Sep 11, 2016 - 1313

ANEH TAPI BENAR! Rahsia Peribadi Anda Terbongkar Kerana Ais Krim!

Awas! Apa yang anda pilih akan menjelaskan MISTERI peribadi anda.


SELAIN warna dan tarikh lahir anda yang boleh mencerminkan personaliti diri, aiskrim juga boleh melambangkan personaliti anda.

Satu fakta menarik yang mungkin anda tidak tahu adalah personaliti seseorang memainkan peranan penting dalam pemilihan perisa aiskrim, sama seperti apabila anda tertarik kepada warna-warna tertentu semasa membeli-belah.  Kajian saintifik telah menunjukkan bahawa personaliti peribadi akan mempengaruhi keputusan seseorang dalam pemilihan perisa aiskrim kegemaran mereka. 

AISKRIM PERISA VANILA

MAKSUDNYA IALAH... Anda seperti Grace Kelly, dalam erti kata lain, anda mencerminkan keperibadian yang lemah lembut, elegan dan mempunyai gaya tersendiri. Anda merupakan simbol kecantikan yang klasik. Orang ramai selesa untuk mendekati diri anda dan cara anda mengimbangi aspek-aspek dalam kehidupan bagi mencapai kebahagiaan amatlah mengagumkan.



AISKRIM PERISA MANGGA

INI BERMAKNA... Anda adalah seorang yang ceria, senang berkawan dan boleh melihat sudut yang positif dalam setiap cabaran atau kesusahan. Tenaga positif anda akan mempengaruhi orang-orang yang berada di sekeliling anda. Anda umpama Phoebe dalam sitkom bersiri ‘FRIENDS’ yang diminati ramai orang. Dengan adanya ciri-ciri berani untuk mencuba sesuatu yang baru serta citarasa tersendiri yang unik.   



AISKRIM PERISA COKLAT

IA MEMBERI PETANDA BAHAWA... Personaliti menarik dan unik anda membuatkan anda rakan kegemaran orang ramai. Anda sentiasa berjiwa muda, berimaginatif dan tidak membuang masa melakukan perkara-perkara yang tidak berfaedah. Cara anda mendapatkan ketenangan jiwa adalah dengan meluangkan masa bersama teman-teman rapat anda pada waktu malam. Anda sering menghiburkan teman-teman sekeliling anda dengan celoteh jenaka anda.



AISKRIM PERISA KOPI

IA MEMBAWA MAKSUD BAHAWA... Orang lain perlu bermain teka-teki bagi mengenali peribadi anda. Anda mungkin tidak bergaul banyak dengan ramai orang kerana anda adalah seorang yang pendiam dan anda menghargai detik-detik bersendirian. Gunakan masa sendiri anda dengan sebaik mungkin dan luangkan masa anda dengan teman-teman rapat. 




AISKRIM PERISA PEKAN 

IA MEMBUKA MISTERI BAHAWA... “You go girl!” ini merupakan kata-kata semangat yang paling sesuai untuk menggambarkan personaliti anda. Minat dan semangat membara anda untuk kejayaan adalah sumber inspirasi untuk orang lain. Anda mampu mempengaruhi orang-orang di sekeliling anda untuk berjaya dan sentiasa mendorong mereka untuk melangkah keluar dari zon selesa. 


Kini, anda sudah pun tahu tentang personaliti diri anda yang mungkin anda sendiri tidak tahu selama ini. Jadi, ini adalah masanya untuk anda memenuhi keinginan anda yang sedang mengidamkan sesuatu yang manis! 






 

Majalah Intrend! , ikuti kami di and .


  • ← Sebelum

    5 Kerugian Apabila Anda Tidak Boleh Pandu Kereta

  • Seterus →

    MESTI CUBA! Makanan di Kafe ini Membuat Anda Terleka Apabila Menikmatinya