Mar 23, 2017 - 11163
TIPS 1: Recognize The Privilege
Ingatlah, anak-anak yang dikurniakan bukanlah sebahagian daripada empayar atau harta yang cuba anda bina. Mereka adalah pinjaman Allah kepada kita. Just see how to enjoy, nurture, and support them. Don’t try to make them an investment for your future.
TIPS 2: Let Them Be
Jangan paksa anak menjadi sesuatu hanya kerana anda mahu dia mengikut acuan anda. Your child need not do what you did in your life. Mana tahu, mungkin mereka punya potensi yang lebih hebat daripada ibu bapa mereka. Maka janganlah kita sekat mereka.
TIPS 3: Berikan Kasih Sayang Sejati
Berikan mereka kasih sayang tanpa mengharapkan balasan. Dan jangan beli hati mereka dengan kekayaan atau kemewahan. Sebaliknya, berikan mereka waktu anda yang selalu padat dengan komitmen kerja itu.
TIPS 4: Don’t Rush Them Into Growing Up
Jangan paksa mereka berlagak seperti budak dewasa sedangkan mereka masih belum sampai ke tahap itu. Mengapa? Because you can’t reverse it later! Ingatlah, when he is a child and he behaves like a child, it’s wonderful. When he becomes an adult and behaves like a child, that’s bad.
TIPS 5: Make It A Time To Learn, Not To Teach
Ada baiknya ajarkan anak anda sedikit ‘survival tricks’ supaya mereka celik dengan dunia luar. Jangan kurung mereka di dalam empat dinding gah yang anda bina. Bawalah mereka keluar melihat dunia dan jalani kehidupan sebenar seperti budak kecil lain.
TIPS 6: Belajar Daripada Kesilapan dan Pengalaman Hidup
Biarkan mereka ketawa, merajuk, marah atau menangis. Dan jika mereka terjatuh atau terluka, jangan kesal kerana mereka juga perlu belajar erti sakit dan kecewa. It is time to learn about life.
TIPS 7: Provide A Supportive and Loving Atmosphere
Kalau anda berdepan masalah, jangan biarkan atmosfera stress itu menguasai suasana di rumah. Anda tentu tidak mahu mereka hidup dalam tekanan.
TIPS 8: Kekalkan Aura ‘Friendly Relationship’
Dalam berkeluarga, perlu ada sikap hormat menghormati. Anda perlu bijak menyarung beberapa topi dalam satu masa — bukan saja menjadi seorang ibu — bahkan menjadi guru, ustazah, pengurus kewangan, superhero, kawan sepermainan, malah sebagai kawan baik anak anda juga.
TIPS 9: Avoid Seeking Respect (Walaupun Anak Uji Kita Dengan #TantrumOnTheFloor!)
Jangan paksa anak anda menghormati anda dengan cara yang traumatik atau menakutkan. Masih ada ibu bapa hari ini cuba menimbulkan aura bengis, “You must respect me.”
Ini cara yang salah kerana anak anda akan menyangka, bahawa untuk menghormati ibu bapa, mereka perlu berasa takut dan tidak boleh melakukan banyak perkara. Sikap ini boleh menyekat perkembangan dan daya kreativiti anak kecil.
TIPS 10: Make Yourself Truly Attractive
Anak-anak mudah terpengaruh dengan bermacam-macam perkara, contohnya pengaruh iPad, internet, TV, kawan-kawan sekolah, jiran dan sebagainya. Apa yang dirasakannya paling menarik, selalunya itulah yang akan menjadi ‘kiblat’ rujukannya. Jadi sebagai ibu, ciptalah aura anda sebagai ‘the most attractive mother’ demi memenangi hati, perasaan dan pemikirannya. If you are a joyous, intelligent, and wonderful person, he won’t seek company anywhere else.