keluarga yang bersusah-payah sejak dulu memberinya peluang demi masa depan gemilang.
Seperti kata-katanya, “Saya bertarung untuk membanggakan kamu (keluarga) dan membuktikan yang diri saya juga mampu bersaing di persada dunia.”
Sumber:
Sejarah besar hari ini yang bermula di bumi Sarawak.
Sumber:
Wanita yang telah melahirkan seorang wirawati negara.
Sumber:
Bapa Pandelela Rinong, individu penting yang merangsang kejayaannya.
Sumber:
Insan pertama yang suburkan minat Pandelela dengan disiplin dan kerja keras.
Sealiran semangat Generasi Y yang lebih berani mengambil risiko dan lebih bersedia menghadapi perubahan, tidak membataskan keinginan Pandelela sekadar meraih kejayaan di peringkat nasional. Impiannya juga bersifat mega, mahu membanggakan bangsa dan negara di peringkat antarabangsa. Sekali gus berharap dapat membangunkan sukan terjun ini pada masa hadapan sehingga bisa dipandang tinggi di mata dunia.
Sumber:
Gadis kecil yang membawa misi besar negara di Rio.
Sebelum namanya popular seperti hari ini, Pandelela mengakui bahawa dia hanya seorang gadis biasa yang pemalu. Cuma dia berjiwa kental dan rajin berusaha.
Rahsianya?
Sebagai gadis berzodiak Pisces, Pandelela mengakui, “Saya kuat berimaginasi (berangan), hahaha…”
Sumber:
Jiwanya yang akrab dengan sukan ini turut mempengaruhi minat Pandelela dalam berfesyen.
Sumber:
Seperti anak muda lain, Pandelela juga suka bergaya.
Sumber:
Sesekali Pandelela bergaya feminin, lari daripada imej ranggi.
“Saya menyenangi sesuatu yang kasual, sesuai dengan penampilan saya sebagai ahli sukan. Namun, saya mungkin boleh bertukar cita rasa, itu pun bergantung mengikut keperluan semasa,” ujar penerima anugerah Olimpian Wanita Majlis Olimpik Malaysia (MOM) 2012 ini lalu mengakhiri perbualan.
Syabas anak Gen Y!