Sep 22, 2017 - 21471

Rahsia Hanis Zalikha & Hairul Azreen Didik Yusuf Supaya Tak Takut Air, Ibu Bapa Perlu BACA Ini

Tidak ramai anak kecil yang berani masuk ke kolam air tanpa perlu dipaksa atau dirayu. Ini rupanya pendekatan Hanis Zalikha dan suaminya Hairul Azreen.

 

 

 

Sumber foto: Instagram  

 

 

 

 

 

 

 

 


“TERIMA kasih semua peminat kami yang selalu doakan kami bahagia dunia akhirat. Kami juga ingin berdoa yang sama untuk semua peminat serta kepada semua yang mengenali kami. Anggaplah video-video daripada keluarga kami sebagai tanda terima kasih kami untuk anda semua, sekurang-kurangnya anda happy dan tersenyum. Ia sudah cukup buat kami happy. Semoga kalian bahagia dunia akhirat, amin yarabbal alamin."

"Masa ini kali pertama Yusuf masuk kolam."

Yusuf #2Bulan11Hari

 

Tahukah anda, pasangan muda Hanis Zalikha dan Hairul Azreen mula membiasakan baby Yusuf Iskandar berjinak-jinak dengan air sewaktu Yusuf baru berusia 2 bulan 11 hari?

 

 

 

 

 

 

 

 

 

KATA MOMMY & DADDY BABY YUSUF

"Kami selalu galakkan Yusuf mesra dengan air sejak umur dia dua bulan. Supaya nanti bila dah cukup besar, dia suka nak belajar berenang 🤗 Mommies and daddies yang suka aktiviti anak yang selamat dan memberangsangkan, hujung minggu boleh bawa ke . Ada swim and massage lepas swim. Very relaxing 😍 Personal experience, Yusuf first time ever jatuh katil (pandai mengengsot dah, omg), dan dia meragam lepas tu macam trauma terkejut terkejut time tidur. Lusanya tu, dalam pada sibuk, singgah juga bawa dia ke baby spa supaya dia dapat berenang, dan dapat yakin diri balik bila dia take control of his body. Lepas tu, tidur nyenyak terus. Alhamdulillah tak ada apa."

 

 

Sumber foto: Instagram  ​

 

 

 

Sumber foto: Instagram  ​

 

 

 

Bagi kebanyakan anak-anak kecil, aktiviti berenang merupakan satu kegiatan yang selalu mereka tunggu-tunggu. Namun, ramai juga anak kecil yang tidak merasai keseronokannya kerana perasaan takut dan trauma terhadap air. Apa yang boleh anda lakukan kepada anak anda supaya si kecil juga lincah dan berani seperti Yusuf, anak Hanis Zalikha dan Hairul Azreen? Ayuh ikuti tips ini: 

 

 

 

 

 

 

 

Apa yang Membuat Anak Kecil Takut Berenang?

Berikut adalah beberapa situasi yang menjadi punca anak kecil takut pada air.

 

Rasa Takut Pada Air

Tahukah anda, kadan-kadang sifat takut pada air yang wujud dalam diri anak-anak kita sebenarnya berpunca daripada kita? Jika ibu bapa atau pengasuh selalu menakut-nakutnya supaya menjauhi air, atau selalu menggunakan kata-kata ugutan bahawa sesuatu yang buruk pasti akan terjadi jika dia bermain air, maka ketakutan itu pasti akan terbina dalam dirinya. Atau, jika dia pernah mengalami pengalaman buruk yang berkaitan dengan air, misalnya jatuh ke dalam tab bilik mandi, itu juga akan menjadi punca perasaan takut pada air. 

 

 

Anak Kecil Takut Wajah dan Badannya Basah

Memang aneh tetapi inilah hakikatnya. Banyak anak kecil tidak suka malah takut jika badan mereka basah, atau jika tiba-tiba air memasuki mata, telinga, mulut dan hidung. Ini semua akan mendorong perasaan panik sehingga membuat mereka menangis ketakutan. 

 

 

Rasa Takut Pada Air yang Dalam (Walaupun Air Itu Sangat Cetek)

Banyak anak kecil rasa gentar pada kolam renang meskipun tidak pernah berdepan sebarang pengalaman buruk berkaitan air. Ini lazimnya dirangsang oleh imaginasi mereka yang selalu membayangkan perkara-perkara menyeramkan seperti tenggelam di dalam air, membayangkan wujudnya hantu atau raksasa air dan sebagainya. 

