Sep 30, 2016 - 686

10 Lelaki Terhangat Pilihan InTrend, Sehangat #MyDarlingInspektorDaniel

Kami senaraikan 10 lelaki paling hangat berapi di Malaysia, sama hangat dengan #MyDarlingInspektorDaniel!

 

Oleh:  , , & 

 

 

 


Sharnaaz Ahmad 


Sharnaaz hari ini, kalau bukan pelakon? 
Saya seorang askar risikan atau mungkin juga 'pak guard’.

Gaya fesyen yang melambangkan imej anda? 
Lelaki klasik dan lelaki urban. 

Lelaki klasik dan lelaki urban. Ikon gaya pujaan? 

  • Adam Levine
  • Brad Pitt
  • Basir Ahmad
  • Elvis Presley
  • Edward Northon 
  • Sharnaaz Ahmad      
Perkara yang membuatkan anda mudah tersentuh? 
Ibu bapa, gambar semasa saya kecil dan masa baru mula berlakon. 
 

Wanita itu cantik apabila dia... 
Mendengar kata dan tidak menipu baik daripada segi percakapan atau perbuatan.

Anda obses terhadap? 
Cigar, pipe dan motosikal. 

‘Kerja gila’ yang pernah anda lakukan? 
Berlakon dan industri ini adalah kerja gila. Tak percaya? Cubalah...

Adiwira kegemaran? 
Bapa saya.

Fobia terhadap apa? 
Ketinggian dan perempuan cantik! 

Makna 10 tahun bagi anda?
Sepuluh tahun bagi saya adalah tentang kematangan, kesabaran, pengorbanan dan kejayaan. 


 

Zul Ariffin 


Jika Zul bukan pelakon? 
Navy!

Stail fesyen anda? 
T-shirt and jeans. Namun selalunya seluar pendek saja pun, haha! 

Ikon gaya pujaan? 

  • David Beckham
  • David Gandy
  • Tom Ford
  • Victoria Beckham 
  • Angelina Jolie 
  • Zul Ariffin 


Perkara yang membuatkan anda mudah tersentuh? 
Filem sedih, ucapan yang emosional, mak saya sedih, kad ucapan dan tengok orang minta sedekah. 

Seorang wanita itu cantik apabila... 
Pandai membawa diri, rambut cantik dan tersenyum lawa... 

Punya obses tertentu? 
Pulau, ombak pantai dan banyak lagi.

‘Kerja gila’ yang pernah anda lakukan? 
Berbasikal turun bukit tanpa brek! 

Adiwira kegemaran? 
Batman. 

Fobia terhadap apa? 
Tempat sempit! 

Pengertian 10 tahun pada pandangan anda? 
Harapan, kemajuan, perkembangan yang perlu dikecapi. Go get it! 
 


 

Aaron Aziz 

 

Tentangnya:

Populariti telah mengangkat namanya apabila mengungguli Bintang Paling Popular ABPBH 2011 dengan undian sebanyak 87,669 undi. Dikelilingi isteri, anak-anak dan peminat setia sebagai tunjang kekuatan yang membuatkannya teguh berdiri. Sebut sahaja filem lakonannya, hampir kesemuanya blockbuster... baik genre aksi seperti KL Gangster, Lari mahupun romantik seperti Pisau Cukur, Ombak Rindu, Adam & Hawa juga Suamiku Encik Perfect 10. Dedikasinya pada lakonan tidak perlu dipertikaikan lagi. 
 

Komen InTrend:

Hingga ke hari ini Aaron Aziz tetap menjadi HERO PUJAAN MALAYA meski sudah punya isteri dan tiga anak. 
 


 

Hisyam Hamid 

 

Jika Hisyam bukan pelakon?
Saya akan menjadi seorang ahli bomba.

Gaya fesyen yang melambangkan diri anda? 
More to street wear lazimnya t-shirt, jeans and sneakers

Ikon fesyen selebriti pilihan? 

  • David Beckham
  • Victoria Beckham
  • Awal Ashaari
  • Scha Alyahya
  • Cristiano Ronaldo
  • Adam Levine

Anda tersentuh dengan... 
Apa jua yang berkaitan dengan keluarga terutamanya melibatkan orang tua dan anak kecil. 

Wanita cantik di mata anda? 
Dia berpakaian sopan, solekannya sederhana sebab itu yang akan menyerlahkan kecantikan semula jadi dirinya.

Obses terhadap? 
Warna merah. Setiap sesuatu yang berwarna merah akan saya cuba.

Pernah lakukan ‘kerja gila’? 
Menunggang motosikal tanpa lesen selama seminggu di Singapura. 

Adiwira kegemaran? 
Superman.

Fobia terhadap apa? 
Laut. 

Pengertian 10 tahun pada perspektif anda? 
Ia bagai kapsul masa di mana kita telah lalui pelbagai perkara dalam hidup. Ia sewajarnya mendidik kita supaya lebih matang.
 

 

Anuar Zain 

 

Tentangnya:

Mementingkan kesempurnaan juga kualiti dalam segenap sudut, baik penampilan mahupun karier nyanyiannya. Itulah rumusan ringkas mengenai Shahrul Anuar Zain. Penghayatan penuh langsung membawa bersama emosi pendengar larut dalam bait-bait lirik yang dialunkan, membuatkan sesiapa jua jatuh cinta sama penyanyi ini. 

 

Reviu InTrend:

Antara yang dekat dan masih berbekas di hati adalah penganjuran konsert Tiga Dekad, Muzik, Cinta dan Sanubari meraikan 30 tahun legasinya dalam dunia muzik tempatan. Ajari Aku, Keabadian Cinta, I'm The Lucky One dan banyak lagu popular menjadi magis di tangannya. Kini, Anuar Zain tampil dengan album terbaru setelah menyepi selama lima tahun. 

 


 

 

Keith Foo

 

Tentangnya:

Pelakon Cindian yang bisa menawan hati penggemar drama Melayu dianggap satu pencapaian istimewa bagi Keith Foo. Dia terlebih dahulu mencipta nama di Indonesia pada 2009 menerusi sinetron dan filem. Mula bergelar model iklan ketika usia 16 tahun, namanya disebut-sebut selepas mencuri tumpuan dengan drama bersiri Love You Mr Arrogant juga Ariana Rose. 
 

Konklusi InTrend: 

Tidak hanya bersandar pada wajah tampan, Keith Foo berdiri atas bakatnya. Kini muncul dengan filem Langit Cinta, Pilot Café dan Kelip Kelip, banyak lagi mahu direalisasi pelakon berbakat ini. 

 


 

 

Fattah Amin 

Tentangnya:

Mengenali dunia seni menerusi platform pencarian wajah lelaki sebuah majalah, nyata percaturannya menjadi. Drama bersiri Playboy Itu Suami Aku membuatkan kelibat Fattah Amin kian diikuti peminat. Meneruskan momentum itu, drama bersiri Cinta Ibadah sekali lagi membuatkan namanya meniti di bibir peminat. 
 

Sinopsis InTrend:

Seorang yang pemalu, pendiam dan introvert dia kini lebih mencintai cabang lakonan berbanding peragaan. Mahu lari daripada stigma hanya menjual wajah berbanding bakat – dia nekad untuk terus mencabar diri mendepani liku bergelar anak seni. 


 

Dato' Bernard Chandran

Tentangnya:

Antara wajah senior pereka tempatan yang menempa nama di pentas antarabangsa, bakat Dato' Bernard Chandran yang luar biasa telah diiktiraf di peringkat global hingga diangkat menjadi juri Britain's Next Top Model, Cycle 6. Mengahwini Datin Mary Lourdes Chandran yang juga rakan kongsi niaganya, pasangan ini giat meluaskan rangkaian label yang pernah diperagakan selebriti antarabangsa seperti Estelle, Lady Gaga, Little Boots dan Tori Amos. 

 

Anekdot InTrend: 

Malaysia amat berbangga memiliki seorang pereka yang ambitious dan down-to-earth seperti Dato' Bernard Chandran. Pernah bergelar Malaysia's Prince of Fashion, kini selayaknya ditabal pula sebagai Malaysia's King of Fashion. Tahniah Dato' Bernard Chandran! 

 

 


 

 

 

Idris Khan 

 

Jika bukan model siapakah anda hari ini? 
Usahawan atau ahli perniagaan.

Gaya fesyen yang anda? 
Guy next door – simple yet classy. 

Ikon gaya pujaan? 

  • David Beckham
  • Hidetoshi Nakata
  • Mariano Di Vaio
  • Cara Delevingne
  •  James Dean
  • David Gandy

Perkara yang membuatkan anda mudah tersentuh? 
Attitude orang yang hanya memikirkan diri sendiri. Orang yang tidak jujur. 

Seorang wanita itu cantik apabila... 
Dia mempunyai personaliti yang menarik, funny, fun and smart bahkan pandai menjaga penampilan diri.

Saya obses dengan... 
Kasut dan jam.

‘Kerja gila’ yang pernah dilakukan? 
Memanjat di hujung gunung ketika di Muscat, Oman dan melompat ke dalam laut(cliff jumping).

Adiwira kegemaran? 
Ironman. 

Fobia terhadap apa? 
Bercakap di atas pentas. 

Makna 10 tahun bagi anda? 
Pengalaman hidup yang banyak, yang telah membentuk siapa diri anda pada hari ini.


 


Harris Baba


Zayn Malik? We don't think so! Instagram jadi ruang perkenalan sama vokalis asalan Singapura ini kala dia dijemput sebagai salah satu wajah eksklusif rakaman bersama InTrend. He was excited about it! Off-screen Harris timid dan agak pendiam namun kala berdiri di hadapan lensa berteman secawan Cola, he sizzles dan bikin our heart skips a beat! Cheers! 

Kalau hari ini Harris tidak bergelar penyanyi? 
Mungkin saya seorang jurutera.

Stail fesyen yang melambangkan personaliti anda? 
Street wear and formal casual. 

Ikon gaya pujaan? 

  • One Direction 
  • Jared Leto
  • Adam Gallagher 
  • Wak Doyok

Mudah tersentuh apabila...
When someone genuinely supports me.

Definisi wanita cantik?
She has a cool character, personality and attitude.Wanita yang selalu 
berfikiran positif.

Turn-on... 
To a beautiful and enchanting voice.

‘Kerja gila’ yang pernah anda lakukan? 
Panjat pagar sekolah, haha.

Adiwira kegemaran?
Ironman.

Fobia terhadap apa? 
Cicak dan tikus.

10 tahun bagi anda adalah?
A decade of achievement.




 

Majalah Intrend! , ikuti kami di and .


  • ← Sebelum

    Apa Komen Peminat di Facebook Mengenai Perkahwinan Saharul Ridzwan dan Deena Emir?

  • Seterus →

    Siapa Fattah Amin Sebelum Dia Jadi Hero yang ‘Macho’ dan ‘Sado’ dalam #HeroSeorangCinderella?