Apr 26, 2017 - 11013

Amboi Dalamnya Renungan FATTAH, Tembus ke Hati FAZURA!

Hero Seorang Cinderella, drama baru buah tangan Michael Ang akan jadi medan ujian untuk Fattah Amin dan para peminatnya. Mampukah demam #Lofattah disurutkan dan gelombang #Faztah mengambil alih?

 

 

 

 

 

Sumber foto: Instagram

 

 

SELEPAS ‘meletop’ dengan lagu Wanita Terakhir, Fattah Amin mengembangkan bakatnya dalam bidang penulisan dengan menghasilkan sebuah buku bertajuk 99 Kata-kata Fattah Amin. Meskipun pelancaran buku tersebut mendapat kecaman hebat netizen, ia tetap menjadi antara buku terlaris dijual di pasaran. Ternyata peminat Fattah Amin tetap menyokongnya biarpun dikritik dan dikecam. 

 

 

Terbaru, Fattah Amin sedang berkarya menjayakan drama terbaru arahan Micheal Ang berjudul Hero Seorang Cinderella (HSC), digandingkan bersama aktres cantik Nur Fazura. Mungkinkah drama terbaru ini dapat memancing perhatian peminatnya? Sama-sama kita nantikan! 

 

 

 

Sumber foto: Instagram

 

 

 

 

 

 

Bila Peminat Cuba ‘Ngorat’ Fattah Amin Dengan ‘Pick-up Line’ Comel

Apa yang membuat Fattah Amin rapat dengan peminatnya? Setiap kali status yang dimuat naik Fattah akan mendapat perhatian daripada peminatnya. Ada juga yang memberi pick-up line untuk Fattah Amin.

 

Malam tadi, Fattah Amin ‘berkicau' di akaun Twitternya dengan ayat yang berbunyi, “Mana bunga api ni?”, diikuti emoji nakal mengenyit mata. Bagi yang pernah membaca novel cinta yang menjadi sumber drama Hero Seorang Cinderella ini, mereka sudah tahu jawapannya. 

 

 

 

Sumber foto: Instagram

 

 

 

Menariknya, status Twitter Fattah itu menjadi tular sekelip mata! Status itu menyaksikan ramai peminatnya tumpang semangkuk sambil membalas dengan ‘pick-up line’ yang comel-comel. Cute sangatlah! 

 

Kalau anda tak percaya, lihat sendiri petikan komen balas di bawah. Rupanya ramai juga yang nak ‘try’ Fattah Amin, hehehe. 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Majalah Intrend! , ikuti kami di and .


  • ← Sebelum

    “Saya Menuju Ke Hati Awak!” — ‘Pick Up Line’ JEP SEPAHTU yang Buat SARI YANTI Kenyang Dengan Cinta

  • Seterus →

    Mengapa AERIL ZAFREL Wajar dijadikan Contoh Suami ROMANTIK (Kacak Pulak Tu!) Idaman Wanita Malaysia