Feb 08, 2017 - 12596
Oleh: Athirah Zulkifli
Kredit foto: Google
LAMBAKAN drama adaptasi yang menguasai kaca televisyen tempatan sejak kebelakangan ini dilihat telah mencetuskan fenomena tersendiri. Kebanyakannya mengangkat tema cinta, kekeluargaan dan fokus terhadap dilema rumah tangga seperti berkahwin dengan pasangan yang bukan pilihan hati. Demikianlah hasilnya. Audiens kita terus disogok dengan jalan cerita seumpama itu tanpa henti.
Meskipun plotnya sama, namun penerimaan penonton menjadikan drama adaptasi novel ini mencetus fenomena. Bukan sahaja jalan ceritanya, keberkesaan pelakon yang menjayakan watak menaikan rating sebuah drama. Telah terbukti, jumlah tontonan drama seperti itu membawa tuah tersendiri sehinggakan trendnya berterusan.
Walaupun mendapat kritikan, jumlah penonton tetap tinggi dan ini yang menjadi pilihan mengapa saluran televisyen dan penerbit lebih selesa untuk mengambil novel menjadi sebuah drama. Oleh itu, InTrend senaraikan 20 drama adaptasi novel yang membuatkan anda tonton berulang kali tanpa jemu.
1. Suri Hati Mr Pilot
2. M.A.I.D
3. 7 Hari Mencintaiku
4. Tuan Anas Mikael
5. Dia Semanis Honey
6. Ariana Rose
7. Sebenarnya Saya Isteri Dia
8. Projek Memikat Suami
9. Sha & Sha
10. Sayangku Kapten Mukhriz
11. Isteri Vs Tunang
12. Cinta Si Wedding Planner
13. Biar Aku Jadi Penunggu
14. Patahnya Sebelah Sayap
15. Abang Bomba I Love You
16. Rindu Awak 200%
17. Adam dan Hawa
18. Suami Tanpa Cinta
19. Awak Sangat Nakal
20. Tundukan Playboy Itu