Jul 28, 2017 - 8992
Oleh: Athirah Zulkifli
Kredit foto: &
TAHNIAH kepada pelakon jelita, wajah sampul InTrend edisi Mac 2012 — Siti Saleha yang telah selamat bernikah pada hari ini. Pastinya pernikahan ini amat dinantikan oleh empunya diri. Tampil manis sekali, gaya disempurnakan persalinan indah Innai Red rona putih suci berlapik renda mewah, bertinta manik dan jemeki.
Persalinan yang indah tidak lengkap tanpa solekan yang menaikkan seri wajah Siti Saleha. Wajahnya disolek kemas oleh jurusolek popular . Tona solekan merah jambu yang lunak dan lembut kelihatan amat serasi buat Siti Saleha yang bersanggul sederhana, dengan bahunya dilitup manja sehelai layah.
Siti Saleha dan Lutfi yang merupakan seorang pegawai kerajaan telah mengikat tali pertunangan pada majlis tertutup di kediaman keluarga di Bandar Puteri, Klang, Selangor pada 26 November lalu. Pasangan ini dikatakan saling bercinta dan mulai rapat sejak setahun yang lalu.
InTrend bawakan 5 foto eksklusif wajah Siti Saleha sebelum dia diijabkabulkan
Kredit foto:
Kredit foto:
Kredit foto:
Kredit foto: