May 30, 2017 - 3669
Kredit foto: Life Inspired
BUAT julung-julung kalinya, Datuk Rizalman Ibrahim, ikon fesyen ternama tanahair muncul dalam sebuah siri TV realiti yang dinamakan RIZALMAN.
Rizalman Ibrahim pereka fesyen Malaysia yang sangat disanjungi. Namanya gah dan mahsyur, amat disegani apabila melibatkan aspek keperekaan selera tinggi dan pandangan kreatif. Kini, buat kali pertama, pereka terkenal ini bakal berkongsi mengenai gaya hidup peribadinya dalam sebuah siri rancangan realiti original, penuh eksklusif Life Inspired.
Kredit foto: Life Inspired
Sebanyak lapan siri ini, akan mendalami kehidupan harian Rizalman sebagai pereka, penghias dalaman, guru fesyen terkenal, perancang majlis dan perkahwinan, usahawan dan bapa kepada dua anak lelaki. Kenali dengan lebih dekat dan personal bersama pereka Malaysia ini bagaimana dia menyeimbangkan peranannya di antara jadual kerja yang sibuk dengan tugas domestik, dan mengenali sumber ilham di sebalik setiap karya seni Rizalman.
Terkenal dengan busananya yang terperinci serta rekaan yang berkombinasikan elemen klasik dan kontemporari, Rizalman Ibrahim sinonim dengan rekaan fesyen dan mewah. Daripada busana ketat ke kaftan beralun, daripada fril ke peplum, rekaannya adalah pilihan utama di kalangan kerabat diraja, sosialis dan selebriti senarai-A yang mahukan rekaan mewah minimalis dan elegan.
Kredit foto: Life Inspired
Kredit foto: Life Inspired
Buat peminat fesyen, pastinya akan mengikuti rancangan RIZALMAN. Secara jujurnya, dengan sifat merendah dirinya, Rizalman juga dikenali sebagai lelaki berjiwa besar dan sangat menyeronokkan untuk dirakam oleh kamera.
Berasal dari pekan kecil di Pulau Pinang tempat Rizalman membesar, hingga ke label fesyen yang dinamakan sempena namanya sendiri, ini adalah sebuah kisah seorang lelaki yang tidak gentar mengambil risiko, dan punya bukti untuk diceritakan. Apakah yang membuatkan dirinya bertindak? Apakah yang membakar semangatnya untuk mengejar menjadi seorang fashionista yang diidamkan?
Kredit foto: Life Inspired
Kredit foto: Life Inspired
Seorang lelaki yang mencintai kehidupan, sebuah rancangan mengenai Rizalman pastinya tidak lengkap tanpa mengikuti Rizalaman dalam kembaranya ke seluruh dunia. Siap sedia untuk sama-sama menjelajah merentasi negara seperti ke Paris, Guang Zhou dan Singapura mengikuti Rizalman dalam sesi pencarian sumber material dan rakaman fesyen kreatifnya yang tersendiri.
Jangan lepaskan peluang menyaksikan kemunculan istimewa rakan-rakan senarai-A Rizalman termasuklah selebriti tanah air antaranya Neelofa, bekas ratu cantik Deborah Henry, penyanyi Dayang Nurfaizah dan ramai lagi. Sememangnya seorang ikon stail, Rizalman menarik perhatian nadi penggerak kelas atasan, yang meminta nasihatnya dalam segala perkara daripada busana formal hingga ke pakaian kasual.
Kredit foto: Life Inspired
Kredit foto: Life Inspired
Selain itu, RIZALMAN akan menyoroti di belakang tabir akan setiap insan yang menjadikan beliau berada di tahap ini, serta insan yang sangat istimewa baginya – termasuklah dua anak lelakinya. Intai juga ke dalam kediaman rahsia dan momen peribadinya yang sangat jarang dirakam.
Jika itu masih belum mencukupi, rancangan ini juga bakal memperlihatkan Koleksi Jubli ke-25 Rizalman yang dinanti-nantikan. Bagi seorang pereka yang telah bekerjasama dengan Zalora, peniaga atas talian Asia Tenggara yang terbesar ianya sangat mengujakan untuk menyaksikan langkah beliau yang seterusnya.
Menurut Rizalman, sekarang adalah masa yang tepat untuk meninggikan aras dan berada seiring dia gembira untuk berkongsi telatah dramatiknya di Life Inspired.Apabila diajukan pelawaan untuk menyertai siri realiti ini, Rizalman dengan senang hati bersetuju.
Kredit foto: Life Inspired
“Ia bagaikan impian menjadi kenyataan bagi saya apabila dipelawa untuk disiarkan dalam Life Inspired. Ia adalah salah satu daripada saluran TV kegemaran saya dan menjadi hasrat saya untuk memenuhi permintaan penonton yang ingin mengetahui dengan lebih dalam mengenai rahsia hidup Rizalman dan bagaimana saya mengendalikan banyak proses kreatif dalam bidang kerja saya. Saya sering kali diajukan soalan bagaimana saya mengurus semua perkara. Sebagai salah seorang tastemaker Asia, saya berharap rancangan ini akan menjawab sebahagian daripada persoalan anda dan memberikan anda inspirasi untuk beraya dengan lebih lagi,” ujarnya.
Kredit foto: Life Inspired
Jangan lupa tonton siri realiti RIZALMAN bermula 30 Mei (hari ini), setiap Selasa jam 10.00 malam di saluran ASTRO 728 (HD).