Jan 25, 2017 - 182

Running Man Tidak Jadi Dibubarkan! Kekecewaan Peminat Akhirnya Terubat

Pastinya ia menjadi berita gembira buat peminat setia program terkenal dari Korea Selatan, Running Man. Sesuatu tergempar telah berlaku. Apakah berita itu?

 

Oleh: Athirah Zulkifli 

 

 

Kredit foto: allkpop.com

 

 

 

Berita gembira buat peminat setia rancangan popular dari Korea Selatan, Running Man apabila diumumkan rancangan tersebuat tidak jadi dibubarkan.  Malah sebelum ini, khabar angin mengatakan ‘Running Man’ akan dibubarkan apabila pemergiaan tiga orang ahli tetap Running Man iaitu Kang Gary, Song Ji Hyo dan Kim Jong Kook. 

 

 

 

 

 

Pada 24 Januari, SBS telah mengeluarkan kenyataan secara rasmi menyatakan bahawa dalam merasai kekecewaan yang amat besar daripada peminat ‘Running Man’. Akhrinya anggota dan staf ‘Running Man’ bersepakat untuk meneruskan pengmbaraan program ini meskipun dengan kehadiran 6 anggota tetap iaitu Song Ji Hyo, Kim Jong Kook, Yoo Jae Suk, Ji Suk Jin, Haha, dan Lee Kwang Soo

 

 

 

 

 

“Bagi membalas kekecewaan peminat setia ‘Running Man’ sama di Korea mahupun dia negara lain, SBS dan 6 anggota Running Man mengambil keputusan untuk meneruskan rancangan ini. Menurut, Pengarah variety SBS, Nam Seung Yong, yang kali pertama mencipta ‘Running Man’ pada tahun 2010, telah berbincang dari hati ke hati bersama setiap anggota Running Man sejak awal tahun ini.

 

Dalam perbincangan tersebut, dia meminta maaf kepada ahli Running Man akan kontroversi yang timbul dengan perancangan rombakan semula rancangan ini, dan 6 anggota ‘Running Man’ bersetuju meneruskan program ini.”  

 

 

 

 

Pengarah Nam Seung Yong juga berkata, “Saya berterima kasih kepada ahli ‘Running Man’ yang telah membuat keputusan sukar dan kami akan melakukan yang terbaik untuk peminat setia program sentiasa menyokong program selama 7 tahun ini dan kami akan terus menghiburkan peminat setia ‘Running Man’ sama ada di Korea atau di luar negara.” 

 

 

 

 

Pastinya berita gembira akan membuat peminat setia program Running Man akan lebih gembira pada hujung minggu dengan gelagat lucu daripada ahli Running Man. 

 

 

Komen Peminat Setia Running Man: 

 

 

Majalah Intrend! , ikuti kami di and .


  • ← Sebelum

    #K-Drama: Kim Tae Hee Luahkan Perasannya Menerusi Surat selepas Berkahwin dengan Rain di Maljis Tertutup

  • Seterus →

    20 Drama Adaptasi Novel Paling Berjaya Walau Ada Penonton Meluat dan Benci, Kenapa Agaknya?