Oct 25, 2017 - 588

Tahniah! RAIN dan KIM TAE HEE Dikurniakan Bayi Perempuan

Pasangan selebriti popular Korea Selatan, Rain dan Kim Tae Hee baru sahaja dikurniakan anak pertama mereka.

 

 

 

 

 

 

 

 

Kredit foto: Google 

 

 

 

Tahniah, pasangan selebriti popular Korea Selatan, Rain dan Kim Tae Hee baru sahaja dikurniakan anak pertama mereka. Kebahagiaan sedang menyelimuti keluarga kecil Rain dan Kim Tae Hee. Setelah menunggu selama sembilan bulan lamanya, Kim Tae Hee akhirnya melahirkan bayi perempuan.

 

Berita gembira ini diumumkan sendiri oleh Rain menerusi akuan Instagram miliknya. Menerusi post di Instagramnya, Rain menulis "Terima kasih. Ini adalah puteri yang sangat cantik. Kami akan membesarkannya dengan baik. Semoga kekal dia boleh menjadi seorang anak yang berguna untuk dunia.”

 

 

 

 

 

Perkhabaran berita gembira ini, Rain dan Kim Tae Hee telah dibanjiri dengan ucapan tahniah daripada peminat mereka di seluruh dunia. Pastinya peminat tidak sabar ingin melihat wajah anak Rain dan Kim Tae Hee.

 

Tahniah buat Rain dan Kim Tae Hee!

 

 

 

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.