Sep 25, 2017 - 344

JANGAN Ghairah Sambung Bayar Kereta Orang, Ramai Dah TERTIPU! Mohon BACA INI Supaya Anda Tak Jadi Mangsa

Ramai orang beranggapan, kalau nak mudah beli kereta, kita hanya perlu ‘sambung bayar’ dan tak perlu bersusah-payah memikirkan hal-hal berkaitan kelulusan pinjaman bank. Awas! Anda berisiko besar untuk terpedaya!

 

 

Oleh: Norhaizan Ahmad

 

 

 

Sumber foto: Shutterstock.com 

 

 

 

 

 

ISU kereta ‘sambung bayar’ yang tular dewasa ini melibatkan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan sebuah syarikat di pinggir ibu kota mendapat perhatian ramai. Menerusi ketua aktivisnya, Yusof Azmi, PPIM menjalankan satu misi membantu pemilik kereta yang didakwa teraniaya dengan skim pajakan kereta yang dikendalikan oleh syarikat tertentu, dan perkara ini bukan hanya berlaku di Lembah Klang, malah di seluruh negara.

 

Apa yang terjadi, pemilik kenderaan dijanjikan bahawa kereta yang dipajak itu akan mempunyai penyewa dan pemilik kenderaan tidak akan mempunyai masalah pembayaran pinjaman kenderaan itu dengan pihak bank. 

 

Sebaliknya apa yang berlaku ialah pemilik menerima notis daripada pihak bank akan tunggakan bayaran berbulan-bulan. 

 

Tahukah anda, surat sambung bayar kenderaan tidak laku? Elak diperdaya, jom kita selidiki dan fahami Akta Kontrak 1950 dan Akta Sewa Beli 1967. 

 

AKTA KONTRAK 1950 

Akta Kontrak 1950 melalui Seksyen 2(h) mentakrifkan satu kontrak sebagai “satu persetujuan yang boleh dikuatkuasakan undang-undang”. Maka satu perbezaan istilah wujud antara perkataan “persetujuan” (agreement) dan “kontrak”. Sementara kedua-dua ini datang daripada satu perhubungan atau sefahaman antara dua pihak, satu kontrak mesti memenuhi beberapa syarat dalam sifatnya untuk membolehkan dirinya diiktiraf dan dikuatkuasakan undang-undang. Ketiadaan mana-mana elemen ini akan menghilangkan terus sifat kebolehkuatkuasaannya seperti termaktub dalam seksyen 2(g) akta. 

 

Maka dengan ini, boleh dirumuskan bahawa sementara kesemua kontrak merupakan persetujuan, bukan semua persetujuan merupakan kontrak. 

 

AKTA SEWA BELI 1967 

Akta Sewa Beli 1967 (Akta 212) ialah suatu akta yang dikuatkuasakan kepada pengguna di Malaysia. Pengguna tertekan kerana dibebani kadar faedah tinggi, ditambah dengan peruntukan mengenai penarikan semula kenderaan. Pelanggan persendirian seringkali berada di pihak yang rugi, terutama dalam transaksi dengan institusi kewangan, berikutan kurang mempunyai kuasa tawar menawar. 

 

Institusi kewangan seperti bank dan syarikat kewangan berlesen menggunakan kontrak standard dengan terma-terma tetap dan tidak boleh dirundingi yang banyak memihak kepada mereka. 

 

Pelanggan terperangkap kerana kontrak perjanjian mengenakan penalti tinggi dan tidak munasabah terhadap pengguna jika gagal mematuhinya dan seringkali menyebabkan pengguna dibebani hutang lebih tinggi berikutan terma ketat dan tidak fleksibel. 

 

 

SYARAT-SYARAT YANG PERLU DIPENUHI SEBELUM SATU PERJANJIAN DIIKTIRAF DAN DIKUATKUASAKAN ADALAH:

•Tawaran 

•Penerimaan 

•Tukaran 

•Niat mewujudkan perhubungan yang sah dan diiktiraf undang-undang 

•Kebolehan memasuki perjanjian kontrak 

•Kepastian syarat dan terma kontrak 

•Kehendak bebas (bukan disuruh atau dipaksa) 

 

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.