Apr 27, 2017 - 49421
Oleh: Athirah Zulkifli
Sumber foto: Instgaram &
Siapa tak mahu lelaki romantik? Siapa tak mahu suami yang pandai ambil hati dan mencairkan hati isteri berkali-kali?
Bertuah sungguh Wawa Zainal, memiliki suami yang romantik dan menghargai isterinya. Memang tak syak lagi, memenuhi ciri-ciri suami idaman wanita Malaysia.
Ya, siapa tidak kenal dengan pasangan suami isteri yang suka berangan dengan lagu Hidustan ini. Pasangan romantik Aeril Zafrel dan Wawa Zainal ini sering mendapat perhatian netizen kerana kemesraan mereka yang selalu dikongsikan di Instagram. Tetapi jelas nyata bahawa Aeril dan Wawa adalah pasangan yang sangat merendah diri dan selamba romantik.
Walaupun sudah bergelar sebagai suami isteri selama lima tahun ini, Aeril dan Wawa terus bahagia, ditambah lagi dengan kehadiran dua cahaya mata, seorang lelaki dan perempuan yang menyerikan keluarga mereka. Mana tidaknya, ciri-ciri suami romantik yang ada pada Aeril Zafrel menjadi idaman wanita yang mahukan bakal suami sepertinya. Ini antara foto dan caption sweet yang Aeril Zafrel berikan kepada isterinya.
Sumber foto: Instgaram
Luahan kata-kata ini dimuat naik Aeril kira-kira enam minggu lepas, bersempena ulang tahun Wawa Zainal. Wow… Luahan ikhlas seorang suami yang menghargai isterinya yang sentiasa menyokong serta mengharungi susah senang bersama.
Maafkan aku, Jika sebelum-sebelum ini selalu membuat dikau terasa,
kekadang merajuk dan barangkali menangis tanpa diketahuiku;
bila setiap kali dikau bertanya tentang keistimewaannya tarikh hari ini
yang seolah dikau lihat aku terlupa.
Tapi percayalah dikau yang dicintai kerana ALLAH
Sebenarnya aku sengaja berpura lupa
kerana sering pula setiap hari istimewa dikau ini,
acap kekangan kerja menghalang kita rai bersama
dan kerana itu bila saja punya kelapangan tetap jua kita sambut biar lewat manapun, Selamat hari lahir sayangku dari dunia hingga ke Surga.
Aku menyayangi dikau tanpa batas waktu
kerana betapa banyak pun aku menuntut
Tapi dikau tetap jua menuntun
Dikau separuh diriku, separuh nafasku, separuh kekuatanku,
dan telah dikau sempurnakan separuh agamamu
dan sudah pula dikau dimuliakan sebagai permaisuri hati
Doaku moga dikaulah bidadari dunia yang dicemburui bidadari di 'atas' sana.
Mahu sahaja aku jadi penafsir rindu pada tiap mimpmu!
Aku ingin tetap mencintai dikau dengan sederhana
tapi penuh wangian kasih sayang
Sudah kita merancang dengan cita-cita
tetapi biar DIA menentukan dengan cintaNya!
Sesungguhnya, dikau tak pernah jauh meski cuma sebersit hati!
sentiasa ada rindu yang bersekutu dengan waktu
buat aku kangen bangat sama kamu sampai makin tegar kasmaran kita
Selalu ada rindu merasuk rasa.
Aku mau ikhlas, ikhlas menyayangmu
Tutuplah matamu, cukup aku dan tuhan yang tahu
MILAD BUATMU ISTERI
RATU SANUBARIKU
NUR HAWA ZAINAL ABIDIN!
12 Foto dan Caption Paling Sweet yang Aeril Zafel Berikan Khas Buat Wawa Zainal
1. Gurau Manja… Sweetnya!
Kata Aeril: Amboi, merahnya mulut.
Sumber foto: Instgaram
2. Alahai… Manjanya!
Kata Aeril: Tidur la dulu… Nanti awak saya kejutkan.
Sumber foto: Instgaram
3. Momen Hari Jadi
Kata Aeril: Ada orang tu birthday nya dah nak dekat, ke Langkawi la kitaππ
Sumber foto: Instgaram
4. Swafoto Curi-curi
Kata Aeril: Woii… Apa ini curi-curi selfie, orang tak ready lagi la!!!
Sumber foto: Instgaram
5. Cara Pikat Isteri
Kata Aeril: Bila kau lapar, nak suruh isteri kau masak tapi dia buat-buat tidur…ππ Trick isteri kalau nak ajak makan luar.
Sumber foto: Instgaram
6. Hadiah Istimewa
Kata Aeril: Tada... dia dah pakai dahππ. Cantik tidak shawl yang saya custom made tadi? Korang nak juga ke? Saya boleh buatkanππ
Sumber foto: Instgaram
7. Alahai… Terharunya!
Kata Aeril: Akhirnya siap juga shawl yang saya buat khas untuk isteri tercinta. Girls suka tak, kalau encik abang bagi shawl custom macam ni? Ada kata-kata indah dan nama dua hati lagi dekat situ… Hehehe. Tolong saya bagi pendapat, cantik tak? Harap-harap la dia pakai malam ini sempena anniversary kami.π #customshawl #comingsoon
Sumber foto: Instgaram
8. Kata-kata Manis Buat Si Isteri
Kata Aeril: Ketika kita melihat betapa indahnya kisah orang lain, sesungguhnya kita mampu membuat kisah kita lebih indah dari siapapun.
Sumber foto: Instgaram
9. Ungkapan Indah buat Wawa Zainal
Kata Aeril: Duhai isteriku… Kita tidak perlu menjadi sempurna di hadapan manusia, cukuplah meminta redha ALLAH. Maka hidup kita akan jauh lebih sempurna. #IbnuSunari #NahuRindu
Sumber foto: Instgaram
10. Seorang Suami Menghargai Isterinya
Kata Aeril: Aku tidak pernah memilihmu untukku tapi ALLAH AZZA WA JALLA yang memilihmu untukku.
Sumber foto: Instgaram
11. Ayat Pick-up Line
Kata Aeril: Betul ke perempuan memang tidak boleh dipisahkan dengan makeup? beriya betul muka time makeupππ. Awak dah cantikla, tak yah makeup sangat.
Sumber foto: Instgaram
12. Keluarga Bahagia
Kata Aeril: Hmmm rindu pula dekat mereka ini ππ
Sumber foto: Instgaram