Mar 25, 2017 - 23893
"RYAN is learning, we are not perfect, Mummy daddy so proud Masya-Allah!"
#ryanskysolat #blessed#ryanthelion #ryankepoh #ryanjuara#ryanskywalker#ryanikl2017#ryaninspires #ryanskydalton #RSD #SyukurAlhamdulillah
Caption di atas dimuat naik oleh Ning Baizura sewaktu merakam video pendek anaknya Ryan sedang menunaikan solat. Daripada nada caption itu sahaja kita dapat menghidu kegembiraan dan kerendahan hati seorang wanita dan ibu yang merayakan satu lagi 'milestone' dalam hidup anaknya.
Bermulanya Kehidupan Seorang Ryan Sky Dalton
Suatu masa dahulu, kelahiran anak sulung Ning Baizura dan suaminya, Omar Sharif Christopher Layton Dalton pada tarikh 31 Januari 2013 tiba-tiba menjadi hangat kerana isu namanya. Anak comel yang diberikan nama sebagai Ryan Sky Dalton itu hangat dibincangkan di media sosial apabila ramai 'hakim' dan wira 'keyboard' muncul dan mengkritik nama tersebut. Ramai menuduh nama tersebut terlalu kebaratan dan tidak membawa sebarang makna yang baik.
Namun penjelasan Ning Baizura berjaya menutup mulut netizen yang hanya pandai mengkritik. Menurut Ning, dalam Bahasa Parsi, Rayann membawa erti wangi-wangian yang berasaskan herba. Malah, herba haruman manis turut dipraktikkan dalam Bahasa Arab dengan panggilan 'Rayhaan'. Hujah itu dikukuhkan lagi dengan bukti yang lain. Perkataan Rayhaan juga boleh ditemui dalam Surah Ar-Rahman, ayat 12; dan Surah Al-Waqi’ah, ayat 89. Perkataan Sky (langit) yang terbit selepas nama Ryan pula merupakan satu perlambangan simbolik kepada kelaziman manusia yang akan berdoa lantas mendongak ke atas (memandang langit) sebagai rasa syukur kepada Allah Maha Pencipta dan Maha Pemberi.
Bagaimana Ning Baizura Terus Berazam Memberikan Ilmu Al-Quran Buat Ryan Sky Dalton
Status Ryan Sky Dalton sebagai anak kacukan ternyata bukan satu penghalang yang menghentikan sebarang usaha Ning Baizura dan suami untuk membekalkan ilmu agama kepadanya. Ryan bertuah kerana bukan saja dilimpahi kasih sayang keluarga, dicorakkan oleh dua peradaban budaya berbeza yang indah, malah diberikan juga ilmu pendidikan dunia dan akhirat yang sewajarnya. Kami bawakan beberapa momen ibu-anak dalam usaha mereka melestarikan ilmu Al-Quran. Tahniah buat Ning dan suami. Semoga Ryan terus membesar dengan bijak dan menjadi bidadari terbaik buat ibu bapanya.
Ryan Serasi Dengan Guru Mengajinya
Kata Ning Baizura: Assalamualaikum, inilah Ustaz kami yang Ryan sayang sangat. Alhamdulillah kami sangat senang sekali belajar daripada Ustaz dan Ustazah. Sekiranya anda berminat untuk belajar Tahfiz Al-Quran, mengaji dan macam-macam lagi, jangan lupa hubungi Ustaz Shariff +60 19 256 9331. Insya-Allah kita bekalkan ilmu sama-sama ya kawan-kawan. Amin.
Ning Baizura Juga Mengikuti Kelas Agama dan Al-Quran
Kata NIng Baizura: Syukur alhamdulillah saya sangat bertuah dapat berguru dengan Ustaz Haji Syarifuddin Haji Samdi, rezeki rezeki! Terima kasih buat teman kerana memperkenalkan Ustaz to us! Moga murah rezeki lagi. Amin, amin! Kalau sesiapa berminat pengajian Al-Quran dan macam-macam lagi... saya akan share, alhamdulillah.
Ibu yang Terus Memberi Semangat Kepada Anaknya Untuk Perbaiki Bacaan Al-Quran
Kata Ning Baizura: Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar! Next is another chapter. Amin, amin.... Alhamdulillah (walaupun ngantuk)
Ryan Sky Dalton Anak yang Mudah dibentuk dengan Sokongan Ibu yang Tidak berhenti Berdoa
Kata Ning Baizura: Alhamdulillah Ryan walaupun penat malam ini terlebih sikit, dia tetap cuba untuk melafazkan Surah Al-Fatihah dan Al-Ikhlaas. Sejuk mata hati perut saya :) We are learning and thankfully our Ustaz is very calm and patient with him... Insya-Allah Ryan will step into another phase! With the right bimbingan and guidance. O'Allah please guide us to the right path as you have been! We are blessed!
Syukur alhamdulillah #ryanjuara#ryanthelion #ryankepoh #ryanskydalton
Semoga Ryan Sky Dalton Terus Menjadi Juara... #RyanJuara!