Jul 26, 2017 - 878

Aaron, Izara, Hisyam Hamid & Soo Wincci — Ini Ramuan Filem PALING Emosi, Anda Kena Pergi Panggung

Sebuah cerita adaptasi novel terlaris bakal menemui penonton tidak lama lagi. Novel ‘Kau Yang Satu’ arahan Osman Ali muncul di pawagam pada 27 Julai. Nak tahu apa yang menarik dan istimewa filem ini? Jom baca ini.

 

 

 

Oleh: Athirah Zulkifli 

 

 

 

Kredit foto: Astro Shaw

 

 

 

SEBUAH filem terbitan Astro Shaw dan Global Station Sdn Bhd mempersembahkan sebuah cerita genre romantik iaitu, “Kau Yang Satu”, filem arahan Osman Ali dan nukilan skrip pula oleh Rozie Rashid. Jalan cerita filem ini diadaptasi daripada novel paling laris 2007 iaitu karya Nia Azalea. Antara barisan pelakon yang menjayakan watak dalam filem ini adalah Aaron Aziz, Izara Aishah, Hisyam Hamid, Soo Wincci, Amyra Rosli, Zaidi Omar, Kodi Rasheed, Rosnah Johari, Wan Hanafi Su dan ramai lagi.

 

 

Selain pelakon yang menjayakan watak dalam filem ‘Kau yang Satu’ lagu tema bagi filem ini juga pasti membuai emosi penonton. Single bertajuk ‘Kau yang Satu’ nyanyian Indah Ruhaila pastinya menyentuh segala emosi penonton. Manakala, lagu tema kedua bertajuk Jatuh Cinta yang berentak lebih up beat dinyanyikan oleh Alif Satar.

 

 

 

 

 

 

Trivia Tentang ‘Kau yang Satu’

1. Pengambaran filem menjalani selama 35 hari pada tahun 2015.

2. Lokasi penggambaran dilakukan di Pahang, Selangor dan New Zealand.

3. Filem ‘Kau yang Satu’ adalah ganding pertama Aaron Aziz dan Izara Aishah di layar perak.

4. Soo Wincci kali pertama membawa watak antagonis di layar perak.

 

 

 

 

Sinopsis

Dato’ Mustaza hampir lemas semasa keluar memancing di Laut China Selatan. Dia diselamatkan oleh Sulaiman, seorang nelayan. Di rumah Sulaiman, Dato’ Mustaza terpaku melihat kecantikan dan kesopanan anak Sulaiman, Salina. Pulang ke rumah, Dato’ Mustaza berbincang dengan isterinya untuk menjodohkan Salina dengan anak lelakinya yang bermasalah, Taufiq.

 

Taufiq tidak setuju kerana dia sudah ada teman wanita, Isabella yang bukan beragama Islam. Taufiq tiada pilihan lain untuk menyelesaikan hutang kerugian syarikat milik ayahnya, yang di bawah pengurusannya, bernilai jutaan ringgit. Pilihan itu adalah — kahwini Salina atau Taufiq bayar balik kesemua kerugian syarikat di bawah jagaannya.

 

 

 

Kredit foto: Astro Shaw

 

 

Salina pula terpaksa melepaskan buah hatinya di kampung, Zul, demi memenuhi permintaan ayahnya yang terhutang nyawa dengan Dato’ Mustaza. Zul kemudian menyambung pengajiannya di menara gading. Setelah Taufiq dan Salina berkahwin, Salina didera secara mental, sehingga beliau mengambil keputusan untuk pulang ke kampung halaman. Dipujuk oleh ayahnnya dan teman baiknya, Normah, Salina akur untuk kembali ke pangkuan suami. Si suami pula semakin hari semakin timbul bibit cinta dan kasih kepada Salina, namun melindungi diri di sebalik ego seorang lelaki.

 

Zul tamat pengajian dan kebetulan pula bekerja di syarikat milik Dato’ Mustaza dan bertemu dengan Taufiq. Konflik antara mereka timbul kerana Taufiq tahu Zul dan Salina masih ada rasa sayang antara satu sama lain.

 

 

Kredit foto: Astro Shaw

 

 

Taufiq memukul Salina kerana dia menerima beberapa keping gambar Salina yang bertemu Zul di pantai. Salina cuba untuk menerangkan, Taufiq terus mengasarinya.

 

Salina lari ke rumah Normah dan Normah memujuknya kembali kepada suami. Taufiq pula semakin menyesal dengan perbuatannya dan mencari Salina di sana-sini. Isabella, kekasih gelap Taufiq pula mengandungkan anak luar nikah Rico, yang juga kekasih gelapnya. Taufiq pula menangkap Isabella bersama lelaki lain yang bukan Rico, dan kini dia tahu bahawa cinta sejatinya adalah cinta daripada Salina.

 

 

Kredit foto: Astro Shaw

 

 

 

 

Kredit foto: Astro Shaw

 

 

 

Taufiq bingung kerana Salina tiada di sisinya lagi dan beliau ke New Zealand, tempat dia memahat memori bersama Salina. Salina di Malaysia pula bingung mencari Taufiq di sana-sini, akhirnya mengalah dengan pergi juga ke New Zealand, dengan harapan Taufiq ada di sana. Masing-masing terkejut namun di hati mereka, mereka tahu yang itulah tempat cinta mereka mula bersemi. Tempat isteri hanyalah di sisi suami, begitulah sebaliknya.

 

 

 

 

Kredit foto: Astro Shaw

 

 

 

 

 

Kredit foto: Astro Shaw

 

 

 

 

Kredit foto: Astro Shaw

 

 

 

 

Kredit foto: Astro Shaw

 

 

 

 

 

 

 

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.