Apr 03, 2017 - 1902

25 Momen Eksklusif Filem ‘Kimchi Untuk Awak’ yang Anda Perlu Lihat — Tonton Dulu Baru Komen!

Baru ditayangkan pada 30 Mac, ternyata filem ini mendapat sambutan hebat. Mana tidaknya, gandingan barisan pelakon yang serasi membuatkan filem Kimchi Untuk Awak ini menjadi pilihan utama di seluruh panggung wayang di Malaysia.

 

 

 

Oleh: Athirah Zulkifli 

 

 

Sumber foto: Astro Shaw Sdn Bhd 

 

 

FILEM ‘Kimchi Untuk Awak’ adalah hasil buah tangan pertama pengarah popular, Michael Ang di layar perak. Daripada sebuah naskhah buku hasil nukilan Suri Ryana, ia diadapatasi menjadi filem yang diarahkan sendiri oleh Michael Ang dan diterbitkan Astro Shaw Sdn. Bhd. dan Dark Wave Sdn. Bhd. 

 

Selain jalan ceritanya yang nakal bercampur romantis, ia juga menampilkan gandingan pelakon serasi iaitu Aiman Hakim dan Emma Maembong. Selain mereka berdua, filem ini turut dibintangi pelakon popular seperti Janna Nick, Sharifah Sakinah, Dira Abu Zahar, Ungku Haris, Normah Damanhuri, Natasha Elyzza, Mandy Chong dan Annuar Chew. 

 

 

Sumber foto: Astro Shaw Sdn Bhd 

 

 

Apa yang Membuat Anda Mesti Tonton Filem Ini?

Sinopsis: Kisah ‘KUA’ bermula dengan pertemuan Bella (Emma Maembong) dengan lelaki sombong berdarah campuran Melayu Korea, Danial Lee (Aiman Hakim) yang berlaku secara tidak sengaja di Lapangan Terbang Incheon. Pertemuan tak diduga tersebut telah menimbulkan rasa benci antara mereka. 

Malah, insiden pertembungan itu terus bersambung apabila takdir sentiasa menemukan Bella dan Danial Lee. Sepanjang perkenalan mereka, perasaan Bella yang awalnya benci perlahan-lahan bertukar menjadi cinta. Sementara itu, Danial tidak pasti adakah perasaannya kepada Bella adalah tulus atau sekadar mengingatkan dia kepada kekasih lamanya.

 

 

Sumber foto: Astro Shaw Sdn Bhd 

 

 

Trivia Penggambaran Filem ‘Kimchi Untuk Awak’ 

 

  • ‘Kimchi Untuk Awak’ adalah gandingan ketiga Aiman Hakim dan Emma Maembong selepas drama ‘Isteri Separuh Masa’ dan ‘Projek Memikat Suami’. 

 

  • Filem ini menjalani penggambaran di Seoul Korea (60 %) dan selebihnya di Pulau Pinang dan Lembah Klang.

 

  • Sepanjang penggambaran filem ‘Kimchi Untuk Awak’, Janna Nick memakai rambut palsu yang ditempah khas untuk menjayakan wataknya dalam filem ini. 

 

 

Sumber foto: Astro Shaw Sdn Bhd 

 

 

  • Filem ini telah menjalani pengambaran selama 22 hari, bermula hujung bulan Mac hingga awal bulan April 2016.

 

  • Malaysia Airlines telah menaja tiket penerbangan seluruh produksi dan barisan pelakonnya untuk terbang ke Seoul, Korea.

 

  • Redbox menyediakan platfom untuk mempromosikan filem serta lagu tema filem. 

 

 

Sumber foto: Astro Shaw Sdn Bhd 

 

 

  • Lagu tema filem ini yang berjudul ‘Dia Untukku’ dinyanyikan oleh Ippo Hafiz.

 

  • Salah satu lokasi penggambaran ‘Kimchi Untuk Awak’ di Seoul, Korea adalah lokasi yang sama dalam penggambaran program aneka popular Korea iaitu ‘Running Man’.

 

  • Menjalani sesi penggambaran di sekitar Seoul seperti Myeong-dong, Bukchon Hanok Village. Malah tidak ketinggalan juga di sekitar Nami Island yang terkenal  dengan  penggambaran drama Korea iaitu Winter Sonata.

 

 

Sumber foto: Astro Shaw Sdn Bhd 

 

 

 

19 Lagi Momen Eksklusif Filem ‘Kimchi Untuk Awak’

 

Sumber foto: Astro Shaw Sdn Bhd 

 

 

 

Sumber foto: Astro Shaw Sdn Bhd 

 

 

 

Sumber foto: Astro Shaw Sdn Bhd 

 

 

 

Sumber foto: Astro Shaw Sdn Bhd 

 

 

 

Sumber foto: Astro Shaw Sdn Bhd 

 

 

 

Sumber foto: Astro Shaw Sdn Bhd 

 

 

 

Sumber foto: Astro Shaw Sdn Bhd 

 

 

 

Sumber foto: Astro Shaw Sdn Bhd 

 

 

 

Sumber foto: Astro Shaw Sdn Bhd 

 

 

 

Sumber foto: Astro Shaw Sdn Bhd 

 

 

 

Sumber foto: Astro Shaw Sdn Bhd 

 

 

 

Sumber foto: Astro Shaw Sdn Bhd 

 

 

 

Sumber foto: Astro Shaw Sdn Bhd 

 

 

 

Sumber foto: Astro Shaw Sdn Bhd 

 

 

 

Sumber foto: Astro Shaw Sdn Bhd 

 

 

 

Sumber foto: Astro Shaw Sdn Bhd 

 

 

 

Sumber foto: Astro Shaw Sdn Bhd 

 

 

 

Sumber foto: Astro Shaw Sdn Bhd 

 

 

 

Sumber foto: Astro Shaw Sdn Bhd 

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.