Sep 10, 2016 - 13678

5 Kerugian Apabila Anda Tidak Boleh Pandu Kereta

Anda bukan individu 'on-the-go', tidak pandai berdikari, tidak mahu ambil cabaran, meremehkan urusan kekeluargaan dan tidak dapat balik beraya di kampung halaman Isnin ini. Oh, tidak!!!


Oleh:

Sumber: www.vroomgirls.com


MAHUKAH anda tergolong dalam kategori wanita seperti yang dinyatakan tadi, yang bukan individu 'on-the-go', tidak pandai berdikari, bahkan tidak mahu ambil cabaran?

Jawapan saya, sudah pasti tidak! Kerana bagi saya, memiliki lesen memandu dan boleh memandu kereta dengan baik sangat penting dalam kehidupan wanita pada hari ini. Jom, kita kongsi apa sebabnya wanita perlu pandai memandu!  

Seiring dengan gaya hidup hari ini yang sentiasa on-the-go,  pastinya setiap daripada kita akan sibuk ke hulu dan ke hilir bagi menyelesaikan pelbagai urusana sama ada urusan kerja mahupun urusan keluarga. 

Bagi wanita berkerjaya, setiap hari anda perlu berulang-alik ke tempat kerja, bukan? Jadi, memiliki kereta dan pandai memandunya dianggap satu bonus — menyingkatkan masa perjalanan sekali gus memudahkan hidup anda seharian. Surirumah walau tidak bekerja, namun mereka juga tidak kurang sibuknya dalam menguruskan perihal anak-anak –  menghantar dan menjemput anak ke sekolah mahupun kelas tuisyen, membawa anak-anak ke klinik atau hospital jikalau sakit demam.

Jadi, surirumah juga haruslah pandai memandu kereta. Ini sudah dikira satu keperluan dalam kehidupan hari ini.

Sumber: www.telegraph.co.uk

Jika anda tergolong dalam kategori yang tidak pandai memandu, wajarkah jika anda digelar orang kelainan upaya (OKU)? Pastinya ada yang tersentap dek statement ‘kurang ajar’ ini, rasa marah, mungkin memaki-hamun. Yalah, OKU di mata anda adalah insan-insan istimewa yang memerlukan pertolongan dan bantuan.
 

Kenapa anda perlu marah jikalau dikategorikan sebagai OKU hanya disebabkan tidak tahu memandu? 

Sekiranya anda tidak pandai memandu walhal mampu memiliki kereta dan sempurna sifat, anda sebenarnya tergolong dalam kategori apa ya? Mahu digelar orang kelainan upaya (OKU) adalah tidak tepat kerana anda berbeza dengan mereka. Malah terdapat insan OKU yang pandai memandu, jadi tidak segankah anda dengan mereka? 

Waima fizikal dilihat sempurna, tetapi jika anda sudah sampai tahap menyusahkan pasangan ataupun jiran-tetangga disebabkan ketidakupayaan diri untuk memandu kereta, anda sebenarnya jauh lagi untuk memegang ‘title’ wanita sempurna! Lihatlah di sekeliling kita, sebilangan besar para isteri dihantar dan dijemput suami setiap hari ke tempat kerja.

Sumber: marquezcharter.org


Ada yang beri alasan untuk jimatkan kos pengangkutan dengan cara car pool. Ya, itu betul, tetapi kalau dah pejabat di Petaling Jaya manakala suami bekerja di Ampang sementara rumah anda di Cheras, adakah itu dapat menjimatkan kos? Andai kata suami tidak sihat ataupun bekerja di luar daerah, maka anda terpaksa mengambil cuti semata-mata tiada chouuffer yang boleh menghantar dan menjemput anda. Susah bukan? 

Kisah ini pula saya dengar daripada seorang kawan, katanya, “Jiran saya ini baik orangnya. Dia berpelajaran tinggi namun sayangnya tidak bekerja kerana terpaksa menjaga tiga orang anaknya yang masih kecil. Yang membuat saya kasihan kepada dia kerana setiap kali anak sulungnya tertinggal bas sekolah, dia terpaksa merayu kepada tetangga kami yang lain untuk membantu menjemput anaknya. Ada sekali anaknya diserang demam panas, disebabkan suaminya outstation dan hari dah lewat malam, dia terpaksa mengetuk pintu jiran meminta bantuan. Walhal di rumahnya ada dua buah kereta. Hidupnya jadi susah hanya disebabkan dia tidak pandai memandu kereta.”

Malah saya pernah mendengar luahan hati seorang wanita yang kecewa kerana tidak dapat pulang berhari raya bersama ibu bapanya di kampung kerana hanya disebabkan dia tidak tahu memandu kereta dan suaminya terpaksa bekerja pada hari lebaran. 

Sumber: www.huffingtonpost.com


Ujarnya, “Alangkah bagusnya jika kakak tahu pandu kereta. Mesti dapat balik kampung berhari raya sementalah suami beri keizinan. Nak beli tiket bas ataupun kereta api sudah terlambat. Selepas insiden itu, kakak bertekad untuk belajar memandu. Kakak mahu jadi wanita yang berdikari dan berani ambil cabaran demi menyenangkan hidup sendiri dalam menguruskan hal kekeluargaan.”

Ya, hakikatnya memang ramai yang mengambil kesempatan dengan adanya suami yang boleh mengurusi kita walau ke mana tempat mahu dituju. Bagaimana jika suami pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya? Jika anda bujang dan perlu pulang kerja pada lewat malam, bagaimana ya? Fikir-fikirkanlah wahai wanita!






 

Majalah Intrend! , ikuti kami di and .


  • ← Sebelum

    50 Hakikat Tentang Lelaki, Wanita Perlu Terima Selepas Kahwin... No. 33 Pasti Buat Anda Tersenyum

  • Seterus →

    ANEH TAPI BENAR! Rahsia Peribadi Anda Terbongkar Kerana Ais Krim!