Jul 18, 2016 - 130

Temuan Takdir Bukan Sekadar filem Polis Biasa, ia Penuh Aksi Mendebarkan

Sebuah filem polis bakal menggegarkan panggung wayang Ogos ini. Adakah filem Temuan Takdir bakal menjadi filem box office? Nantikanya!

Teks : Athirah Zulkifli
Instagram :
 

Satu lagi filem Malaysia yang bakal menggegarkan panggung Ogos ini, Temuan Takdir, terbitan Zazen Design & Production. Sebuah filem polis yang penuh aksi dan elemen persaudaraan. 

Filem ini mendapat sentuhan pengarah baru, Dhyan Vimal yang juga Pengasas dan Pengerusi Pertubuhan Sahabat Insan Malaysia (Friends To Mankind). Di bawah sokongan ‘Project Dignity’ dibawah Friends To Mankind, filem ini adalah suatu inisiatif untuk berkongsi dan memberi peluang kepada individu yang berminat untuk memaparkan kemahiran dalam terbitan dan produksi filem. 



Temuan Takdir yang membariskan pelakon-pelakon hebat seperti Zahim Albakri, Ery Zukhairi, Azura Zainal, Vanidah Imran dan Thanuja Ananthan. Selain pelakon lokasi pengambran filem ini dirakam di pelbagai lokasi menarik di sekitar Kuala Lumpur. Antaranya di sekitar Putrajaya, Cyberjaya dan Menara Berkembar KLCC, manakala sebahagian lagi dirakamkan di kawasan tersembunyi yang jarang diketahui umum di Kuala Lumpur seperti laluan motosikal Pekeliling di bawah Bulatan Pahang. 

Pengambaran dilakukan sekitar Kuala Lumpur 


Vanidah Imran turut membintangi filem Temuan Takdir 


Selain itu, ia bukan sekadar filem polis biasa malah turut diselitkan elemen tanggungjawab, ikatan kekeluargaan dan kasih sayang antara adik-beradik. 

  


Sinopsis :
Temuan Takdir berlatar belakangkan kisah penyiasatan, yang mengisahkan cerita dua orang adik-beradik iaitu ACP Tuan Roslan dan adiknya, Inspector Shariff yang menyiasat sebuah kes rompakan yang melibatkan van sekuriti. Penyiasatan kes ini menuding jari ke arah tiga perompak utama iaitu Omar, Faisal dan Vikram, dan mengundang sesuatu yang tidak disangka ke dalam kehidupan adik-beradik polis ini. Tuan Roslan harus mengejar masa dalam menyelesaikan misteri kes ini, mencari ‘Mastermind’ yang merancang segala-galanya.

Temuan Takdir ditayangkan di 42 pawagam seluruh Malaysia pada 11 Ogos 2016 dan tayangan perdana karpet merah pada 8 Ogos 2016.
 

Majalah Intrend! , ikuti kami di and .


  • ← Sebelum

    [TRENDING] 7 Drama Korea yang Anda Mesti Tonton Tahun Ini

  • Seterus →

    Sah Akhirnya! Amyra Rosli & Amar Baharin Tersuka Tanpa Sengaja…