Oct 07, 2017 - 13160
Oleh: Athirah Zulkifli
Kredit foto:
TAHNIAH! Elfira Loy dan Sufian Suhaimi, selamat melangsungkan pertunangan mereka semalam ham 4.00 petang di kediaman keluarga Elfira di Alam Damai, Cheras. Majlis yang dihadiri sekitar 100 tetamu menyaksikan Elfira menyerahkan tujuh dulang hantaran berbalas lima daripada pihak Sufian.
Kedua-dua keluarga sepakat memilih Mac 2018 sebagai majlis perkahwinan mereka. Walaupun begitu, menurut Elfira, dia dan pasangan belum lagi menetapkan tarikh tertentu untuk majlis perkahwinan kerana persiapan tidak dilakukan lagi. Yang pasti, bulan Mac boleh dikatakan bulan istimewa buat Elfira dan Sufian. Pada bulan tersebut, genap setahun usia perkenalan mereka.
Semoga perancangan mereka menuju ke gerbang perkahwinan dipermudahkan.
Kredit foto: &
Kredit foto: &
Dua Persalinan Istimewa Untuk Satu Majlis
Pada majlis pertunangan Elfira dan Sufian, mereka mengenakan dua persalinan, kedua-dua busana mereka direka oleh pereka terkenal, Rizman Ruzaini.
Busana pertama yang bertemakan batik, Elfira mengenakan kebaya ‘peplum’ yang dihiasi dengan perincian renda serta lengan ropol. Padanan kebaya dengan kain batik memberi satu kelainan dalam penampilan dihari pertunangan Elfira. Manakala Sufian pula memakai kemeja batik yang direka khas oleh Fairuz Ramdan.
Kredit foto: &
Kredit foto: &
Untuk persalinan kedua pula, pakaian ini direka khas bagi meraikan rakan wartawan yang hadir memeriahkan majlis tersebut. Untuk busana kedua, Elfira memilih potongan kurung moden yang diperindahkan dengan perincian embroideri bunga timbul dan deretan layangan bulu pelepah lembut pada bahagian dada baju.
Tidak terlalu sarat, ia jelas cukup sempurna malah menyerlahkan lagi penampilan Elfira yang anggun lagi elegan. Manakala Sufian pula menggayakan baju Melayu lengkap rona baby blue sepadan Elfira.
Ini Rahsia Solekan Minimalis Tapi Tetap Naik Seri
Manis sungguh Elfira dirias jemari magis Najeeb Azami. Tidak terlalu tebal, Najeeb bermain dengan warna-warna tanah kecoklatan untuk solekan mata. Pada pipi pula, dioles rona merah jambu yang lembut lagi mengasyikkan. Memiliki bentuk bibir yang menawan, Najeeb mengoles Elfira dengan rona ‘nude’. Biarpun solekan minimalis ia tetap menyerlahkan manis dan seri luar biasa.
Kredit foto:
Kredit foto:
Kredit foto: