Apr 01, 2017 - 34939
Oleh: Atirah Zulkifli
Sumber foto:
TAHNIAH buat pelakon Sharnaaz Ahmad, kini sah bergelar suami kepada Noor Nabila dengan sekali lafaz sahaja. Majlis pernikahan berlangsung di Royal Ballroom, Hotel Royal Chulan Damansaran. Pasangan ini dinikahkan oleh Ustaz Hj. Syamsul Firdaus Bin Hj. Mohd Supri Al-Hafiz, Iman Masjid Damansara Perdana.
Kedua-dua mempelai tampil sedondon menggayakan persalinan serba putih. Sharnaaz tampil segak berbaju Melayu lengkap bersampin tenun rona keemasan hasil rekaan, Putra Cosry. Pengantin perempuan pula yang sudah sedia jelita, kelihatan menawan dalam persalinan indah yang direka oleh Datuk Radzuan Radziwill.
Dua Lagi Majlis Sebelum Mereka Pergi Bulan Madu
Pihak lelaki menyerahkan lima dulang hantaran berbalas tujuh dulang hantaran daripada pihak pengantin perempuan. Sharnaaz juga menyerahkan mas kahwin sebanyak RM1,000 kepada Nabila. Namun, pasangan ini merahsiakan jumlah wang hantaran perkahwinan daripada umum. Selain itu, pelamin serba indah mendapat sentuhan dekorasi yang memberi sentuhan minimalas namun mewah, menambahkan lagi keindahan majlis pernikahan #SharnaazxNabila.
Majlis resepsi pihak perempuan akan diadakan esok, 2 April, di Hotel Royal Chulan Damansara. Manakala, majlis pihak Sharnaaz pula akan melangsungkannya di Straits Quay Convention Centre, Pulau Pinang. Selesai semua majlis resepsi, pasangan ini bakal berbulan madu di Itali pada 14 April nanti.
Sumber foto:
Ramai peminat memberi komen, lelaki garang seperti Sharnaaz juga sebenarnya jiwang dan romantik! Betul ke? Siapa kata lelaki garang tidak romantik? Lihat cara Sharnaaz meluahkan isi hati kepada isterinya dengan ayat-ayat yang sempoi namun tetap ‘sweet’. Kalau tak percaya, apa kata anda baca sendiri kompilasi ini.
10 Ayat Manis Sharnaaz Ahmad Paling ‘Sempoi’ (Tapi Awww… Romantik!) yang diberikan Kepada Noor Nabila
AYAT MANIS NO. 1
“Sayang, I sembahyang sat, satgi I mai kidnap you, kita pi kawin… Amacam jadi? Jumpa tepi simpang, depan kedai rojak… I mai naik motor tau helmet 88 tolong bawak, tok kadi semua dah standby… Okey standby!!”
AYAT MANIS NO. 2
“I’ve made the right choice since day one I met you… I love you yesterday, tomorrow dan forever… My partner in everything even in crime! Love You Sayang.”
AYAT MANIS NO. 3
“Bukan nak katalah kan… Ingat mami ja ka lawa??!! Nindia punya anak antoo lah… Sembang paaaaa…Kadang-kadang aku terlupa, aku pandang muka aku ka atau rayen gosiling? Berani dia ambik gambar dengan tunang aku!!!”
AYAT MANIS NO. 4
“If I ever forget to tell you “I LOVE YOU” not because I don’t, but ecause I want you miss me like always do!”
AYAT MANIS NO. 5
“I love her and that’s all matters to me… Can’t wait to be halal!”
AYAT MANIS NO. 6
“She's the woman that will always take care of my food, drink and safety… Plus berleter pok pek pok pek pasai rokok, cigar, pipe, motor, asap rokok, abu rokok, bersepah, berpeluh, rambut boh gel, baju salah tak kena QC dia, but this is the women I want to get married to and spend my life with… Insya-Allah beberapa hari saja lagi! My futureramarama, I love you sayang.”
AYAT MANIS NO. 7
“This women aaa… I tell you. Ayooo when she’s angry, you better run run fast fast and jump but when she is in manjakani mode, she is the most perfect lady in this world! My teman fight fight and my teman love love! I love you so much and so proud of you sayang, very very proud of you sayang!”
AYAT MANIS NO. 8
“Kena jadi bodyguard dia sat hari ini sebab dia rabun lepas operate. Kesian… Sat hang aku tau ajar hang. Inilah masanya pembalasan!!!” 😈
AYAT MANIS NO. 9
“Cantik sungai… Baju hijau tu? Hmm…cantik ke?”
AYAT MANIS NO. 10
“Dear sayang, the past one year we know each other a lot of good memories that we build and cherish together. Not to mention the bad ones to But nothing is warmer then your love, nothing is sweeter then your sound, and nothing more powerful then your sincere. You can make this man smile when he is in most deep trouble and down side of the road but yet you keep your calm…You’re the most intelligent women that I’ve ever known. You thought me a lot more than life can give. You are a strong women, a beautiful women, sometimes I wonder, why this beautiful lady do love this man. I’m nobody till you make me feel I’m somebody, but one thing I’m sure of, you have had me at the first time we met at Subang airport with a simple "Hello" with your blue shirt and Uniqlo jeans, since then you make me fall for you everyday of your life. Thank you for being there always and now, Happy Birthday sayang… Semoga Allah permudahkan segalanya untuk you dan keluarga you dunia akhirat. If you’re reading this can you come down. I’m here.” #bahasaomputihakuakupunyasukalahejamacammana