 

 

Takut Dengan Suasana Kolam Renang yang Bising dan Sesak Dengan Pengunjung Lain 

Ada juga kemungkinan anak kecil anda tidak gentar pada air. Namun mereka menjadi takut, panik dan gugup sekiranya anda membawa mereka ke kolam renang yang bising, hingar-bingar dan penuh dengan pengunjung-pengunjung lain. Mereka akan lebih panik sekiranya ada orang asing melompat dan meloncat ke dalam kolam sehingga air kolam bergelombang kuat, lalu membuat mereka berasa terancam dan tidak lagi selamat. 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

6 Panduan Ini Boleh Bantu Anak Anda Menghadapi Rasa Takut Berenang

Jangan kecewa jika anak kecil anda menangis apabila kakinya dicecahkan ke dalam kolam renang. Ikuti tips berguna ini:

 

TIPS 1

Jangan Gopoh, Sebaliknya Bermulalah Sedikit-sedikit dan Perlahan-lahan 

Jangan paksa anak kecil anda masuk terus ke kolam. Yang paling penting, berikan dia pakaian renang yang sesuai, bawa dia duduk berjuntai kaki di tepi kolam dan ajarlah dia supaya ‘bermesra’ dan ‘berkenal-kenal’ dulu dengan menyentuhkan kaki ke dalam air. Belilah baju renang yang bermutu tinggi supaya anak kecil tidak berasa terlalu sejuk, malah pengalaman bermain air menjadi satu memori yang menyeronokkan. Belikan juga pelampung renang yang comel berbentuk figura kartun supaya mereka punya motivasi untuk masuk ke kolam renang.  

 

TIPS 2

Jangan Takut-takutkan Anak Kecil yang Sudah Sedia Ketakutan 

Janganlah anda membesar-besarkan lagi perasaan takutnya dengan mengatakan, “Jangan! Nanti tenggelam, nanti jatuh, nanti lemas, nanti mati!” Adalah lebih baik jika anda menerangkan kepada anak anda, bahawa tubuh manusia boleh mengapung dengan sendirinya jika dia relaks dan tenang apabila berada di dalam air. Belikan juga dia sepasang kaca mata renang supaya dia rasa seronok, yakin dan selesa.

 

 

 

 

 

 

 

TIPS 3

Lagi Bagus Kalau Anda Masuk Kolam dan Berenang Bersama

Apabila anak anda tidak yakin untuk berenang, adalah lebih baik jika anda dan pasangan turut masuk ke dalam air. Dengan demikian, anak akan berasa lebih percaya dan lebih selamat. Apabila melihat dia sudah selesa dengan air, maka anda bolehlah fikirkan untuk mendaftar anak anda mengikuti kelas renang secara profesional.  

 

 

TIPS 4

Naikkan Semangatnya Dengan Kata-kata yang Positif

Pujilah anak anda. Naikkanlah semangatnya dengan kata-kata yang baik dan positif. Jangan sekali-kali melontarkan perkataan negatif kerana ia bukan saja melemahkan semangat dan menjatuhkan moral, malah ia boleh membuat mereka berasa putus asa, malu dan mahu mengalah.

 

 

Sumber foto: Instagram  ​

 

 

 

TIPS 5

Biasakan Anak Kunjungi Kolam Renang

Jadikan aktiviti beriadah di kolam renang sebagai satu rutin mingguan famili. Lama-kelamaan, anak kecil pasti berasa seronok dan tidak lagi takut dengan air. Pancinglah juga minatnya dengan mengajaknya makan ais krim, sebelum atau sepulangnya dari kolam renang.  

 

 

TIPS 6

Bawa Dia Berenang Pada Waktu Bukan Puncak dan 

Jika anak anda baru hendak bermula dengan pengalaman renang, hindari daripada membawanya ke kolam renang awam pada waktu puncak, lebih-lebih lagi pada musim cuti sekolah. Kanak-kanak lain yang kasar dan agresif apabila bermain air boleh memberi kesan kepada emosi anak anda yang masih tertakut-takut. Bawalah dia bermain air pada waktu tenang. Barulah dia dapat bereksperimentasi dengan relaks tanpa sebarang tekanan. 

 

Majalah Intrend! , ikuti kami di and .


  • ← Sebelum

    “JANGAN Sampai Anda Kena Ketuk ‘Kaw-kaw’!”— Ini TIPS Berguna UYAINA Kalau Makan Angin di Bumi Arab

  • Seterus →

    JANGAN Ghairah Sambung Bayar Kereta Orang, Ramai Dah TERTIPU! Mohon BACA INI Supaya Anda Tak Jadi Mangsa