Jul 19, 2016 - 2055

Sah Akhirnya! Amyra Rosli & Amar Baharin Tersuka Tanpa Sengaja…

Sekian Lama Menepis, Akhirnya Aktres Cantik Amyra Rosli Bakal Menjadi Milik Amar Baharin. Memang rasmi kini, mereka berdua ‘Tersuka Tanpa Sengaja’. Tahniah!


Teks: Afiza Kamarulzaman 
Instagram:


 

Bagaimana Mira mula terjebak dalam dunia lakonan? Adakah kerana minat, glamor atau sumber pendapatan?

Mira memang minat berlakon dari dulu lagi. Daripada minat itu, Mira melanjutkan pelajaran di Aswara dengan mengambil jurusan Seni Persembahan. Ketika di Aswara pun, ada juga berlakon sikit-sikit sebagai pelakon picisan. Apabila tamat belajar, Mira suarakan keinginan kepada Mama dan Mama bersetuju dengan syarat Mira mesti bersungguh.

Bermula dengan drama Cinta Wahyu dan Warkah Cinta di TV Al-Hijrah. Tapi, waktu itu Mira kurang dikenali, mungkin kerana watak berhijab yang Mira bawa. Selepas itu, muncul pula drama bersiri Kucinta Kau Seorang gandingan sama Remy Ishak yang menjadikan nama Mira mula dikenali. Diikuti dengan drama bersiri Suamiku Encik Sotong bergandingan dengan Shahnaz Ahmad, melonjakkan lagi nama Mira selepas itu. Syukur dan rezeki Mira selalu digandingkan dengan nama-nama gah. 




 

Pernah dihambat tragedi cinta lama; yang kebanyakan orang menganggapnya sebagai ‘momen hitam’ dalam kerjaya seni Mira dan ada juga yang kata ia satu 'ketidakmatangan' apabila Mira mengambil keputusan bertunang pada usia masih muda dan pada ketika sedang mencipta nama, adakah Mira berasakan ia satu kesilapan? 

Jujurnya, Mira tidak anggap ia satu kesilapan. Lebihnya, Mira membalikkannya sebagai satu pengalaman yang amat berharga yang menjadikan Mira individu yang lebih baik daripada sebelumnya. Baik daripada segi kematangan, kesabaran, kemampuan menilai orang, baik dan buruknya serta menjadi lebih peka pada apa jua yang mendatang.

Bayangkan, pada usia 24, Mira melalui satu pengalaman hebat yang mungkin tidak pernah dialami oleh teman-teman seusia. Bukankah ia sesuatu yang tidak boleh dibeli? Mira juga belajar untuk bersikap lebih berhati-hati dalam berkongsi hal peribadi seperti kisah cinta. Jauh di sudut hati, Mira berterima kasih juga dengan apa yang berlaku. Ia cukup mendewasakan.


 

Saya ada membaca artikel yang seolah-olah memberitahu si dia seperti mahu berbaik semula. Andai ditakdirkan si dia benar-benar mahu kembali, bagaimana? 

Mira juga membacanya tetapi tidak pula mendengarnya sendiri atau daripada sesiapa. Jadi, Mira rasa ia tidak perlu untuk difikirkan dan Mira anggap ia sebagai rumour semata. Itu cerita lama yang tak perlu dibuka semula. Masing-masing sudah ada kehidupan sendiri, jadi teruskan apa saja yang sudah kita jalani sekarang ini. Mira tidak nampak apa perlunya untuk kembali kepada cerita lama itu? Tapi yalah, mulut Mira hanya mampu berkata tidak, tetapi kalau sudah takdir Allah, itu sesuatu yang di luar kemampuan kita menolaknya. Namun, cukup Mira katakan di sini, tidak perlu. 


 

Lumrah, kalau sudah namanya pelakon cantik yang masih single, pantang dilihat berkawan rapat sikit pasti diheret gosip. Maaf bertanya, Ammar bagaimana?

Kakak ni! (ketawa panjang). Alah, biasalah tu, kitakan selebriti. Sebenarnya, orang salah faham. Kami memang selalu digandingkan bersama. Kebetulan pula, Ammar sekarang berada di bawah pengurusan Mama Mira. Jadi, tentulah kami selalu ke mana-mana bersama. Mama pula layanAmmar seperti anak sendiri. Kalau ada apa-apa kerja yang melibatkan Mira yang kebetulan jatuh pada hari dan waktu yang lebih kurang sama dengan Ammar, Mama akan ‘angkut’ kami berdua sekali jalan (ketawa). Apabila timbul soal kami bercinta, Mira tidak salahkan sesiapa cuma ketawa saja. 
 

 

Mama dilihat memberi pengaruh besar dalam kehidupan Mira. Malah, Mama juga penentu kepada apa yang Mira pakai dan buat. Pernahkah Mira terfikir ia satu kongkongan atau Mira senang dengan situasi itu? 

Mama dan keluarga adalah tulang belakang kerjaya Mira. Mama adalah segala-galanya buat Mira dan Mira tidak berasakan ia satu kongkongan apabila perlu mengikut apa jua keputusan Mama kerana Mira tahu, apa yang terbaik daripada Mama itu pasti yang paling baik untuk Mira. Bagaimana boleh Mira katakan Mama mengongkong sedangkan waktu Mira putuskan mahu bertunang dulu pun, Mama ikutkan sahaja walaupun Mira tahu Mama berat untuk lepaskan. 

Tetapi, kerana Mama mahu tengok Mira gembira, Mama akur.

Entahlah, Mira memang tak boleh tengok Mama sedih atau kecewa. Mira sanggup bermati-matian untuk Mama dan keluarga Mira. Insya-Allah. Mama sudah 20 tahun dalam industri hiburan sebagai Pegawai Perhubungan Awam di Warner Music satu ketika dulu, jadi Mira percaya Mama lebih cerdik menilai antara permata dan kaca dalam industri ini. Mira langsung tidak kisah apabila orang tengok Mama masih menyuapkan Mira makan atau ikut Mira ke sana-sini. Malah, Mira rasa lebih selamat dan orang pun lebih hormat kerana Mama ada di sisi.

 

 

NOTA: Selepas beberapa kali pasangan Amyra Rosli dan Amar Baharin menafikan dakwaan yang mengatakan mereka sudah bertunang, akhirnya teka-teki status perhubungan mereka terjawab semalam menerusi satu sidang media. Pasangan sama cantik sama padan ini bakal bertunang pada 22 Julai ini dan akan melangsungkan perkahwinan pada 11 November 2016. 

Semoga segala perancangan yang telah disusun oleh kedua-dua belah pihak dipermudahkan Allah SWT. Tahniah Amyra dan Amar!


Majalah Intrend! , ikuti kami di and .


  • ← Sebelum

    Temuan Takdir Bukan Sekadar filem Polis Biasa, ia Penuh Aksi Mendebarkan

  • Seterus →

    Miranda Kerr Memilih CEO Snapchat Sebagai Pasangannya